Selasa, 17 Februari 2015

lebuh raya pantai timur 2

    Lebuh raya pantai timur 2 telah dibuka sepenuhnya kapada umum pada 1-1-2015.Tetapi tarikh itu telah dilewatkan sedikit kerana bencana banjir yang melanda pada akhir tahun 2014 yang baru lalu.Lebuh raya ini dibuka kapada umum secara percuma selama enam bulan, selepas itu akan dikena tol seperti lebuh raya yang lain.Lebuh raya 2 pantai timur telah melalui proses yang panjang untuk membinanya.Dibina pada tahun 2005 dan dijangka siap pada tahun 2012,Tidak diketahui sebab apakah lebuh raya pantai timur terlalu lambat untuk disiapkan kerana lebuh raya ini hanya sejauh 190km sahaja.Kos untuk membina nya dikatakan sebanyak RM 3 billion tetapi telah ditambah menjadi RM 5 billion.Dari cakap2 yang didengar di universiti kedai kopi kelewatan demi kelewatan pembinaan nya disebabkan kepentingan politik,Dikatakan kontrator yang tak layak dalam pembinaan lebuh raya telah diberi kepercayaan dalam pembinaan.Dikatakan juga kontrator yang gagal telah diberikan semula kepercayaan untuk membina lebuh raya ini setelah gagal untuk perbinaan yang pertama,Wallahualam...


     Tol sementara di permulaan LPT2

    Disuatu hari pada 15-2-2015 aku telah menerima jemputan kawin Dirumah saudara aku di Kuantan Pahang,Dikesempatan itu juga aku mengambil peluang untuk menziarahi saudara aku yang sedang sakit dibandar indera mahkota. Dikesempatan ini aku mengambil peluang untuk melalui lebuhraya pantai timur 2 (LPT2)untuk merasai moodnya yang dikatakan akan mempercepatkan perjalanan dari terengganu ke kuala lumpur.



    Pergi kekuantan aku mengambil jalan pantai yang melalui dungun dan kemaman untuk terus kekuantan,ditengah2 antara dungun dan kuantan aku mengambil peluang untuk mengambil gambar tempat2 yang menarik dan singgah digerai2 yang berselerak tarak ditepi2 jalan,.Membeli dan makan gaya anthtony bourdain boleh mempercepatkan perjalanan dan ada gaya,hehehehe...


     Tempat rehat dan rawat Perasing yang dikatakan ada gaya,R&R ini merupakan R&R untuk kederaan yang datang dari kedua2 arah,Dari Kuala Lumpur atau dari Terengganu.
    Setelah makan kenduri dan menziarah  saudara yang sakit, aku memulakan perjalanan dari rumah saudara aku di sebuah kawasan perumahan diIndera Mahkota Kuantan pada pukul 2.45 petang,Mengambil laluan dari rumah saudara aku ke susur masuk tol jabur sejauh lebih kurang 20km,Di tol jabur aku mengambil kad seolah2 ingin kekuala lumpur,setelah memasuki lebuh raya aku mengambil laluan kanan dan lebih kurang 2-3km kemudian nya aku menyerahkan kad tol kapada kerani tol sementara yang dibina kerana kemudahan ini belum siap sepenuhnya.Dari situ bermula lah LPT2 yang dikatakan sepanjang 190km ke kampung gemuroh dikuala terengganu (ada yang kata bukit jong)

    Dengan pemanduan selaju 120km sejam aku sampai di R&R Perasing,hentian yang pertama di LPT2,Aku susur masuk sebentar dengan bertujuan untuk ambik gambar dan tenguk2.Sebelum itu kawan aku dah bagi tau yang R&R perasing sebuah hentian yang menyeramkan bila singgah pada waktu malam,Kawan aku tak berani singgah walau pun datang beramai2 tetapi itu tak menjadi masalah kapada aku kerana masa aku singgah baru pukul 3 petang lebih.Tanpa berehat aku meneruskan perjalanan untuk menghabiskan LPT2 untuk sampai kepenghujungnya.
    hentian kijal

    1)Susur keluar yang pertama ialah susur keluar ke pekan cheneh,Pekan chenih terletak 9km dari susur keluar LPT2,Pekan chenih merupakan tempat rehat laluan jerangau jabur lama,Pekan ini ada sebuah pam minyak iaitu syarikat shell.pekan ini juga mempunyai restoren untuk melepaskan dahaga dan makan2.Dipekan ini juga ada pesimpangan untuk ke chukai kemaman melalui mak langgam,Simpang ke-Felda Cherul lebih kurang 1 km dari pekan chenih.

    2)Meneruskan perjalanan tanpa susur keluar pekan cheneh aku melewati susur keluar bandar cukai,Aku juga telah diberitahu susur keluar ini dinamakan susur keluar pasir gajah,Mungkin dipasir tu ramai gajah,huhuhu,Bandar Chukai merupakan bandar utama daerah kemaman,bandar ini juga melahirkan dua orang menteri besar terengganu iaitu dato Ahmad Said dan Dato Seri Wan Mokhtar Ahmad.Ke chukai jangan lupa ke kuala kemaman untuk makan sata nya yang sedap,Boleh ke zoo mini kemaman yang ada ikan naga,boleh tenguk klip2 di kg yak yah dan boleh ke kg mak chili,makan di restoran di kg binjai dan sebagainya,Disebelah lagi LPT2 ialah bandar air putih di laluan jerangau jabur lama,Kat sini ada tempat berkelah,Banyak kedai makan ditepi2 jalan..

    Hentian sebelah kijal merupakan hentian yang ke-dua selepas hentian perasing.Dihentian ini mempunyai surau dan tandas dan merupakan hentian yang kecik dan belum siap sepenuh nya,Aku sempat singgah dihentian ini untuk berehat sebentar, Ada penjaja yang berniaga kecil2an,sekadar menjual air mineral,roti2 dan beberapa jenis makanan ringan.Bercakap2 sebentar dengan tukang cleaner kat situ,bertanya kabar dan berbual2 kosong.Line talipon ok kat hentian ni.

    3) Susur keluar ketiga selepas susur keluar chukai ialah susur keluar kijal,Susur keluar ini boleh kebandar sri bandi,kemasik dan juga boleh juga ke chukai iaitu di rangakain jalan pantai daerah kemaman.Bandar Sri bandi merupakan bandar felda sri bandi.Bandar2 disusur keluar ini merupakan bandar2 minyak diterengganu,Ada air terjun menderu berhampiran dengan bandar  kemasek

    4)Susur keluar keempat ialah susur keluar kertih dan kemasek,Susur keluar ini hanya 13km sahaja dari susur keluar kijal.Bandar kertih mempunyai sebuah lapangan terbang kecik yang memboleh kan pesawat kecik mendarat,Kertih juga merupakan bandar minyak kerana rangkaian bandar2 di kemaman mempunyai kaitan dengan pengeluaran minyak di terengganu

    Mempunyai stesen timbang JPJ yang belum siap antara  susur keluar kertih dan susur keluar paka,Stesen timbang JPJ juga kelihatan belum siap antara hentian kijal dan susur keluar kijal,Aku saja malas nak ambik gambar kerana nak cepat menghabiskan LPT2.

    5) Susur keluar paka akan membawa jauh ke kg Pasir raja hulu dungun,Disini ada nya air terjun paling tinggi di Asia iaitu air terjun cemerong,Antara kedua2 tempat tersebut ialah 50km dari susur keluar paka.Mempunyai bandar seprti durian mas (AMBS).Paka merupakan bandar dalam daerah dungun terengganu dan rangkaian jalan nya juga boleh ke bandar kemasek.
    Susur keluar Ajil

    Rumah rehat paka juga belum siap sepenuhnya,masih dalam pembinaan,Kawasan yang dilalui sepanjang antara tol sementara jabur sehingga ke hentian ini ialah ladang kelapa sawit malah boleh dikatakan keseluruhan LPT2 ialah ladang kelapa sawit yang dipunyai oleh syarikat2 dinegeri terengganu seperti TDM.

    6) Susur keluar dungun boleh membawa ke bandar dungun melalui  durian mentagau melalui hutan lipur bukit bauk,
    Hentian Ajil

    7) Susur keluar bukit besi boleh membawa ke bandar dungun dan bandar Almuktafi billah shah(AMBS).tempat2 menarik di susur keluar bukit besi ialah ketasik puteri dan melihat lombong bukit besi yang sangat kontraversi dan boleh kemuzium bukit besi dibandar bukit besi.Boleh juga membeli ayam pusing yang dijual disitu.

    Aku turun sebentar kepersimpangan bukit besi(jalan jerangau jabur lama) untuk membeli buah2an yang dijual disitu sambil minum2 dan membeli apa yang patut sambil berehat sekejap.Setengah jam kemudian nya aku memandu balik ke LPT2 melalui hentian bukit besi yang terletak 6km dari susur keluar bukit besi,Aku berhenti sekajap untuk ambik gambar dan meneruskan perjalanan.

    8) Susur keluar ajil boleh kepekan ajil,kerana susur keluar ini betul2 ditengah pekan Ajil.Boleh membawa ke bandar kuala berang yg terletak hanya 8 km dari simpang susur keluar.Boleh ke kawasan perkelahan sekayu yang terletak 22km.Lebih kurang 22km ke janakuasa empangan kenyir dan 40km ke sungai gawi.

    Meneruskan perjalanan dan tiba dihentian ajil yang sejauh 5km dari susur keluar ajil.Hentian ini telah siap 100%.Hentian ini diceritakan ada cerita seram yang menakutkan terutama nya hentian disebelah kanan yang menghala ke kuala terengganu,(Aku telah berhenti dihentian sebelah kanan yang jauh dari lebuh raya dimasa yang lain kerana ingin merasa mood seram nya.Memang tiada seorang pun yang singgah pada waktu aku sampai,hanya ada seorang jaga yang mengawal disitu).Hentian Ajil merupakan hentian yang besar seperti hentian perasing.Dari hentian ini kekuala terengganu hanya berbaki 30km sahaja untuk sampai kehujung LPT2.

    9) Susur keluar telemung boleh membawa kekawasan perkuburan pahlawan padang kachung.Pahlawan padang kachung merupakan sekumpulan orang yang membantah polisi yang dibawa oleh british pada tahun 1928,Akibat tersalah maklumat dan mungkin dengki oleh pelbagai pihak,kumpulan ini telah tewas ditangan polis dimasa itu.
    Susur keluar telemong
     
    10) Akhir nya susur keluar kuala terengganu iaitu hujung lebuh raya LPT2.Jalan keluar hujung LPT2 dua ada yang menamakan nya sebagai jalan kelantan,dari sini akan kepekan2 dan bandar2 sepanjang laluan untuk kekota baru,kekanan LPT2 ialah kekuala terengganu yang sejauh 23km,Kuala terengganu memang tak payah dipekenalkan kerana bandar raya ini dah pun termashyur diserata dunia,huhuhu...


    Aku sampai dihujung LPT2 pada pukul 7.00 petang,Kelewatan disebabkan aku berhenti dibanyak tempat seperti R&R diperasing,hentian kijal,susur keluar ke bukit besi dan singgah sebentar di hentian ajil disamping berhenti dijalanan untuk mengambil gambar.tapi malang gambar yang aku ambik kebanyakan nya tak menjadi kerana aku hanya mengunakan camera talipon nokia xpress muzik,.Camera tablet sudah kehabisan beteri,camera biasa aku terlupa bawak.Dari tol jabur hingga hujung LPT2 sepatutnya mengambil masa hanya 2 jam kalau memandu 100km sejam dan hanya sejam kalau memandu 190km sejam tanpa brek tapi mungkin hancur kereta dengan pemanduan selaju itu kalau kereta yang dipandu jenis cap ayam.Koman2 pun kereta honda atau kereta hebat jenis namanya (jenama).Satu perkara yang aku benar2 lupa ialah ukuran panjang LPT2,Aku telah set meter kereta aku dititik mula LPT2 tetapi terlupa plk nak tenguk bila sampai hujung LPT2,sesuatu yang tak patut terjadi,huhuhu...

    Sepanjang LPT2 ada beberapa buah jambatan yang dilalui sama ada jambatan atas darat atau jambatan yang melintasi sungai,Jambatan atas darat ialah jambatan yang merentasi jalan persekutuan dan merentasi paya yang lebar,Sungai besar yang aku ingat ialah sungai kemaman,sungai paka sungai dungun,sungai telemong,sungai terengganu dan sungai nerus,Banyak jambatan yang dibina disungai2 kecil yang aku tak ingat namanya,mungkin berpuluh2 jambatan termasuk jambatan atas darat.Yang menjadi tanda tanya aku ialah mengapakah LPT tidak diteruskan sahaja ke Jertih dan kelantan,Adakah sebab kewangan atau sebab2 lain seperti sebab politik.Mungkin LPT akan dibuat jgk pada suatu masa yang akan datang dan dinamakan sebagai lebuh raya pantai timur 3.. 
    hujung LPT2 Di kampung gemuroh Terengganu
     

    Ada beberapa cerita menarik tentang LPT2 terutamanya dihentian2.>>>>>>Diceritakan pernah terjadi kapada seseorang yang berasal dari kemaman,Individu itu telah memandu dari terengganu untuk kekemaman,Dipertengahan jalan beliau telah singgah untuk makan dan minum disebuah kedai makan yang dibuka di LPT2 dan perkara itu telah diceritakan apabila sampai ke kampung tapi telah dinafikan oleh orang2 dan kawan2 yang mahir di LPT2,sebab dimasa sekarang memang tak ada sebuah pun kedai makan yang dibuka,untuk mengesahkan cerita tersebut mereka telah pergi semula ketempat yang didakwa dan memang kedai makan itu tidak ujud.>>>>>>Pernah terjumpa seseorang perempuan sedang mengheret anak sedang berjalan diLPT2,bila dilihat, ada kelihatan darah yang mengalir dimata perempuan tersebut>>>>>> Dua cerita diatas aku telah kutip dari kawan yang aku percayai,mungkin rekaan atau memang terjadi,Aku sendiri pernah mencuba untuk merasai cerita seram dan ketakutan macam tu dengan memandu sendirian dimalam hari tapi tak ada plk benda2 pelik yang aku jumpa,walau macam mana pun aku tak bermaksud cerita yang diceritakan itu hanya rekaan mungkin orang tertentu sahaja yang akan terjumpa benda2 macam tu.>>>> selain itu LPT2 sangat kerap terjadi kemalangan,punca kemalangan mungkin kerana kegagalan jentera,jalan yang licin,terkena angin lintang dan mungkin tertenguk benda2 pelik,kikiki...


     Susur masuk ke LPT2 di Kampung Gemuroh Kuala Terengganu,permulaan LPT2 dari terengganu


    Aku berhenti solat jamak takdim dimasjid kampung batu 6 dan meneruskan perjalanan balik melalui manir, kuala telemong,melalui kg iman lapar,kampung tajin dan terus kekuala berang hingga kekampung aku lebih kurang pukul 8 mlm lebih,(sajer aku tak pusing balik ikut LPT2 ke Ajil dan terus ke kuala berang kerana aku nak ambik mood lain plk,puas doh atas lebuh raya)Tamat perjalanan sejauh 400km lebih dengan memakan kos minyak RM 80 dengan kereta proton BLM aku (minyak muroh doh boh) Sekian.....


    Tiada ulasan:

    Catat Ulasan