Sabtu, 11 Oktober 2014

surau pengkalan gawi

Surau tasik kenyir telah dibina sejak pembukaan pengkalan Gawi pada akhir tahun 80an,itu yang telah diberitahu kapada aku,Sejak itu didapati surau pengkalan gawi langsung tidak berubah sejak pembinaan nya.Agak malang nasib suarau ini kerana ujudnya tak seiring dengan pembangunan tasik kenyir yang sangat giat.Banyak pembangunan yang telah dibuat dan banyak lagi dalam perancangan.Mungkin surau pengkalan gawi dalam perancangan untuk pembinaan baru,Walau macam mana sekali pun surau ini sepatutnya dibina terlebih dulu sebelum mana2 pembangunan hendak dibuat kerana surau sangat penting ditempat peranginan yang sebesar pengkalan gawi.
Disebelah surau pengkalan gawi mempunyai binaan yang memakan belanja mungkin jutaan ringgit,Surau pengkalan gawi tak lah minta belanja yang sebegitu besar,hanya sekadar yang sepatutnya.Harap pihak yang terbabit tak tenguk hanya sebelah mata tempat ibadat orang islam yang ugama islam ugama rasmi negara ini,Jangan sampai surau pengkalan gawi menjadi sunggutan kapada pengunjung pengkalan gawi,Jangan sampai setiap pembangunan yang dibuat dipengkalan gawi menjadi bandingan denga surau nya,SEKIAN



Tiada ulasan:

Catat Ulasan