Air terjun sekayu memang tak payah dipekenalkan lagi,Ianya sangat masyhur diterengganu dan dimalaysia sendiri,Sangat menjadi keinginan untuk mengunjungi tempat ini,Tempat ini sangat terkenal untuk berkelah, trekking,camping dan yang berkaitan dengan beriadah,tapi disebaliknya ada cerita lain yang jarang orang mengambil peduli iaitu bahayanya dan misteri disebalik Hutan lipur Sekayu...
Bahayanya:
Beberapa hari yang lalu di-air terjun sekayu telah terjadi satu kemalangan lagi ia-itu kematian akibat lemas ketika mandi-manda,Cerita pengunjung hutan lipur sekayu yang mati lemas adalah perkara biasa sahaja yang tak menjadi ketakutan keatas ramai pengunjung nya,buktinya setiap kali hari kelepasan am atau hari jumaat maka berbondong2 lah pengunjung akan datang ketempat ini dengan pelbagai sebab,sama ada untuk berehat dihari cuti atau memang sengaja kesitu kerana tempat itu ialah tempat untuk berkelah dan yang paling malang ada yang datang kesini hanya lah untuk buat maksiat semata2,di-ulang,HANYA UNTUK MELAKUKAN MAKSIAT SEMATA-MATA...
Dikawasan ini lah kemalangan mati lemas selalu terjadi akibat dari suka yang amat sangat dan kurang berhati-hati pengunjung.
Seingat2 aku sejak hutan lipur sekayu dibuka kapada umum pada pertngahan tahun 70an banyak sangat kematian yang dicatatkan,sama ada mati lemas atau mati lemas kerana akibat fenomena kepala air dan yang paling terbaru melibatkan seorang pembantu kedai letrik yang berasal dari dungun terengganu,pada 4hb april yang baru lalu..Kemalangan yang paling trajis pada ingatan aku apabila 3 orang pengunjung telah mati lemas dan berpuluh2 yang lain cedera akibat fenomena kepala air.
Di-air terjun ini lah yang biasa terjadi pengunjung mati lemas,Dijatuhan air terjun ni kedalamannya sekitar 1 meter sahaja,Dimasa-masa yang lalu aku dan kawan2 sekampung menjadikan tempat ini hanya lah tempat untuk menunjukan kemahiran terjun,Kami terjun dari atas air terjun dan jatuh kebawahnya dan terus mengelunsur terus kekolam yang dibawah,.Seingat2 aku tiada kematian atau malapetaka yang terjadi dimasa itu..
Sebenarnya pada saban tahun air terjun sekayu seperti menagih mangsa seolah2 kematian atau pun musibah mati lemas diair terjun ni menjadi kemestian,seolah2 cerita dongeng tapi itu lah hakikatnya.Satu hal yang agak pelik ialah mangsa yang lemas tidak melibatkan penduduk tempatan, semua nya penduduk luar dari tempat itu.Kapada semua pengunjung yang ingin datang ke hutan lipur sekayu dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati.Bak kata orang-orang tua,jangan terlalu suka kerana terlalu suka mungkin musibah yang akan menanti.
Hantu-nya...
Tajuk ini agak mundur kebelakang,primitif!! seperti kaum asli yang menyembah pokok kayu,HANTU!!!!lucu dan sukar untuk dipercayai,Sukar untuk dipercayai kerana mungkin kita tak pernah menjumpainya,Tapi kalau kita belum pernah menjumpai nya adakah pendapat kita makhluk ni tak ujud,Sekurang2nya kita mesti mempercayai tentang ujudnya makhluk seperti Jin dan Iblis dan disinilah permulaan kapada ujud nya hantu.
Telah ramai yang menceritakan kapada aku tentang penemuan makhluk ni dihutan lipur sekayu.Ada bermacam2 versi yang aku dengar.Ada yang berbentuk bebola api yang datang menerangi kawasan perkelahan dan ada yang menjumpainya dalam bentuk perempuan yang rambut terhurai dan duduk diatas batu sambil menyikat2 rambutnya tapi bila dipanggil atau ditegur biasanya makhluk itu akan berpaling dan menunjukan wajah nya yang tiada wajah.Agak menyeramkan apabila dibayangkan situasi yang seperti itu.Pada kebiasaan nya kemunculan makhluk ini pada waktu petang dan selepas hujan renyai-renyai dan statement aku kat atas tu sangat menepati tentang cerita2 hantu yang aku dengar dan baca didalam buku2 cerita.
Dikatakan juga makhluk2 ni akan muncul sebelum kemalangan atau kematian akan terjadi dan itu merupakan sesuatu yang agak pelik seolah2 kemunculan nya seperti meminta korban.Walau macam mana pun kita tak perlu percaya hubung kaitnya antara kemunculan makhluk2 dengan kemalangan yang terjadi,anggaplah semua nya ini hanyalah kebetulan sahaja...
Aku sendiri sudah beberapa kali mengunjungi kawasan perkelahan hutan lipur sekayu pada masa tiada pengunjung langsung,Masa2 yang tiada pengunjung biasanya pada bulan disember atau pun pada musim tengkujuh.Tujuan aku kesitu hanya lah untuk menghayati hutan lipur sekayu ketika tiada langsung pengunjung dan maksud aku yang tersirat ialah mungkin terjumpa dengan makhluk2 itu,hehehe...
Adakah cerita2 ini hanya karut semata-mata?.Itu terpulang lah keatas budi bicara masing2 serta Ilmu yang ada didada masing-masing,walahualam.
Hantu-nya...
Tajuk ini agak mundur kebelakang,primitif!! seperti kaum asli yang menyembah pokok kayu,HANTU!!!!lucu dan sukar untuk dipercayai,Sukar untuk dipercayai kerana mungkin kita tak pernah menjumpainya,Tapi kalau kita belum pernah menjumpai nya adakah pendapat kita makhluk ni tak ujud,Sekurang2nya kita mesti mempercayai tentang ujudnya makhluk seperti Jin dan Iblis dan disinilah permulaan kapada ujud nya hantu.
Biasanya ketika hujan renyai-renyai makhluk halus ni kelihatan dengan rupa yang agak mengerikan.
Dikatakan juga makhluk2 ni akan muncul sebelum kemalangan atau kematian akan terjadi dan itu merupakan sesuatu yang agak pelik seolah2 kemunculan nya seperti meminta korban.Walau macam mana pun kita tak perlu percaya hubung kaitnya antara kemunculan makhluk2 dengan kemalangan yang terjadi,anggaplah semua nya ini hanyalah kebetulan sahaja...
Abang ni dah beberapa kali terjumpa dengan makhluk ALLAH yang berupa bebola api berlegar ditempat beliau berehat dibilik pengawal...
Mungkin kah begini rupa makhluk yang pernah dijumpai dihutan lipur sekayu.
Adakah cerita2 ini hanya karut semata-mata?.Itu terpulang lah keatas budi bicara masing2 serta Ilmu yang ada didada masing-masing,walahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan