Selasa, 3 Februari 2015

buat kad atm



Berurusan dengan pejabat memang aku tak suka langsung,Kerenah pegawai2 dipejabat sangat merimaskan aku.Banyak kerenah dari pegawai yang bertugas menyebabkan aku benci untuk berurusan dipejabat,Kadang2 aku rasa kan sikap pegawai yang bertugas seperti ingin menyusahkan urusan yang kita buat.Urusan yang senang dipejabat ialah urusan di kaunter bayaran sama ada untuk bayar bil letrik,bil air dan bil2 hasil.Urusan yang payah ialah urusan yang perlu aku berhadapan dengan pegawai2.Kebanyakan dari pegawai bersikap sombong dan tak mesra pelanggan.Kadang2 langsung tak mengukir kan senyuman,jauh sekali nak bertanya kabar dan beramah tamah.Ramai dari pegawai yang bertugas memandang penuh kebencian kapada pelanggan.Bukan semua pegawai yang bersikap begitu tapi kebanyakan dari mereka memang begitu..Aku seboleh mungkin akan meminima berurusan dangan pejabat dan mungkin atas sebab2 itu lah aku malas nak kawin kerana malas untuk pergi kepejabat untuk berurusan dengan pegawai2..,kah kah kah kah....(Dah melalut jauh)




Yang aku nak ceritakan ialah mcm mana urusan pejabat aku ketika nak membuat kad bank baru bila kad bank lama aku telah ditelan oleh mesin wang (ATM).Mula2 kebank, aku tanya pegawai kat bank apa yang harus dibuat untuk mendapatkan semula kad aku yang telah kena telan.Pegawai bank mencadangkan kapada aku supaya buat kad lain, kerana kad yang kena telan akan diambil oleh ibu pejabat dan lambat diserahkan kepada cawangan.

Yang diperlukan untuk buat kad atm baru ialah mykad dan sekeping fotostat mykad.Urusan  hanya dikaunter yang dikhaskan.Urusan hanya mengambil masa 10 minit sahaja dan kad baru dikeluar dengan nombor password yang belainan dari kad yang lama,Urusan penukaran nombor pin boleh dibuat dimesin ATM

Yang menjadi masalah ketika aku berurusan ialah Komputer tidak dapat detect mykad aku,mungkin komputer rosak atau memang mykad aku dah lapuk,Jalam penyelesaian nya ialah dengan mengunakan lesen memandu, dengan lesen memandu kad atm aku boleh dikeluarkan dan digunakan.Aku tak pernah pulak dengar untuk membuat kad atm mengunakan lesen memandu tapi itu lah yang terjadi.

Kesimpulan nya ialah untuk membuat kad atm baru hanya memerlukan mykad dan fotostat mykad dan terus kekaunter khas untuk membuat kad atm.Dalam kes seperti aku sahaja lesen memandu diperlukan,sekian


Tiada ulasan:

Catat Ulasan