Pada 1-11-2014 yang baru lalu kita dikejutkan dengan kehilangan seorang peserta marathon gunung gajah terum challege.Kehilangan nya telah menjadi kegusaran kapada semua orang terutama nya keluarga nya.Kehilangan nya disedari oleh ayah mangsa sewaktu mengambil peserta tersebut pada pukul 3 petang dan dikatakan ayah mangsa telah memaklumkan kapada urus setia pertandingan serta membuat repot polis.
Dari situ pasukan penyelamat telah memulakan operasi mencari mangsa sehingga mangsa dijumpai empat hari kemudian nya.Mangsa didapati telah meninggal dunia 72 jam sebelum dijumpai (sumber dari akhbar).Pasukan penyelamat yang terlibat dengan operasi SAR ialah tentera malaysia,Polis diraja Malaysia,Pasukan bomba dan penyelamat serta orang ramai dan orang kampung, terutama nya orang kampung yang berdekatan iaitu kampung sekayu
Air terjun sekayu
Dalam banyak2 cakap orang kampung aku tentang tragedi yang sangat menyedihkan ini ialah tentang pihak penganjur sendiri,ada yang kata pihak penganjur tak hurmat orang,segala kegiatan yang dibuat langsung tak diberitahu kapada penduduk atau ketua kampung yang berdekatan,sekurang2 pihak penganjur berhenti minum dikedai dan memaklumkan kapada orang kampung tentang program yang hendak dibuat,kalau pun tak ingin memaklumkan melalui surat kapada pihak kampung,Kapada aku perkara yang diungkitkan merupakan salah satu yang penting kerana apabila terjadi sesuatu musibah,penduduk kampung akan terlibat sama dan terbukti diperistiwa 1-11-2014 yang baru lalu.
Dalam banyak2 cakap orang kampung aku tentang peristiwa yang terjadi dan yang paling menarik ialah cara kehilangan mangsa,ada yang kata mangsa telah disesatkan oleh makhluk bunian,alasan yang diberikan ialah tempat mangsa dan peserta lain melalui kawasan tersebut,Kawasan perkelahan sekayu merupakan tempat yang selamat untuk mendaki kegunung gajah terum,jadi tak mungkin peserta terjatuh atau terbabas.Trak untuk perlumbaan bukan tempat yang susah,boleh dikatakan laluan biasa dikawasan hutan,tempat yang dilalui tak mempunyai cerun yang dalam dan dakwaan disesat oleh makhluk halus tak dapat diketepikan begitu sahaja,#wallahualam
Cakap2 lain ialah cara mangsa dijumpai,Ada tiga orang/kumpulan yang mendakwa mereka lah yang paling dulu menjumpai mangsa,
1) Orang kampung yang megikuti pasukan penyelamat.
2) Seorang individu yang beria2 mengatakan beliau yang menjumpai nya,.
3) Bomoh yang turut serta dalam misi pencarian
Aku sangat mempercayai bahawa orang kampung tempat aku lah yang menjumpai mangsa yang paling dahulu sementara dua yang lain nya mungkin mempunyai sikap masing2.
Berdasarkan kapada kemahiran yang ada pada orang kampung yang berdekatan lah yang menyebabkan aku sangat mempercayai dakwaan yang dibuat.Aku sedikit pun tidak menolak kemahiran yang ada dipihak pasukan pencari lain terutamanya tentera malaysia.
Gunung gajah terum bukan lah asing kapada aku,Aku pernah mendaki hingga kepuncak yang setinggi 1207 meter dari paras laut.Dimasa yang lain gunung gajah terum merupakan kawasan permainan aku dan orang kampung sekitarnya,Gunung gajah terum bukan lah masalah besar kapada penduduk setempat,Gunung itu merupakan sebahagian dari penduduk untuk mencari rezeki seperti rotan dan kayu candan/gaharu serta menjadi tempat biasa untuk memancing disungai2 sekitar nya.Dikalangan pencari terutama nya penduduk kampung berdekatan telah menjadi biasa tentang seluk beluk gunung gajah terum.Aku mempercayai kapada orang kampung yang menjumpai nya terlebih dahulu kerana atas sebab2 yang diatas.Seperti sudah menjadi sumpahan kalau ada tragedi diair terjun sekayu dan kawasan sekitar nya,orang yang akan menjumpai nya mesti dari penduduk sekitar
Tulisan aku ini bukan lah bertujuan untuk merendah2kan sesiapa jauh sekali kapada keluarga mangsa yang aku pasti saat ini sangat bersedih dengan kejadian yang tak disangka2.Disatu ketika dihari ke-empat pencarian, ketika mangsa dibawa kehospital dengan ambulan hospital,ramai dari penduduk sekitar telah keluar ketepi jalan untuk mengucapkan tahniah yang tiada hingga nya kerana mangsa telah dijumpai tetapi ramai yang telah dikelirukan dengan cara penghantaran mangsa kehospital bila mengunakan ambulan bermakna mangsa selamat dan seketika kemudian nya telah diketahui bahawa mangsa telah dibawa kehospital telah meninggal dunia 72 jam yang lalu.Wajah2 ceria telah bertukar muram dan peristiwa ini akan menjadi salah satu yang diingati oleh penduduk setempat..Semoga roh mangsa yang terlibat dicucuri rahmat,Sekian
catitan:Sungai air terjun sekayu bernama sungai peres,sungai ini berulukan gunung gajah terum.Aku pernah mengikuti sungai air terjun sekayu hingga kepuncak Dipuncak sungai ini hanya selebar 1 kaki sahaja dan perlahan2 diserapkan kesebuah paya yang kecil.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan