Jumaat, 21 Jun 2013

Bukit Puteri

Sebenarnya aku tak tau ada bukit yg dinamakan sebagai bukit puteri kat town kuala terengganu ini,Aku ketahui setelah aku  kepasar payang dan ternampak tangga bergerak dan aku naik keatasnya dan dari situ lah aku ketahui tentang bukit puteri,Sebenarnya bukit puteri  memang aku pernah dengar tapi aku tak ketahui dengan jelas tempatnya sama ada dimana2 dalam negeri terengganu ni...

Seperti ramai yang sedia maklum bukit puteri terletak dibandar kuala terengganu iaitu berhampiran dengan pasar payang yang mashyur itu,dan yang lebih tepat di-balakang pejabat  pos besar kuala terengganu..Bukit puteri seolah2 dikepung oleh pembangunan bandar raya kuala terengganu,,Pasar payang,bangunan pejabat pos besar,Istana Maziah,bangunan warisan adalah bangunan2 yang mengempung kedudukan bukit puteri,Bukit puteri masih lagi tersergam dalam keadaan lamanya cuma ianya dibina untuk kemudahan pengunjung yang datang untuk menikmati bandar kuala terengganu dari sudut yang agak berlainan sedikit.
Bukit puteri terletak menghadap ke-muara sungai terengganu,Pada abad ke-18 yang lalu bukit puteri telah dijadikan sebagai tempat yang stategik untuk mengesan musuh terutama yang datang dari laut.Dikatakan Bukit puteri mempunyai ketinggian 200m tapi bagi aku bukit puteri tak sampai pun 200 meter tingginya,Kalau tak percaya pergi lah ukur sendiri dengan tali tape,hahahaha. 200 x 3.3=660kaki,tak lojik kan..Tapi oleh kerana ada yang kata 200 meter terima je lah Luas bukit puteri mungkin dalam sekitar 1.5 ekar sahaja.
Selain dari tempat pertahanan untuk negeri terengganu pada abad yang ke-18 dan 19 yang lalu, bukit puteri aku dapati sebagai kawasan tanah perkuburan kerana disatu sudut dari bukit puteri ada mempunyai beberapa buah kubur lama yang tertanam jasad pendakwah2 islam pada masa yang lalu yang menyebar ugama islam kenusantara..
 Mariam ini dinamakan sebagai meriam beranak kerana kedudukan nya,Yang besar dinamakan sebagai ibu meriam dan yang kecik tentu lah anak mariam..

Tinggalan2 sejarah yang didapati didapati disini ialah beberapa pucuk mariam,Genta,Singgahsana,Rumah Api,Kubu pertahanan.

Bukit Puteri telah dibina dan dibaikpulih oleh pihak kerajaan sebagai tempat untuk menghayati sejarah dan sangat sesuai untuk dilawati,Banyak kemudahan yang disediakan,Sebenarnya bukit puteri memang tak ada apa2 yang istimewa kalau dilihat hanya dari bawah.Apabila mengunjungi nya, didapati tempat ini boleh dibanggakan....sekian

Singgahsana
Mariam kecik
Kubu
Rumah Api,Tinggi 30 kaki..
Laluannya
Pondok genta ialah tempat genta digayut
Genta,mempunyai fungsinya dan digunakan dimasa2 kritikal, Dikatakan berat genta ini ialah 175kg dan dibuat dengan tembaga.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan