Akar tunjang bumi....
Itu yang telah diberitahu kapada
aku,Ada yang kata akar tunjang bumi sebagai akar tongkat Ali..Itu tak
penting,yang penting ialah khasiat yang diperolehi dari akar ini.Banyak khasiat
akar ini ada di internet,kalau tak
percaya google je lah,nescaya bersepah di internet.Ada yg ilmiah dan ada yg tak
ilmiah.Salah satu yg tak ilmiah ialah yg aku ni.Apa yg aku tulis ni hanya
berdasarkan pengalaman sahaja dari pak cik aku.Pak cik aku berumur 85 tahun
pada tahun 2016.Banyak benda yang telah diberitahu kapada aku dan salah satunya
ialah tentang akar tunjang bumi ni.
Tunjang Bumi
Yang aku nak cakap tentang khasiat akar ni tanpa ambil kira yang dalam internet.Aku syorkan akar ini untuk mereka2 yg berumur 40 thn ke atas atau kapada mereka yang rasa pening2 kepala atau yg berdenyut2 kepalanya dan juga kapada yang rasa lenguh2 badan,kalau bangun tidur rasa nak tidur balik,tidur yang tak puas2,Minum je air rebusan akar ni dan rasa tak puas tidur itu akan hilang,rasa lenguh2 badan terasa dibuang2..
Cara2 nak merebus akar ni senang sangat,Akar tunjang bumi
dihiris kecik2,sebanyak segengam atau hanya beberapa gram,rebus akar ni dalam
sekendi kecik (cerek).Rebus sehingga air nya tinggal separuh,selepas itu sejuk
kan dan boleh diminum,air yang lebih disimpan dalam peti sejuk,minum hanya
segelas sehari,air rebusan tadi mungkin hanya 3 atau 4 gelas jer,jadi minum
sehingga habis selama empat hari tu,selepas itu berhenti terus,jangan minum
lagi dah.tapi gelas pertama dah rasa perubahan nya,pening2 dah tak ada
lagi,tidur pun puas,tak mengantuk lagi dah.Yang biasa aku buat ialah hanya
meminum segelas jer,yang lebih aku buang atau aku sukat awal2 semasa rebus akar
ni supaya jadi segelas,jadi tak membazir,perlu diketahui juga,cebisan akar yang
direbus tadi hendak lah diambil balik dan dijemur kering untuk disimpan,Cebisan
yg telah dikeringkan boleh digunakan (rebus) sebanyak dua kali lagi,Selepas itu
cebisan akar ni boleh dibuang terus.
Air rebusan dari akar tunjang bumi,rasa yang sangat pahit
Ada orang cakap air rebusan tunjang bumi ialah untuk
sex,tapi kata pak cik aku yang berpengalaman penuh bab2 macam ni,dia kata sex
hanya lah kepada yang sihat tubuh badan,orang segar akan sempurna lah benda2
macam tu dan tak perlu kapada cara yang bukan2 tapi apa kan daya untuk segar
tubuh badan ialah dengan mengambil air rebusan akar tunjang bumi dan minum air
rebusan tunjang bumi akan segar tubuh badan dan segar tubuh badan membuatkan
aktivity sex nya akan normal,dari sini lah ada yang kata tunjang bumi untuk
sex,sebenarnya ianya tak ada kena mengena untuk itu.Tu pak cik aku cakap,kalau
tak percaya abaikan saja sebab dari awal lagi aku dah cakap tulisan aku bukan
ilmiah,hanya pengalaman jer,selamat mencuba..SEKIAN
Terima kasih berkongsi ilmu.
BalasPadamYa betul banyak perdebatan antara tongkat ali dan tunjang bumi.
👍👍👍
BalasPadamTunjang bumi dgn pasak bumi lain ke.??
BalasPadamMaaf bertanya..
Paduuu
BalasPadamtnnjang bumi bagus utk kesihatan dalaman..saya pun sentiasa standby akar tunjang bumi ni..akar ni mmg sangat sangat susah utk dicabut kecuali oleh org yg berpengalaman yg tau caranya..
BalasPadam