Rabu, 18 Februari 2015

cerita sedih-ku

Pada 3hb dis 2013 aku dan keluarga telah hilang seorang anggota keluarga iaitu Ayah,Penyakit yang dihidapi nya ialah angin ahmar atau pun dikenali sebagai strok,Oleh kerana aku dan adik beradik merupakan adik beradik yang sudah dewasa dan berumah tangga,permergian ayah aku tak lah memberi kesan sangat terutama nya dari segi ekonomi.Dari 3hb dis 2013 hingga sekarang,bulan febuari 2015,Ayah aku dah meninggalkan kami selama satu tahun dua bulan lebih,Ayah aku telah mengalami sakit angin ahmar selama 7 tahun 8 bulan bermula pada 26hb jan 2006 sehingga meninggal dunia pada 3hb dis 2013.Masa mula2 ayah meninggal, aku kurang merasai pemergian nya tapi setelah beberapa waktu ketiadaan nya mula terasa, mungkin kerana sudah tak kedengaran lagi suaranya yang meminta macam2 perkara,mungkin kerana aku dah tak mendengar dengusannya lagi...


Pada 26hb jan 2006 ayah aku telah merasa kebas2 ditangan dan tak boleh memegang semua benda,Mula2 nya aku dan adik beradik tak menghiraukan sangat dengan apa yang terjadi kerana mungkin tak ada pengalaman lagi tentang sakit angin ahmar,Aku cuma membawa ayah untuk mengurut dengan tukang urut kat kampung,pada malam nya kebas yang terasa semakin teruk dan aku mengambil keputusan untuk membawa ke klinik kat bandar,Doktor hanya memberi ubat dan dikatakan sakit saraf biasa sahaja.Tapi pada keesukan nya ayah aku dah tak boleh duduk dan aku membawa nya kehospital kerajaan,Pada hari itu lah aku mengetahui yang ayah aku telah pun diserang angin ahmar.Ayah aku telah ditahan di wad selama 5 hari dan beberapa ujian telah dibuat,setelah semua selesai dan doktor mengesahkan bahawa ayah aku diserang angin ahmar pada tahap paling ringan. Sejak keluar dari wad maka bermula lah satu episod kehidupan yang sangat mencabar buat aku.(dalam ramai2 adik beradik aku,aku yang paling abang dan aku sahaja yang belum berkahwin dan segala tanggung jawab terletak dibahu aku dan mak sahaja,adik beradik yang lain telah berumah tangga dan tinggal bersama dengan keluarga mereka huaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa).


 Antara ayah aku kena serangan angin ahmar dan sehingga ayah meninggal dunia terlalu banyak perkara yang aku lalui terutamanya untuk mengubat sakit nya,banyak nasihat yang aku terima dari kawan2 yang telah melalui kerenah pesakit angin ahmar,Ramai yang meminta aku bersabar dengan dugaan yang mendatang,ramai yang memberi nasihat supaya ayah sentiasa  berurut,oleh kerana tak tau apa2 tentang angin ahmar,aku mengikut apa yang disaran kan,sama berurut,mengubat secara tradisional dan sebagainya,ada ketika aku kena tipu oleh mereka2 yang ingin mengambil kesempatan atas kesusahan kita,(aku telah ditipu oleh penjual kayu koka,kayu koka dikatakan satu jenis kayu yang sangat baik untuk mengubat penyakit angin ahmar,aku membelinya dengan harga rm 200 untuk satu biji sebesar buah tasbih dan kemudian nya diketahui itu mmg buah tasbih yang tak ada harga langsung,Penjualnya seorang tua yang berserban dan berjubah,cakapnya sangat berkeyakinan sehingga aku tertipu dgn pujuk rayunya,)Cara pengubatan lain seperti membeli habatul sauda sejenis permakanan yang dikatakan sangat baik untuk yang berpenyakit angin ahmar.Selain berubat dengan cara diatas aku sentiasa berulang alek ke klinik dikota baru kelantan,Diklinik tersebut dikatakan doktornya sangat pakar dalam pengubatan angin ahmar.Berulang alik keklinik kota baru,seminggu sekali pada bulan yang pertama dan sebulan sekali dalam masa tiga tahun,Kos untuk sekali pergi ialah 200-300 ringgit.Yang paling kemuncak cara pengubatan ayah aku ialah dengan membeli mesin terapi Al Jabbar yang berharga 11 ribu ringgit tetapi semua cara pengubatan tak jalan jgk sehinggakan membawa kapada kematian ayah aku pada 3-12-2013...


Perangai orang terkena serangan angin ahmar sangat memerlukan kesabaran kapada yang menjaganya,setiap masa pesakitnya sentiasa menagihkan perhatian tak kira masa,Merajuk merupakan perkara biasa sahaja,kurang keyakinan merupakan perangai orang yang terkena penyakit serangan angin ahmar.Menjaga kebajikan nya sangat memerlukan kesabaran.Ceramah dan kata2 perangsang oleh anak2 dan kawan2 yang datang melawat merupakan rutin setiap hari,segala idea dikeluarkan,tapi pesakit seperti tak memahami apa yang dikata.Untuk meredakan keadaan aku terpaksa membawa ayah aku bersiar2 diwaktu yang diingini.Kadang bukan setakad bersiar2 tapi dah jadi macam pengembaraan.Tempat2 yang aku bawa ayah aku ialah sehingga johor baru,pejom kuala lipis dan sungai koyan,Kuala lumpur tempat mainan biasa sahaja.Dikampung sendiri biasa nya ketempat2 berkelah,tempat yang jauh kedalam hutan seperti terengganu mati,tempat aku memancing (masa tu empangan kedua dalam pembinaan)...

Setelah mengunakan mesin terapi untuk beberapa bulan ayah aku telah diserang penyakit sawan,Penyakit sawan yang dihidapi oleh ayah aku ialah setahun setengah sehingga lah kapada kematiannya.Aku sangat yakin penyakit sawan yang dihidapi oleh ayah aku berpunca dari mesin terapi tersebut.Aku pernah rujuk kapada seorang doktor tentang mesin terapi yang aku beli sama ada memberi guna atau hanya loyar buruk penjual nya sahaja dan jelas doktor menyarankan jangan guna kan mesin tersebut kerana akibat nya sangat buruk,Salah satu keburukan nya ialah sel2 pada otak akan putus disebabkan aliran letrik yang mengalir kedalam badan,Oleh kerana gerun dengan penerangan doktor tersebut aku telah menyimpan mesin terapi dalam kotak untuk selama2 nya...

Sehari sebelum kematian ayah aku,aku telah masuk kebilik nya dan mengusap2 kepalanya sambil bercakap2 dengan nya,menasihatkan kan nya supaya bersabar dan memberi perangsang yang terdaya oleh aku,Aku lihat air matanya keluar hingga kepipinya,Aku mengesat dan menyentuh mata nya,Apa yang aku tenguk ialah matanya sangat redup,tidak bermaya.Matanya terkedip2,mata yang sudah tak ada daya melawan apa yang ada,sama ada bulu mata nya sendiri,Kasihan belas aku sentiasa memuncak sama ada diwaktu itu atau waktu2 yang lain.Ayah aku sering meminta maaf kapada aku dan adik beradik yang lain dan aku adik beradik sentiasa menghiburkan hati nya dengan mengatakan bahawa kami dah sentiasa memaafkan nya..

Keesukan hari nya pada pukul 8.30 pagi,3hb dis 2013,hari selasa,ayah aku menghembuskan nafas terakhirnya dikelilingi anak2 nya kerana pada hari itu cuti sekolah yang panjang,SEMOGA ROH NYA DICUCURI RAHMAT,Sekian...

ANGIN AHMAR YANG DIPETIK DARI WIKIPEDIA:
Angin ahmar atau strok ialah masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian otak diganggu. Bahagian otak tersebut tidak lagi menerima oksigen yang mencukupi dan oleh itu, sel-sel otak akan rosak atau mati, dan mengakibatkan bahagian badan yang dikuasai oleh bahagian otak itu tidak berfungsi. Angin ahmar ialah kecederaan saraf yang serius dan gejalanya ialah kehilangan fungsi saraf secara tiba-tiba.
Gangguan peredaran darah biasanya terjadi pada sisi arteri peredaran itu, walaupun gangguan ini juga boleh terjadi pada sisi vena. Angin ahmar telah dikategorikan sebagai kecemasan perubatan yang boleh menyebabkan kerosakan saraf yang kekal serta juga kematian jika tidak dikesan dan dirawat dengan cepat. Penyakit ini ialah penyakit ketiga yang menyebabkan paling banyak kematian dan kehilangan upaya di kalangan dewasa Amerika Syarikat dan negara-negara perindustrian di Eropah. Pada puratanya, satu kejadian angin ahmar terjadi pada setiap 45 saat, dan seorang mati setiap 3 minit, akibat angin ahmar. Bagi setiap lima kematian tersebut, 2 kematian adalah orang lelaki dan 3 kematian ialah orang wanita.
Punca angin ahmar termasuk kelanjutan umur, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi, dan merokok. Merokok merupakan punca boleh ubah suai yang paling penting. Istilah "serangan otak" kini semakin digunakan di Amerika Syarikat untuk angin amar, disebabkan penyakit ini adalah padanan untuk "serangan jantung" yang merupakan masalah kesihatan yang diakibatkan oleh salur darah tersumbat dan bekalan darah ke sebahagian jantung diganggu.

4 ulasan:

  1. Assalamu'alaikum,


    mak saya baru 2 minggu kena stroke. saya dan keluarga masih sedang menyesuaikan diri dengan keadaan mak. memang betul apa yg tuan tulis, memang kita perlukan tahap kesabaran yang sangat sangat tinggi untuk menjaga pesakit stroke ni.

    Al fatihah untuk ayahanda tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam..saya harap awak byk bersabar,anggap lah ini sebagai satu ujian dalam hidup awak dan keluarga,pada tahap 2 minggu merupakan masa yg singkat untuk mengenalinya,disatu masa awak mungkin tak dapat hadapi cabaran yg datang dan dikala ini lah ujian yg sebenar2 nya akan dihadapi,hubungan awak dan adik beradik mungkin menjadi sgt kritikal.saya harap awk banyak bersabar... dan terima kasih cik jules..

      Padam
  2. Assalam..arwah ibu bapa saya juga meninggal sebab strok..saat itu saya masih dibangku sekolah lagi. Memang sedih bila mengenangkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm En daud...semoga roh kedua2nya dicucuri rahmat.

      Padam