Disatu kesempatan aku kepasar payang,kuala terengganu untuk saja2 berjalan,Aku dekati sebuah jeti bot penambang dan berkenalan dengan seorang yang mempekenalkan diri sebagai abang Mat.Dalam sembang2 dan bercakap2,aku dimaklumkan bahawa dia nak menyemberang dengan bot keseberang takir.Aku buat2 gatal untuk mencuba menaiki bot yang ingin beliau naiki..Abang mat telah bercerita kapada aku yang pengangkutan mengunakan bot telah lama iaitu sebelum terbina nya jambatan duyung,Sebelum jambatan duyung dibina pengangkutan bot sangat popular untuk membawa penumpang dari seberang takir dan kawasan yang berdekatan kekuala terengganu,Setelah terbina nya jambatan Duyung pengangkutan bot telah jadi kurang popular kerana ramai penduduk mengunakan jambatan,walau macam mana pun penganguktan jenis ini masih mendapat tempat kerana jarak mengunakan jambatan untuk kekuala terengganu memakan masa sedangkan kalau mengunakan bot masa dapat dikurangkan..
Abang Mat dengan gaya machonya telah mengajak aku menaiki bot yang entah kali keberapa berulang alik kebandar kuala terengganu.Terasa jugak sedap menaiki bot yang aku memang tak pernah keseberang takir mengunakan bot..
Aku mengunci kereta dan mengambil segala peralatan yang diperlukan untuk mencuba kelainan yang aku tak pernah rasa,Namun begitu aku terasa koman pula kerana pelayaran mengunakan bot penambang terasa macam tak cukup sifat,dekat plk tu,dalam 1km lebih sahaja...Dari sungutan aku itu lah abang mat telah mempelawa aku belayar ke pulau redang disuatu masa yang akan ditetapkan.
Sampai dijeti seberang takir aku dan abang mat mempunyai haluan masing2,Aku nak balik kekuala terengganu dan dia pula nak ke-Airport Sultan Mahmud.Abang mat telah bagi nombor handphone nya kapada aku dan aku menurun kan nombor handphone nya kedalam blog aku,kerana pada pandangan aku beliau mempunyai kemudahan dipulau redang bedasarkan atas ajakan nya tadi.No phone nya ialah,01119464583...Aku rasa Abang mat memerlukan publisiti untuk ini..huhuhu..
Setelah aku makan dan minum dikedai jeti seberang takir aku telah dipanggil oleh seseorang yang aku tak kenal siapa,mungkin jugak tuan bot atau sesiapa yang perihatin,Setelah sampai diseberang aku membayar tambang bot tetapi pakcik bot telah berkata semua tambang dah dibayar.Aku terkejut jugak,bila aku tanya siapa kah yang bayar,pakcik bot kata dah bayar,Aku diam je,tak boleh kata apa2,Pada fikiran aku ini semua angkara abang mat tadi,Aku pun terasa orang kat jeti bagi perhatian kat aku dan dimasa yang sama mungkin aku je yang perasan.Dengan langsainya semua tambang bot yang aku tak tau siapa yang bayar aku yakin abang mat orang segan kat dia atau abang mat yang bayar tambang bot,aku pikir abang mat dah cerita kat kawan2 dia dijeti, yang aku orang darat dan tak pernah naik bot penambang,sekian cerita aku,huhuhu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan