Lipan ialah artropod tergolong dalam kelas Chilopoda dalam
subfilum Myriapoda. Lipan ialah haiwan panjang dengan sepasang kaki untuk
setiap segmen badan. Lipan boleh mempunyai bilangan kaki dari bawah 20 hingga
melebihi 300. Lipan mempunyai bilangan pasang kaki yang ganjil, contohnya 15
atau 17 pasang kaki (30 atau 34 kaki) tapi bukan 16 pasang kaki (32 kaki) Lipan
biasanya ialah karnivor
Dianggarkan terdapat 8,000 spesies lipan di seluruh dunia dan 3,000 telah
dikenalpasti..(Lipan versi wikiepedia)
(rupa lipan yang gigit aku,kecil tapi sangat bisa)
Pengalaman digigit lipan:
Pada 17hb.dis 2014 negeri2 pantai timur telah mengalami banjir besar,Banjir
telah mengakibatkan beberapa bahaya yang terjadi,sama ada dihanyut air banjir
ditengelami air sehingga kapada kematian dengan sebab2 dibawa arus deras.Salah
satu bahaya yang terjadi ialah digigit binatang
yang kecil seperti lipan.kala jengking,semut yang bisa,katak,ular dan
beberapa jenis binatang yg berbisa.Satu sengatan dari binatang berbisa ini
menjadikan mangsa mengalami sakit yang lama atau pun membawa maut...
Diwaktu banjir ini lah aku telah digigit lipan semasa sedang tidur iaitu
lebih kurang pukul 3 pagi,.bukti lipan yang gigit kerana haiwan itu ada
berdekatan dengan tempat aku tidur dan dikenal pasti dengan bekas gigitan nya.Tempat
kena gigit ialah dibahagian leher,Pada mula2 kena sengat, sakit nya tak lah
terasa sangat,hanya biasa2 sahaja,lagi pun aku tak alah dengan gigitan binatang
bisa,aku biasa kena gigit tebuan,peringat kala jengking,lebah dan ular.Aku
membiarkan sahaja tanpa berikhtiar apa2.Pergi
hospital pun tidak..
.
Oleh kerana sakit tak seberapa,aku sempat lagi untuk berfacebook dan membaca
blog,setelah lebih sejam sakit dari gigitan sangat terasa,sangat sakit hingga
termuntah2,Diwaktu yang sangat sakit, aku telah berikhtiar dengan macam2 ubat
sapu dan minyak panas yang ada dalam simpanan tetapi itu semua tak jalan,sakit
nya sangat terasa dan tak tahan,Lebih 3 jam menahan sakit aku mengambil
keputusan untuk kehospital,Keputusan untuk kehospital merupakan keputusan yang
pertama sejak berpuluh2 tahun, aku tak pernah kehospital,kerana aku tak pernah
sakit,kalau hanya gigitan tebuan atau ular aku hanya membiarkan sahaja tanpa
ubat apa2,mungkin diwaktu itu aku sangat muda,anti body tubuh aku dapat menahan
sakit walau pun dipatuk ular,Dihospital aku telah diberi dua
suntikan,sepatutnya aku kena tiga suntikan tetapi oleh kerana aku sangat takut
dengan jarum,aku hanya diberi dua suntikan sahaja,Diwad kecemasan hospital aku
hanya mengambil masa hanya 15 minit dan aku telah dibenarkan balik,Hal ini
telah menjadi kehairanan kepada pesakit lain (dimasa itu ada dua kes yg serupa
dengan aku,mereka dah tinggal diwad selama 2 jam dan tak dibenarkan balik)
mengapa aku dibenarkan balik terlalu cepat,tidak ada test dan sebagainya,Aku
hanya dibekalkan dengan dua jenis pil dan dipesan supaya memakan pil kalau aku
sakit...
Oleh kerana aku menyangka sakit hasil dari sengatan lipan dah hilang setelah
diberi rawatan, aku rilek2 jer minum pagi kat bandar dengan memakan roti canai
telur disebuah kedai.,Setelah sampai rumah dan tak sampai 1jam,sakit dah mula
datang balik,sakit yang tiada hingganya sehingga ditempat sakit keluar air
seperti peluh yang sangat banyak,Untuk kehospital yang ke-2 kali adalah tidak
mungkin.Atas nasihat doktor tadi aku memakan pil yang dibekalkan untuk
menghilangkan rasa sakit,sakit yang aku alami ketika itu adalah sakit melebihi
dari sakit sebelum aku diberi rawatan kat hospital,Aku yakin sakit itu sakit
yang paling kemuncak.
Setelah menahan sakit lebih dari dua jam,sakit yang aku alami semakin
berkurangan sehingga hampir sembuh 80% pada pukul 3 petang. (betul lah kalau
orang2 tua cakap,kalau sakit disengat,sakit nya akan hilang selepas bertemu
ketika,Ketika maksud nya 12 jam atau pun 24jam setelah kena sengat) Dan sakit
gigitan lipan yang aku alami hilang sepenuh nya pada pukul 3 pagi setelah 24 jam disengat...Sekian
Catitan:
Mesti tidur setelah didapati tempat tidur memang bersih terutama tempat
tidur anak2,bayangkan kalau gigitan serangga seperti lipan mengigit anak2
kita,tak terperi sakit nya,anak2 tak mampu beritahu apa yang mereka
alami,kerana ada gigitan haiwan yang macam ni boleh membawa maut.Kalau kena
kepada yang dewasa mungkin tak menjadi hal sangat,kita yang dewasa pun tak
tahan mengalami sakit yang sebegitu....
ya Allah. Samalah. Bru kne semalam. Kne kt tengkuk wktu kul 3 pagi. Pegi hospital kne cucuk. Sepatut kne cucuk 2 kali .. bahu dan tengkuk tapi x sanggup kne cucuk kt tengkuk. Sakit sngt.
BalasPadamWlau dibagi ubat dan cucuk tp sakit nya tak hilang,akan hilang selepas 12 jam dan hilang sepenuh selepas 24 jam,sakit nya mcm tak tertanggung,sabar lah awak...
PadamHuhuhuhu..baru kena gigit anak lipan jam 2am td..dah sapu minyak panas ...esok nk pergi hospital, bisanya sblom sapu minyak td mmg menyengat....ni masih rasa bisa... dah keras bahagian digigit..lipan gigit kat peha, lipan naik atas katil, ingatkan semut, sekali terpegang panjang..
BalasPadamHahaha,salam sejahtera.kikiki
BalasPadamHye salam sejahtera sama la ngan saya tengah tidur atas karpet tetiba rasa sakit pastu ade rasa macam ade kaki kat belakang badan skali pegang lipan panjang dengan tangan pon kena sengat.
BalasPadam2 tempat kena sengat blakang badan dengan jari. Tapi alhamdulilah selepas 3jam dh sembuh
klu 3 jam dah hilang sakitnya kira ok benor2 lh tu,sy lebih 12 jam baru hilang..
PadamMungkin itu lipan biasa. Sy prnh kna gigit ngn lipan biasa wktu tgh tidur, lpas kna tu sakit tp boleh smbung tido blik. Tp arini aku trkena skli lg gigit lipan, pkul 4pg td, g hspital pon tk ilang sakit smpai skng. Huhuhu, doktor tu ckp mungkin lipan bara.
PadamBaru (3.30 am) kene gigit ngan lipan remaja..tmpt gigitan berbintat mcm kene gigit semut..klu masih x ok br p hospital pg nanti..cuba sapu krim panas je dlu
BalasPadambinatang bisa xde istilah remaja atau pun tak,mungkin awak jenis tak alahan dgn binatang bisa,sebab tu tak sakit...
PadamAku pun baru kena gigit ni ha di pagi raya..sekali lipan raya buat operasi daaaa.... selamat hari raya semua..sakit siut
BalasPadamsabar lah ya..
Padamaku baru kena gigit nie haa..1kt tgn 1 lg kt perut...sakit nya mcm tulang nak reput..skrg nie nak g klinik jauh
BalasPadamaku baru kena gigit nie haa..1kt tgn 1 lg kt perut...sakit nya mcm tulang nak reput..skrg nie nak g klinik jauh
BalasPadamen fauzan din...nikmati lah ya...kikiki...
Padamsy kena gigit lipan jam 12 mlm dn skrg jam 8 pgi masih sakit dan berdenyut. sy ingat xserius kot...sy tengah preggy..so bahaya x? sbb sy ni ssh nk g ke klinik.
BalasPadamklu tahan xpe,tpk lu tak tahan kena pegi spital lah..sengat lipan akn sembuh sepenuh nya selepas 48 jam..ada org tua yg bg tau sy,klu kena sengat lipan hendak lah ambik otak lipan tu dan sapu tempat yg kena gigit,inshallah akan baik dan tak sakit..
Padamsaya pon preg baru 20 minggu kena gigit dekat peha..pukul 6pagi
Padam20 minggu dah lama,dah baik pun...
Padamsaya baru je tadi kena gigit anak lipan 10 minit yang lepas, ini first time saya kena gigit lipan. dah tu 3 tempat plak tu..jadi macam fobia la pulak. dengan spontannya saya terus sapu tiger balm (krim panas). tapi sampai sekarang masih ade rasa lagi perit dia. nak di jadikan cerita saya amik seluar dari longgokan baju atas lantai. bilik saya pulak berhawa dingin, jadi mungkin anak lipan tu da de kat seluar saya masa tu. naseb baik kena gigit kt peha dan jari je. fobia da nak letak baju yg baru kering selepas basuh atas lantai..
BalasPadampengalaman saya yg sy cerita tu mengambil masa jgk untuk sakit sepenuh nya,sy ambik masa untuk ke hospital 3 jam selepas disengat.klu 10 minit bermakna cik nurul belum lagi sampai tahap sakit yg sebenarnya,walau cm mana pun bergantung kpd cik nurul jenis alahan atau tidak,klu tak alahan kpd sengat binatang bisa tak jadi masalah...tq
Padamsaya baru je tadi kena gigit anak lipan 10 minit yang lepas, ini first time saya kena gigit lipan. dah tu 3 tempat plak tu..jadi macam fobia la pulak. dengan spontannya saya terus sapu tiger balm (krim panas). tapi sampai sekarang masih ade rasa lagi perit dia. nak di jadikan cerita saya amik seluar dari longgokan baju atas lantai. bilik saya pulak berhawa dingin, jadi mungkin anak lipan tu da de kat seluar saya masa tu. naseb baik kena gigit kt peha dan jari je. fobia da nak letak baju yg baru kering selepas basuh atas lantai..
BalasPadamKenapa erk lpas 2 weeks dia bengkak&gatal semula tempat yg disengat lipan tu?adakah bisa lipan x hilng lagi?
BalasPadamMcm pelik jer,sy pikir kena pegi hospital plk,mungkin ada penyakit lain,pada kebiasaan nya digigit binatang bisa seperti lipan x lh sampi 2 minggu bengkak x hilang..
PadamAwak gatal.dan membesar ke tempat kena gigit lipan.. Sy pn alami benda sama ni..apa yg awak buat eh utk tak bagi gatal
PadamAssalamualaikum
BalasPadamAlhamdulillah .Allah sentiasa menjaga kita
Syurkur pada-Mu Ya Allah Ya Tuhanku
Jam 4.00 pagi terjaga ..terasa macam ada yang bergerak - gerak .tersedar dari tidur .
Dalam keadaan terpinga- pinga
Nampak lipan .
Ya Allah .pangjangnya
Lebih kurang sejengkal
Terus terbangun serta merta
Apa nak buat Ya Allah
Ambil bantal ..dengan niat supaya dia xbergerak .
Ke dapur lagi
Cari bekas ...masuk bilik ..cari2 lagi ..mana lipan ni ..
Sempat lagi cari2 lipan ni
kena tangkap ni...kena tunjuk kat suami kesayangan ni
.suami outstation.mjur pagi ni dah balik
Last sekali nampak pun
Merayap....
Ambil penutup biskut raya taypeware ..nah ....dibawah situlah dia
Tgu abg sampai rumah nanti untuk uruskan
Buat masa sekarang
Rasanya Alhamdulillah xdigigit
Sebab belum ada rasa sakit pun
Waalaikummussalam...mmg betul puan siti tak kena gigit sbb klu kena gigit,sakit nya serta merta,selambat2 pun dlm 1 minit..
PadamYe .Alhamdulillah.ok rasa ...baru sampai rumah ..tgu abg smpai rumah .aktiviti pertama nak tgk lipan dulu..dah tutup dengan bekas tadi ...nak masuk dekat xberani
BalasPadamPtg tadi sempat ke kedai beli shieldtox .kawan cakap kena ada gu kat umah .senang kalau ada apa apa
BalasPadamBeli pun konon konon nak bunuh lipan ni
Terniat di hati xpayahlah bunuh lipan sebab lipan xgigit pun kita
Biar je lipan kat bilik dlu
Di bawah bekas typware biskut raya
Mkn2 nasi kami
Tahu mesti abg penat
Siap mkn ...
Bg ..kita xbunuh dia bg ....lagipun dia xgigit pun smlam
Ya Allah Ya Tuhanku
Terkejut abg ..besar jugak .xdapat bayangkan kalau digigit semalam .smlam kalau call abg kul 4 pagi ..lagi abg terkejut ...
Abg buka tpware tu
Ya Allah
Lipan dah mati dah
Sebab dah tutup rapat kat tpware tu
Sebelum keluar umah pgi tadi
Baru terpikir dalam tu mana ada udara
YaAllah .andainya dapat dia hidup kembali ...
Memang niat kerana Allah .
Abg nak masukkan dalam plastik
Buang jauh2 malam ni
Semalam ujan lebat
Lama dah kami disni
Tak pernah lagi dia dtg
Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan menjaga kita semua di dunia dan akhirat .
BalasPadamPuan siti ni penakut lipan rupa2,bunuh lipan bkn pyh sgt,ambik batang penyapu,lenyek atas kepalanya,tp dikurung mcm tu ok jgk lah.Bunuh binatang bisa hukum nya sunat,ok lah tu,semoga selamat..😁😁😁😁😁
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamBru kena gigit lipan...besar gak...kat leher dan pengal tangan..sakit.....
BalasPadamBru kena gigit lipan...besar gak...kat leher dan pengal tangan..sakit.....
BalasPadamSabar lah,sesungguhnya sakit itu penghapus dosa.😀😁😁😁😁
PadamPernah kena gigit lipan kat kaki, rasa kebas dan ngilu..lebah pun pernah jugak kat kaki..semut pun sampai bengkak muka..😒😒
BalasPadamTu makna nya awak alahan kpd sengatan binatang bisa,bg setengah org gigitan semut tak bawa apa kesan pun,klu sampai bengkak sbb kena gigitan semut bermakna awk mesti berhati2 dlm byk keadaan..
PadamSya bru kna bro dekat zakar saya dan tapak kki....Pernah jga kna sebelum ni...Tp boleh tahan...Tp mlm ni kena mmg skit tul
BalasPadamSya bru kna bro dekat zakar saya dan tapak kki....Pernah jga kna sebelum ni...Tp boleh tahan...Tp mlm ni kena mmg skit tul
BalasPadamMungkin faktor usia,sy pun mcm tu jgk.tp mungkin kena tmpt yg tersulit didunia menyebabkan sakit yg tak tertahan2..😂😂😂😂😂
PadamSy terkena pkul 12.. Patut x pgi hosptal .. Mula2 kena sesak nafas.
BalasPadamSy terkena pkul 12.. Patut x pgi hosptal .. Mula2 kena sesak nafas.
BalasPadamkena pegi spital,sbb apa2 yg terjadi kemudian nya kita akan rujuk ke spital jgk,lebih2 lagi klu dah sesak nafas...
PadamBaru kena ni...
BalasPadamSabar lah..sakit sgt tu.. :)
BalasPadamMlm tadi baru kena sengat lipan bara di kaki,,pergi hospital kena cucuk 1 jarum..pagi ni masih sakit berdenyut2 bengkak plak tu..ujian Allah ni,,sabar jela.
BalasPadamPukul 8 malam , anak nampak lipan dlm bilik air, tapi dia tak nampak adakah lipan tu sengat dia. Selang 1 jam tangan dia bengkak, saya suspect lipan tu, lipan hitam kurus yg pjg sejengkal. saya google, kebetulan cream hydrocortisone tu ada kat umah terus tonyoh sapu. Bawa pi Tunjuk kat doctor klinik, doctor suruh stop pakai cream tu, sbb takut terinfection pakai cream hydrocrtisone tu lagi byk infection dia.doctor bg cream sapu lain, tang kat klinik tu juga sapu kat tangan anak, doctor pesan kalau malam ni bengkak lagi pi spital terus.lepas 3 jam kene duk beraduh2 sakit pula, sy on bg pcm kat dia, member msg suruh letak minyak masak dgn bawang putih..saya gaulkan bawang putih dgn minyak zaitun safi rania (tak suka bau meleket minyak masak tukar pakai mintak safi rania), pukul 3 pagi bengkak dah takde..tgh dok monitor dan lumur lagi bawang putih tu kat tangan dia
BalasPadamIsnin mlm kna gigit lipan kt peha..sakit n bengkak sikit la..x g pn klinik..takat sapu2 krim panas je..tp smpai skrg bngkak xhilng..gtal2..d garu mmg mnjadi..btmbah gatal n jd bgkak..
BalasPadamlepas tu en macamana.. sebab anak saya lepas kena gigit ok.. lepas smeinggu bengkak pula n gatal
PadamSy kena gigit lipan bara sedang sampai 2 das..dah masuk minggu ke 2 tempat gigitan tu gatal dan bengkak sebesar 20 sen..kenapa ya?
BalasPadamPegi spital lh,tgk mcmana,bimbang kut jd melarat...
PadamBaru kena gigit ni..adoiiiiii
BalasPadamSy baru kena jam 1.30 td.. allahuakbar... Sakit ya amat... Ada petua apa² tak... Buntu otak.. sakit sgt ni
BalasPadamPtg td bwk anak sedara ke klinik sbb kena ggit lipan kt tepi ibu jari kaki kiri..doc bg suntikkn kancing gigi dan ccuk tahan sakit,tp smpai skrg still sakit n bengkak kakinye...mudah2an ngan bekalan ubat yg doc bg akn bkurangan dan baik spenuhnye.
BalasPadamPtg td bwk anak sedara ke klinik sbb kena ggit lipan kt tepi ibu jari kaki kiri..doc bg suntikkn kancing gigi dan ccuk tahan sakit,tp smpai skrg still sakit n bengkak kakinye...mudah2an ngan bekalan ubat yg doc bg akn bkurangan dan baik spenuhnye.
BalasPadamsalam. 2 malam lepas, sya digigit lipan di jari. suami pun kena di siku sbb lipan naik atas tilam. mula kena terus terkejut tdo sbb rasa seperti dihiris. tgk suami terbangun jg. rupanya kami kena sekali.
BalasPadamsempat sapu minyak angin sebelum p klinik. hanya kena satu suntikan. rasa sakit tu mcm dihiris. pada saya sakit kena gigit kerengga lg terasa. kena dlm pkl 4 pagi. balik klinik, sya tdo. bgn 6.15 pagi dah x sakit langsung dan x de kesan apa2 pun
kenapa ye macam tu?
Badan anda kuat
PadamBadan anda kuat
PadamBaru je kena jugak td dlm pkl 11.15mlm..terlelap kat lantai tetiba rs ada benda kat seluar..bila pegang ada rs kaki dia gerak2 terus picit secara xsedar dan kena gigit..campak seluar dlm keadaan terkejut..tgu suami balik dia cek seluar ada lipan saiz sejengkal..first time kena,seb bek xkena kat anak sbb anak pn ada sekali tgh tdo..tp ni berbisa denyut2 xbaik dr td..nk tdo blik pn xbleh lena..
BalasPadamSaya baru kenani..sakit berdenyut2..
BalasPadamSampai xblh nk ckp ape dah
Kena jugak ni. 11.30 Mlm 17 oktober 2018.. thn je la.
BalasPadamXpe ke klu xpergi hospital
BalasPadamSya bru lepas kena gigit lipan..tapi x laa sampai membengkak.kena pergi hospital jugak ke?
BalasPadamRamai btol yg terkena gigitan lipan berdasarkan atas komen,sy selaku owner blog ni juga digigit lipan untuk kali ke dua iaitu pd 9-9-2019, stelah hampir 5 thn,sakit nya seperti dulu,sy rasa sama dgn tuan2 rasa.hu
BalasPadamSy bru kne ni 3.50am... mule kt muke ingtkan kain ke... libaslah... pastu dia ke tengkuk... rase pedih... sy libas lg skali dia kt blkg badan... sy libas memusingkan badan... skali terase kt perut.. mengelupur sy... libas2 ase pedih kt area bahu... skali sy tgk lipan hitam kecik panjang... melompat atas katil... xsempat nk bunuh dia... dia masuk bwh katil... sy terus kluar bilik, tido tmpt lain... esok lah cri lipan tu... dh xleh tido dh.. gangu btol lipan ni...
BalasPadamSaya juga baru kena gigit sekitar pukul 5:30 pagi ,masuk dalam selimut ingatkan semut yg gigit eh rupanya lipan yg panjangnya +-8 cm sebesar ibujari ..perhhhh tapi rasa sakit tak sakit sangatlaaa...lepastu sy ambil bawang putih sy hancurkan sikit dan sapu pada tempat yg kena gigit tadi ..alhamdulillah sakitnya beransur hilang ....
BalasPadamAssalamualaikum wbt. Dua hari lepas saya disengat lipan nak jam 3 pagi waktu jenguk kucing,mula rasa panas diibu jari kaki,pas tu rasa seperti saya terpijak benda tajam,bila tengok bawah rupanya saya pijak ekor lipan,tu psl dia sengat terus. Sakit dan bisa tak terkata. Bawa gi emergency,bdn pun rasa mengigil,gigi sprti nak terkancing dah..nangis pun mcm budak2. Sampai hosp doc inject dua kali kat ibu jari kaki dan kat ponggong 1x. Lps beberapa menit bisa dtg balik,tak tertahan rasa nak suruh nurse potong kaki. Kena tahan juga..doc tak kasi balik rumah dulu, akibat tah tahan saya pggil nurse lagi, nurse kata tak boleh nak bagi injek lagi,tpi saya tetap nak minta injek,so terpaksalh bagi jg satu injek serta spray. Betul2 tak jalan ubat injek ni,bisa sengatan masih kuat terasa. Sampai jam 6 msh xblh tido...nangis je tak tahan sakit bisa betul. Next shift nurse pun ganti. Akhirnya doc pun tak sanggup..so kena bagi inject lagi kat jari kaki 2 kali,sikit pun tak terasa jarum masuk, sebab bisa sengatan lipan dh menguasai. 1 inject lgi kat ponggong. Lps tu doc suruh saya balik rumah. Bisa sengatan masih blm hilang. Kaki dah bengkak. Saya telan pain killer dua jenis,antibiotic dan antihistamine bawa tido wlupun sakit sangat. Jam 4 ptg..alhamdulillah akhirnya bisa sengatan hilang. Tpi kaki saya masih bengkak dan gatal. Ni lah pengelamab saya disengat lipan apa entah bisanya Allah swt je yg Maha Mengetahui. Dah jera sangat2 rasanya. Phobia pun ada.
BalasPadamMacam mana nak tau kita kena sengat lipan ye.. Sebab masa kena tak perasan cuma pedih sikit n merah² 2titik.. Lepas tu start cm badan lemau.. Lepas dh sihat siap check covid -ve.. Lepas tu baru perasan bahagian yg sakit sebelum ni start bengkak n macam rasa berbisa.. Konon nk tunggu elok sendiri tp makin rasa tengang urat kat tempat sakit (kena kat paha).. Sapu ubat farmasi tp xjd apa.. Still merah, cm bengkak & terasa bisa.. Patut gi hospital ke?.. Sebab xpasti betul ke lipan.. Tp husbnd ckp lipan..
BalasPadamAku baru bunuh lipan pagi ni. sama gambar macam dalam blog ni cuma besar sikit. Syukur Allah tunjukkan masa dia tengah merayap, aku ternampak kat lantai dapur. Semoga binatang laknat ni pupus dari mukabumi. Amin Allahumma Amin
BalasPadam