Ahad, 14 Julai 2013

Polisi insuran

"screeeeeeeet degangggggg"..Aku melanggar sebuah lori yang tiba2 melintas dihadapan aku dan kereta aku telah mengalami kerosakan yang teruk,Dari situ bermula sesuatu yang aku tak pernah alami..

Aku tersengeh2 keluar dari kereta sambil melihat kerosakan yang terjadi,Mmg teruk.Hancur semua dibahagian hadapan kereta aku termasuk dengan enjin nya.Perkataan pertama yang aku dengar ialah provokasi dari pemandu lori yang mengatakan aku memandu laju,sebelum dia meneruskan marahnya kapada aku dengan lebih lanjut lagi, aku mula menengking nya dan pemandu itu diam,ibarat kata klu orang dan angin dengan kita,kita mesti menaikkan lagi suhu kemarahan kita kapada tahap gaban..Biar bertumbuk hancur tangan,kalau bertetak, terburai perut...huhuhuhu.....


Setelah reda dengan segala kemarahan,aku mula ditanya kamana kah kereta aku hendak dibawa dan insuran apakah yang aku pakai,Aku pun naik  hairan dari mana kah ejen2 insuran ni dapat tau dengan begitu cepat tentang kemalangan yang aku  telah alami. Ejen2 insuran mempunyai daya hidu yg sangat tinggi kerana tak samapi 15 minit aku kemalangan, ejen2 ni dah pun berkeliaran..Setelah ditentukan kamana kereta hendak dibawa, perkhidmatan towing datang menarik kereta kebengkel.



Langkah pertama yang aku kena buat ialah repot polis kalau nak claim insuran.(Sebenarnya ada dua cara untuk baiki kereta apabila kemalangan terjadi,yang pertama baiki sendiri dan yang kedua claim insuran.Untuk claim insuran  kita perlu mengikut langkah2 yang ditetapkan)  Bab kebalai polis aku menjadi lemah untuk step yang seterusnya,Rupa nya dibalai polis tak menjadi sesuatu yg payah,tak seperti yg kita fikirkan, kerana semua repot akan dibuat oleh kerani yang bertugas cuma kita perlu bercerita sahaja mengikut apa yang berlaku.Setelah selesai kita mesti mengambil copy repot dengan bayaran yang tertentu,.Copy repot sangat penting dalam urusan untuk claaim insuran.
 
Langkah yang seterusnya ialah kepejabat bengkel tempat kereta aku dibawa berserta dengan segala dokumen yang sepatutnya seperti copy repot,geran kereta,cover note dan entah hapa2 lagi,Urusan disini hanya berkisar kapada mengisi borang dan bercakap sikit2 tentang kemalangan yang terjadi,setelah semua beres kita perlu menanda tangan  menyatakan persetujuan kapada semua urusan yang dijalankan.Setelah diberi penerangan yang aku sendiri tak tau dan janji kereta akan disiapkan  selama sebulan setengah, aku pun balik meninggalkan seribu kemarahan kapada yang menyabitkan aku dgn kemalangan jalan raya....

 Proton service dibukit kecik

Setelah sebulan setengah yang dijanjikan, aku kebengkel tempat kereta aku direhatkan,Aku telah diberi tahu  kereta aku telah diambik oleh proton service,Sebab2 terjadi  demikian aku pun tak tau, sebab aku malas nak tanya.Aku bergegas ke-syarikat tu dibukit kecik kuala terengganu untuk mengambil kereta aku yang pihak bengkel sudah berjanji untuk disiapkan dlm tempuh tersebut..
Setelah 45 hari pihak proton tutup dgn plastik je,hampeh..

Apa yang aku dapati kereta aku belum disentuh lagi jauh sekali untuk siap,Memang aku dah terbakar dengan service dari pembuat kereta proton saga yang sangat dikagumi oleh bekas perdana memteri Mahathir Mohammad walau pun dia sendiri tak guna kereta proton dlm urusan nya,hampeeeeeh


Kalau aku nak marah sampai tahap didih sekali pun memang tak beri guna jgk,Cuma yang termampu oleh aku ialah angkat je kaki terus balik rumah,huhuhu
,selama2nya  pusat service kereta proton saga akan ditahap yang sangat menyakitkan hati,sekian...




SEBENARNYA AKU TAK FAHAM LANGSUNG TENTANG BAB YANG AKU TULIS NI,AK TAK FAHAM LANGSUNG BAB2 MACAM NI,KELEMAHAN BANYAK SANGAT SEBAB AKU TAK TAHU,HUHUHU....

1 ulasan: