Rabu, 1 Oktober 2014

perjalanan ke batu pahat

 SIMPANG SEKAYU

Batu pahat merupakan sebuah bandar yg ke-2 terbesar di negeri Johor selepas bandar johor baharu,Terletak dipantai barat negeri johor.

Pada 21 hb september yang baru lalu aku menerima jemputan untuk majlis tahlil disatu majlis dirumah saudara di parit sulung,Aku mengambil kesempatan untuk kesitu kerana aku tak pernah sampai di batu pahat.Aku juga telah diceritakan nama batu pahat berasal dari  batu yang telah dipahat oleh tentera siam pada zaman kesultanan melayu melaka dengan cerita yang macam itu menambahkan lagi semangat aku untuk ke batu pahat
 AMBS

Setelah mengisi minyak sebanyak rm 60 di bandar kuala berang (penuh tangki) Aku bertolak seawal pagi 6.30 aku memasuki LPT (lebuh raya pantai timur) melalui Ajil Hulu terengganu.Jalan yang diambil ialah Lpt ke lebuh raya jerangau-jabur melalui bukit besi,(lebuh raya pantai timur belum siap sepenuh nya),Naik ke LPT lagi hingga kesusur keluar gambang,seterus nya kepaluh hinai,bandar muazam,keratong,segamat,bukit kepong,pagoh,parit sulung,tongkang pecah dan Batu Pahat.Antara Kuala Berang hingga Batu Pahat ialah 456km,Masa yang diambil untuk ke batu pahat sekitar 5 jam 59 minit menurut perkiraan google.

Lebuh raya pantai timur antara ajil dan bukit besi tidak asing kapada aku,aku selalu mengambil jalan ini untuk kebukit besi,Antara kedua nya sejauh 42km, Hanya  20 minit memandu dah pun sampai ke bandar bukit besi.Dari bukit besi hingga ke Jabur lah yang jadi masalah,Jalan nya agak teruk sehingga ke jabur,Jalan yang bertampal2 dan sangat bahaya kapada yang jarang memandu disini..Bandar bukit besi sangat dikenali kerana lombong bijih besi nya lombong ini telah dibuka pada tahun 1945 dan ditutup pada tahun 1970an kerana bijih nya sudah dikatakan berkurangan tetapi lombong bijih besi telah dibuka semula pada tahun 2011 yang lalu dan diusahakan sehingga kini..Pekan2 yang dilaluan jerangau jabur ialah bandar durian emas (AMBS),Ceneh dan neram.Sepanjang laluan ini juga terdapatnya kampung2 dikiri kanan jalan nya selain dari ladang kelapa sawit
 HENTIAN KERATONG>>>MUNGKIN DISUATU KETIKA DULU PENUH DGN SEMAK SAMUN

Menaiki Lpt di Jabur hingga ke Gambang tak memberi pemandangan yang menarik kerana dikiri kanan nya hanya kebun getah dan ladang kelapa sawit.Pemandangan yg seperti ini merupakan pemandangan biasa yang terdapat diseluruh lebuh raya diMalaysia,Walau macam mana pun memandu di lebuh raya dapat memberi kepuasan yang amat sangat kerana memandu disini boleh memaksimun kan kelajuan,Purata kelajuan disini ialah disekitar 140km.Menyebut Gambang, yang pasti nya teringat dengan Gambang Water Park nya,Gambang water park ialah taman thema yang mahal harga nya Hanya yang benar2 berkemampuan sahaja dapat mengunjungi tempat ini.Dari bukit besi hingga ke susur keluar gambang mengambil jauh 146km
 JALAN ANTARA GAMBANG DAN SEGAMAT LURUS,SAUJANA MATA MEMANDANG

Susur keluar Gambang merupakan pengembaraan sebenarnya kapada aku ke Batu Pahat kerana laluan ini aku lalui baru 2 kali dan kali ini yang ketiga.Boleh dikatakan laluan ini agak sempit disesetengah tempat dan lebar dikawasan kampung dan bandar,Banyak pekan2 yang ada dilaluan ini hingga ke segamat.Tempat2 yang aku ingati dilaluan ini ialah Paloh Hinai,bandar muazam,bandar tun razak dan keratong.Oleh kerana aku tak biasa dengan tempat ini dan asing kpd aku,aku tak ada cerita yang menarik tentang nya.Yang paling pasti laluan ini jalan nya lurus,payah dijumpai selekoh yang tajam,mungkin disebakan perancangan awal oleh pihak karajaan kerana kebanyakan tempat dikawasan ini ialah tanah rancangan felda.Sebelum aku melalui kawasan ini aku telah mengenali tempat2 seperti paloh hinai dan keratong,Nama2 tempat ini tak asing kpd aku kerana dimasa pembukaan felda dikawasan ini ramai dari penduduk kampung aku sendiri telah berkerja disini sama ada menebang,memerun sehingga kapada menanam kelapa sawit,dari penduduk kampung aku sendiri lah aku ketahui nama2 tempat ini cuma aku tak pernah datang..

Berhenti di hentian keratong telah mengimbau kenangan aku kapada susah payah penduduk kampung aku datang bekerja disini disuatu ketika dahulu,Terpaksa melayan perasaan aku sendiri betapa payah nya kehidupan dimasa itu,Mereka terpaksa merantau jauh untuk mencari sesuap nasi dan ada yang telah ditipu oleh kontraktor2 yang mengambil mereka berkerja,Dan mungkin yang telah ditipu itu ialah ayah aku sendiri kerana ayah aku pernah bekerja sejauh ini dimasa yang lalu.Kadang2 kita mesti pergi jauh untuk merasa denyut nadi dan mengimbau zaman silam yang ada kaitan dgn kita,dari situ kita boleh melihat kita dengan sedar dan insaf.Berhenti dihentian ini juga terasa masa sudah pun jauh meninggalkan kita,Masa melewati kita tanpa kita tersedar,(emosi sikit)huhuhu

 Dari gambang kesegamat ialah 156 km
 TEPI JALAN YANG LUAS>>NAK PANDU LAJU SIKIT PUN TAK APA

Memasuki bandar segamat telah mendekatkan aku ke batu pahat kerana segamat ialah bandar yang terletak dalam negeri johor,Negeri yang sangat kuat Umno nya,Negeri yang dikatakan tak mungkin parti2 politik lain akan bertapak dalam negeri nya.Bandar segamat sebuah bandar yang besar,Mempunyai jalan raya yang bersimpang siur,Bandar segamat lebih besar dari ibu negeri aku sendiri iaitu bandar Kuala terengganu,Disini aku sedikit hairan mengapakan bandar kuala terengganu di namakan sebagai bandaraya kuala terengganu dan bandar besar lain tidak diberikan taraf bandaraya terutama nya segamat dan batu pahat.Mungkin hal ini terjadi sebab permainan politik dan sebagai nya.

Tempat yang dituju selepas melepasi bandar segamat ialah pekan pagoh,kerana disitu ada saudara aku yang berkerja disekolah menengah pagoh dan mungkin aku akan berhenti sebentar untuk berehat seketika sebelum meneruskan perjalanan ke parit sulong (tempat kenduri tahlil) dan kebatu pahat,Dilaluan ini tempat yang paling diingati ialah bukit kepong,Bukit kepong merupakan sebuah tajuk filem yang di garap oleh seniman jins syamsudin yang berdasarkan kisah yang benar2 terjadi dibalai polis bukit kepong sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan,Peristiwa trajis yang melibatkan polis diserang oleh komunis dimasa tersebut yang mengakibatkan semua angota polis telah terkorban dalam peristiwa itu.Aku berkesempatan mengambil gambar replika balai polis yang dibina disebuah kawasan lapang tanpa sempat untuk mengambil gambar tempat kejadian peristiwa bukit kepong.Bangunan kecil yang dibina bersegi 3 yang aku tak tau apa maksud nya.Nak cuba bertanya tapi tak ada pulak tempat bertanya,hahahahaha....

Oleh kerana masa dah lewat untuk menghadirkan diri dimajlis kenduri tahlil dan bertahlil, aku tak mempunyai masa untuk berhenti dirumah saudara aku dipaguh dan terpaksa meneruskan perjalanan keparit sulong setelah mengisi minyak di shell bandar paguh sebanyak RM 60.Aku sampai disebuah kampung di parit sulong bertepatan dengan kenduri tahlil pada pukul 12.30 tengah hari,setelah memandu lebih kurang 6 jam dari kuala berang termasuk berhenti dihentian2. 80 km telah dilalui antara segamat dan Parit sulong.
 REPLIKA BALAI POLIS BUKIT KEPONG

Makan kenduri tahlil di kampung di johor tak jadi masalah kapada aku kerana cara makan nya dan lauk pauknya serupa dengan tempat aku diterengganu,cuma ada masakan nya agak berlainan dengan tempat aku,salah satu masakan nya ialah kulit cempedak dimasak macam sambal,rasa nya ok kapada aku kerana aku akan tolak makanan  kalau dibuat dari kayu dan batu sahaja.

Makan dengan berselera dan berehat sekejap aku memulakan perjalanan semula untuk menyelesaikan misi dihari itu sebelum pukul 5 petang kerana pada pukul 5 petang aku akan bertolak balik ke kuala berang terengganu...
 SHELL PAGUH

Pukul 3 petang aku dibawa oleh sedara aku yang tinggal di parit sulong untuk ke bandar batu pahat,Dijalanan sedara aku sempat juga bercerita tentang bandar batu pahat disuatu ketika dahulu.Kata nya bandar batu pahat digelar sebagai Paris malaysia disuatu ketika dahulu,dibatu pahat dikatakan mempunyai segala2 benda yang berbentuk maksiat,dikatakan sebut semua maksiat, maka ada dibandar batu pahat,Aku tak sempat bertanya sebab2 terjadinya demikian kerana banyak bercerita dan tiba2 telah pun sampai dipinggir laut dimana terletak nya batu yang dipahat yang daerah dan bandar batu pahat telah mendapat nama...Jarak antara parit sulong dan batu pahat ialah 23 km
 SALAH SATU MERCU TANDA DIBANDAR BATU PAHAT

Sempat mengambil gambar di beberapa tempat dalam bandar batu pahat dan diperigi batu pahat,aku bertolak balik ke Parit sulong pukul 4 petang ke rumah sedara aku dan sempat beramah tamah dan pukul 4.30 petang aku bertolak ke pagoh kerumah saudara aku yang aku tak singgah semasa aku datang tadi.Setelah berehat sekejap dan minum aku bertolak balik keterengganu pada pukul 5.30 petang melalui jalan yang aku datang pada pagi tadi,Sampai keterengganu pada pukul 12.30 tengah malam setelah membuat perjalanan hampir 900km,Kos minyak sebanyak RM 150 pergi dan balik.Sekian...
  PERIGI BATU PAHAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan