Ahad, 4 Januari 2015

misi bantuan



Seperti yang diketahui umum pada 17hb dis 2014 hingga28hb dis 2014  kebanyakan negeri dipantai timur telah mengalami banjir besar.Negeri yang paling teruk terjejas ialah negeri kelantan dengan lebih 130000 orang terlibat ditempatkan dipusat2 perpindahan banjir.Kawasan yang paling teruk terjejas ialah Kota Bharu,Gua musang,Manik urai,Kuala Krai Tanah merah dan dikampung2 pendalaman dikebanyakan jajahan

Banyak spekulasi yang bertiup kencang sbb2 terjadinya banjir besar dikelantan pada tahun 2014 ialah akibat dari penebangan balak yang tak terkawal,dan dakwaan itu mungkin juga benar berdasarkan banyak nya gondolan tanah dilaluan pekan laloh hingga ke gua musang dan dilaluan gua musang hingga ke lojing/cemeron highland,Walau macam mana sekali pun sbb2 utama terjadinya banjir besar ialah akibat dari taburan hujan yang terlalu banyak antara 17-12-2014 hingga 27-12-2014,Ditarikh itu hujan turun tak henti2 dan sangat menyeluruh di negeri kelantan,( boleh semak di pejabat yang berkaitan )Sebab2 lain terjadi nya banjir besar akibat dari air pasang besar dilaut china  selatan.Mungkin tiga  dari sebab ini lah terjadi nya banjir besar di Kelantan

Selain dari tiga sebab diatas ada satu teori yang bermain dalam fikiran di sesetengah orang ialah tentang limpahan air takungan dinegeri terengganu,Dikatakan sebab2 banjir besar terjadi di negeri kelantan ialah air tasik kenyir telah melimpah kedalam negeri kelantan melalui empangan kedua yang dibina beberapa tahun yang lalu,Teori ini telah disangkal oleh pihak tenaga nasional berhad (TNB).Tak mungkin sama sekali air dari dam ke-dua telah melimpah ke negeri kelantan.

Pada 2-1-2015 aku telah mengikuti rombongan misi bantuan banjir ke negeri kelantan.Seawal pukul 8 pagi aku mengikuti rombongan misi bantuan.Sebenarnya rombongan misi bantuan yang aku ikuti aku sendiri tak kenal dari kumpulan mana,aku cuma ikut diatas pelawaan kawan aku sahaja.tetapi yang pasti rombongan misi bantuan ini datang dari kuala berang terengganu.Pada hari itu ada dua kumpulan yang ke Kelantan,Kalau tak silap aku kumpulan OKB (orang kuala berang ) dan kumpulan sungai garage dan kawan aku yang berada dalam rombongan sungai garage ini lah yg mempelawa aku ikuti kumpulan mereka.

Bermula dari bandar kuala berang kesimpang sungai tong mengambil masa selama sejam perjalanan,memasuki jalan terengganu- jertih  rombongan misi bantuan telah bergabung dgn rombongan lain yang datang dari kuala terengganu dan lain2 daerah,Dari situ kumpulan misi bantuan sudah menjadi panjang berkilometer jauh nya hingga memasuki negeri kelantan,Sepanjang perjalanan didapati kumpulan misi bantuan telah bergabung dgn cara tak sengaja dari kumpulan lain menjadikan jalan raya penuh sesak menjadi jem yang teramat panjang.Jalan benar2 sesak bermula dari Macang hingga ke Kuala Krai dari kuala krai kebanyakan kumpulan berpecah menjadi kumpulan yang kecil ke distinasi masing2,Masing2 kumpulan mencari sendiri sasaran mereka untuk membahagi2kan barang2 yang dibawa.Beberapa tempat yang jadi sasaran kumpulan misi ialah manik urai,laloh,kg pemberian,dan sepanjang kampung laluan lebuh raya gua musang-macang.

Dari kuala krai aku dan kumpulan ke manik urai sejauh 10km lebih kurang,Aku hanya melihat peserta kumpulan membahagi2kan barang2 mereka.Setelah misi membahagikan barang2 selesai,aku dan peserta lain mengambil haluan masing2 untuk pulang.Aku mengambil peluang untuk memasuki sebanyak kampung yang boleh untuk melihat tempat2 yang teruk dilanda banjir.Sebenarnya misi bantuan yang aku ikut mempunyai banyak agenda pada hari itu,oleh kerana barang yang dibawa dalam kuantiti yang banyak,banyak tempat yang boleh dimasuki jadi aku tak larat untuk mengikut kerana aku sendiri ada agenda nya sendiri,Peluang yang ada aku ambil untuk melawat kawan yang aku kenali di pekan kecil laloh,jadi aku bertolak kepekan tersebut pada pukul 1.00 tengah hari,oleh kerana pada hari itu hari jumaat,kemestian yang utama ialah solat jumaat,Sepanjang tempat yang aku lalui tak ada masjid untuk solat jumaat kerana kebanyakan masjid masih lagi  kotor dan belum dibersih kerana tak ada kemudahan,Keadaan masjid dan rumah diperkampungan disepanjang jalan masih lagi tunggang langgang,Orang ramai masih lagi berkumpul dibanyak tempat untuk makan dan mengambil barang bantuan yang datang entah dari ceruk mana
.
Sehingga pukul 1.30 aku sampai ke kampung sungai peria,didapati disitu ada masjid yang bersih dan dah bersedia untuk solat jumaat,aku mengambil peluang itu untuk bersolat disitu untuk mendengar khutbah pertama pasca banjir di kelantan,Yang paling sedih ialah ketika mengambil wudhuk,Air yang digunakan ialah air mineral yang dibekalkan oleh entah siapa,aku lupa nak bertanya..ada beratus2 mungkin beribu2 air mineral yang disediakan (semoga yang terbabit mendapat rahmat ALLAH yg sebesar2nya) Imam seolah2 bermain dengan emosi ketika membaca khutbah,Dalam sejarah hidup aku,aku belum pernah hadir disolat jumaat yang tanpa bunyi,biasa nya kita akan mendengar orang2 bercakap dan riuh kedengaran budak2 bercakap ketika belum baca khutbah atau masa imam membaca khutbah tapi dimasjid sungai peria aku dapati makmum seolah2 sudah tak ada nyawa,seolah2 makmum menahan nafas,keadaan amat sunyi dan penuh tawaduk walau pun didapati makmum melimpah keluar masjid.Imam hanya berkhutbah berkisar kapada musibah yang sedang melanda,mengingati makmum sentiasa tabah menghadapi ujian yang datang.Mimbar yang pertama pada hari itu hanya mengambil masa antara 5-6 minit sahaja dan mimbar yang ke-2 hanya mengambil masa 2 minit sahaja.Selesai solat imam bertahlil sebentar dan solat jumaat pada hari itu 2hb jan 2015 penuh dengan rasa insaf dikalangan makmum nya (aku rasa).

Selesai solat aku bertolak kepekan laloh untuk melihat kesan banjir dan kerosakan yang dialami,Disepanjang laluan apa yang ada hanya lah kesan banjir dan kerosakan akibat banjir,rupa2nya semua tempat dan dipekan laloh sendiri keadaannya serupa malah keroasakan dilaloh lebih teruk kerana banyak rumah yang hanyut,runtuh dan sebagainya.Aku gagal mencari kawan aku dipekan laloh setelah bertanya dibeberapa tempat,Mungkin telah berpindah atau macam2 boleh terjadi,Aku mengambil masa yang lama dipekan ini melihat rumah yang hanyut,merasa denyut nadi penduduk kat situ serta melihat bekas kerosakan.(kalau ada yang terbaca blog aku ni orang laloh,sampai kan salam aku kpd pak ku mezah)

Setelah lama lepak disimpang kilang papan pekan laloh, aku mengambil jalan dabong – jeli sejauh lebih 100km untuk balik keterengganu,Dari simpang dabong –jeli sepanjang laluan nya juga banyak kerosakan yang dialami seperti pekan dabong sendiri dan kg jelawang (klu tak silap).Aku sempat juga mengambil gambar air terjun yg dikatakan paling tinggi di Asia iaitu air terjun dabong walau pun gambar kurang baik..
.
Aku sampai ke jeli pada pukul 5 petang setelah berhenti dibanyak tempat sebelum nya.Berhenti makan sekejap dan meneruskan perjalanan keterengganu.Untuk singgah ditanah merah sudah tak ada masa kerana kesibukan disitu oleh kederaan yang keluar masuk.Sampai kekampung pada pukul 10 malam dengan kenangan yang banyak,Sekian...

Kesimpulan nya:
Pada pandangan aku banjir ini merupakan satu malapetaka yang sangat besar,memerlukan modal yang banyak untuk dibangun kan semula,pada fikiran aku RM satu billion pun belum tentu cukup.Memerlukan bantuan, sama ada bantuan luar,ahli koperat,kerajaan persekutuan dan orang perseorangan...

Catitan:
Gambar2 yang aku snap tak nampak teruk sangat,aku tak sempat untuk berhenti ditempat yang kritikal kerana kesibukan lalu lintas,dibimbangi akan menyusahkan penguna yang lain.Gambar2 seperti kayu balak tengah jalan,peti sejuk atas atap  rumah,Rumah diatas rumah,rumah ditengah2 jalan,jalan runtuh dan segala yang teruk memang aku tak ada masa untuk fokus kan camera aku,(sebenar nya gambar tu aku ambil dengan tab je,aku
tak bawa camera kerana aku pandang lekeh/ringan banjir yang terjadi,dah sampai ketempat banjir baru aku sedar bahawa ini bukan banjir tetapi satu malapetaka yang sangat besar)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan