Rabu, 4 Februari 2015

desa pingitan


Pada masa yang terluang (masa aku memang terluang sokmo) kebiasaan aku selalu mengunjungi rumah saudara mara aku yang berselerak atas dunia ini,(kihkihkih)Kebiasaan aku akan berkunjung kerumah saudara mara dimasa kenduri kawin,dimasa saudara mara sakit,dimasa ada kematian,dimasa ada sesuatu yang mesti dibereskan dgn saudara mara dan dimasa saja2 untuk berkunjung kerumah saudara mara.Menjadi kesukaan aku kalau tempat yang nak dikunjungi itu dikampung2 yang jauh dari bandar atau pun dikawasan2 hulu,kerana impian aku ingin sangat merasai keindahan tempat2 yang semacam itu.Walau mcm mana pun kampung2 sekarang sudah jarang ada dengan persekitaran tradisional nya,Kebanyakan kampung2 sekarang sudah pun melepasi ketradisionalan nya,Yang ada hanyalah sikap tradisional nya kerana dikampung2 masih ramai lagi golongan warga emas yang masih segar sihat dan mereka lah yang mengamalkan sikap tradisional mereka.Kadang2 rumah dikampung2 sudah mengatasi rumah2 dibandar2..

Pada suatu petang aku telah berkunjung kerumah saudara aku disebuah kampung dipedalaman terengganu.Walau macam mana pun di terengganu sudah tak ada kawasan pendalaman,pendalaman yang aku maksudkan ialah kawasan kampung yang terletak jauh dari jalan2 utama.Diterengganu kebanyakan kampung2nya mempunyai jalan yang baik,bertar walau pun kecil

Sudah menjadi kebiasaan orang kampung akan meraikan tetamunya sama ada tetamu itu yang telah biasa dengan mereka,Kalau ada kerja yang hendak dibuat biasanya mereka meluangkan masa dengan kita dan kerja mereka akan ditangguhkan untuk seketika.Kunjungan aku hanya lah untuk bersilaturahim,menyambung hubungan baik dengan orang tua aku.Saudara aku yang aku kunjungi mempunyai anak2 yang telah pun berkerja,Ada yang kerja dengan kerajaan dan ada yang hanya berkerja buruh biasa.Jadi tinggal lah mereka ini berdua suami isteri.

Riuh rendah orang tua sudah menjadi kebiasaan dan kadang2 pertuturan yang kasar sudah menjadi kebiasaan untuk menunjukan kemesraan.Kadang2 pertuturan seperti itu menjadi sesuatu yang luar biasa kapada orang yang tak biasa.

Aku dihidangkan dgn nasi pulut yang digaul dengan kelapa parut berteman kan ikan pekasam dan teh o,Sedapnya memang tak terkata.Hidangan seperti nasi pulut,ubi kayu rebus telah menjadi hidangan turun temurun sejak dulu,Walau macam mana pun hidangan seperti ini sudah pun beransur2 tiada oleh kerana permodenan.Biskut lemak manis,roti canai,nasi lemak telah mengambil tempatnya dan mudah didapati dikedai2.Ubi kayu masih lagi ditanam disesetengah tempat seperti rumah saudara aku yang aku kunjungi ini,Ianya hanya ditanam dibelakang2 rumah dalam kadar hanya beberapa pokok sahaja.

Sudah menjadi kebiasaan orang tua buatan kampung akan menghalang kita balik sebelum makan nasi.Bahagian ini memang menjadi kegemaran aku.Sudah pasti lauk pauk yang akan dihidangkan berasaskan kapada masakan kampung yang aku pasti dengan cara saudara aku.Masa yang ada menjelang masa untuk makan malam diwaktu petang telah aku ambil dengan berjalan2 disekitar kampung sambil mengambil gambar.Terasa sangat apa yang ada didesa pingitan sangat memberi makna dengan kesunyian nya dan keindahan tempatnya,Masih ada lagi alur2 yang sangat bersih airnya merentang ditengah2 kampung,masih ada lagi riak2 kecil anak2 ikan berenang renang,masih ada lagi pokok2 tebu,pokok2 pisang yang ditanam ditepi2 rumah oleh penduduk kampung.

 Aku bertolak balik kekampung aku setelah solat maghrib yang sebelum nya aku dijamu dengan makan malam diwaktu petang dengan lauk yang berupa ikan perkasam,sayur lemak pucuk ubi kayu,petai jeruk danberulamkan timun batang muda.Mengambil salam yang dikirim oleh saudara aku kapada orang tua aku sudah menjadi tradisi dimana2 tempat khas nya orang tua,Sekian....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan