Sejak akhir2 ini terlalu banyak kejadian yang berlaku seperti memberi
amaran yang menunjukan dunia dah benar2 sampai kepenghujungnya.Ramai yang bercakap2 tentang kejadian pelik sama ada di luar2 atau didalam blog dan internet,Tanda besar yang telah pun terjadi yang menunjukan bahawa dunia dah diperhujungnya ialah kering nya tasik galilee,Tasik galilee telah kering pada tahap membimbangkan. http://my-dunia-islam.blogspot.com/2011/11/boleh-jadi-kiamat-sudah-dekat.html
Hubung kait tasik galilee dengan kedatangan hari
kiamat berdasarkan kapada beberapa hadith yang berkaitan dengan kedatangan
dajal kemuka bumi.Kedatangan dajal memerintah bumi adalah tanda2 besar akan
terjadi nya kiamat
Bencana2 besar yang terjadi seperti gempa bumi
diaceh pada tahun 2004,Gempa bumi ini terjadi pada 26 Desember 2004 di lautan
hindi, di-barat Aceh. Gempa ini berkekuatan 9.3 skala Richter, yang merupakan
gempa bumi terbesar di asia tenggara. Gempa bumi ini juga menyebabkan
terjadinya gelombang tsunami dan mengorbankan lebih 230.000 orang.
Sebenarnya sudah banyak tanda2 besar yang terjadi yang tak perlu disenaraikan...
Sebenarnya sudah banyak tanda2 besar yang terjadi yang tak perlu disenaraikan...
Selain tanda2 besar yg terjadi bila nak kiamat,ada
tanda2 kecil yang telah dicakapkan kapada aku oleh guru al quran aku sejak dulu2 lagi.Aku
teringat kata2 guru al quran aku semasa aku kecik,bila nak kiamat orang islam
akan jadi nombor satu dalam semua bidang,sama ada bidang sukan,atau bidang apa
sekali pun,tapi aku tak nampak pulak perkara tu terjadi,Satu perkara lagi yang
telah diberitahu ialah tentang pokok,guru aku kata bila akhir zaman pokok akan
mengeluarkan buah nya sehingga tak termakan,Kalau nak dikirakan tentang pokok
yang berbuah lebat ni,sekarang tanda2 tu memang ada,telah terjadi pokok buah2an berbuah sudah tidak mengikut musim,sentiasa ada sepanjang tahun,pada akhir zaman akan muncul binatang2 yang tak pernah dilihat,akan muncul binatang2 yang disangka telah pupus,pada akhir zaman manusia2 yang dilahirkan kebanyakan nya cantik2,cun melecun (perempuan) sedangkan kedua ibu bapa tak lah sesegak mana,Pada akhir zaman akan terjadi nya kezaliman yang melampaui batas,tak kira dilakukan oleh orang islam atau yang bukan islam.Diakhir zaman kejadian mungkar terjadi berleluasan sehingga dilihat sebagai perkara biasa,diakhir zaman jahiliyah nya mengatasi jahiliyah dizaman nabi,Diakhir dunia akan muncul segala bukti kisah silam yang tak terfikir oleh kita dan diakhir zaman ramai dari kita sentiasa bercakap dan memuja tamaddun yang telah lalu.(dikatakan klu seseorang sentiasa bercerita kisah2 lama,bermakna individu tersebut telah pun tua,begitu lah jgk dgn dunia,klu dunia sentiasa menerbitkan segala isi dan kisah nya yg lalu bermakna bumi itu sudah pun tua)....
Kadang2 difikirkan pelik,Ramai yang membincangkan
bila kiamat akan terjadi,ramai sangat yang membincangkan tarikh 21hb dis
2012,tarikh itu dikatakan kiamat akan terjadi,Tarikh yang jelas tak memberi
apa2 makna pun (dah 2 tahun 2 bulan kan),Kalau lah tarikh itu hanya dipercayai oleh
orang yang bukan islam sahaja tak menjadi satu masalah kerana itu dah memang
sikap mereka yg nak menaikan sesuatu,seperti peniagaan dan sebagai nya.Kadang2 pelik memikirkan orang melayu islam kita yg sangat tabsub dengan tarikh tentang hari kiamat,hingga disatu tahap ustaz2 yang mengajar dimasjid2 telah mengingatkan bahaya mempercayai sesuatu yg bukan dari ajaran islam jatuh kufur hukum nya.
Bagi aku nak kiamat tak ada masalah
langsung kapada aku, sama ada kiamat lambat atau cepat,Tak menjadi satu
kegusaran langsung,kerana bagi aku kiamat merupakan satu kejadian yang tak tau
bila,manusia tak akan tau kiamat itu bila terjadi,Malah dikatakan Nabi Muhammad
sendiri pun tak tau bila terjadinya kiamat.Apa yang patut digusarkan ialah
kematian kita, sebab kematian sesuatu yang pasti terjadi dan kematian tiada
limit langsung sama ada yang muda atau yang tua,malah boleh dikatakan kematian
akan terjadi pada bila2 masa sahaja.Kiamat tidak akan terjadi pada bila2
masa,kiamat mempunyai masa nya yang tersendiri yang hanya ALLAH sahaja yang
mengetahui.Kiamat mempunyai step yang tersendiri yang telah diatur oleh maha
pengatur,Kiamat mesti mempunyai peristiwa nya sendiri sebelum kiamat
terjadi..Kegusaran kapada kematian berkait rapat dengan amalan yang kita buat,kalau amalan nya sedikit
tentu ini yang patut digusarkan sangat2 dan bukan sesekali kegusaran tentang bila kah kiamat. Kematian kita sepatutnya menjadi kegusaran kerana setiap dari kita wajib mati tapi kiamat tidak semestinya akan berlaku dimasa kita,jadi kegusaran dan membicarakan tentang bilakah kiamat akan terjadi merupakan sesuatu yang bodoh tanpa mengambil kira tentang amalan kita untuk menghadapi mati untuk hidup di hari akhirat,sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan