Jumaat, 26 Februari 2016

jambatan kampung kuala pueh


Jambatan kampung kuala pueh telah dibina sejak dua tahun yang lalu dan siap sepenuh nya  awal tahun 2016..Nama rasmi jambatan ini aku tak tahu sbb tiada papan kenyataan dibina dekat dgn jambatan ini,hehehe.Aku saja2 beri nama jambatan kampung kuala pueh sbb jambatan ini dibina dikampung tersebut untuk menghubungkan kampung  dusun diseberang sungai terengganu,Jambatan ini dibina merentangi sungai terengganu,Jambatan ini sebuah jambatan yang paling hulu disungai terengganu dan jambatan yang paling hilir ialah jambatan duyung di kuala terengganu,Disuatu masa yang akan datang mungkin jambatan duyung akan menjadi jambatan yang ke-2 disebelah hilir sungai terengganu kerana sebuah jambatan akan dibina dimuara sungai terengganu.
Dianggarkan panjang  jambatan kampung kuala pueh disekitar 400 meter (aku tak ukur) lebih panjang dari jambatan gaung yang terletak dibandar kuala berang...Dengan terbina dan siap nya jambatan ini penguna dari kuala terengganu dan yang tinggal di sealiran dgn nya tak perlu lagi melalui jambatan gaung untuk ke empangan hidro tasik kenyir atau kampung disekitar nya.Kampung yang dimaksudkan ialah kampung kuala pueh,kampung dura dan kampung jenagor.penguna hanya perlu mengambil laluan ini dipersimpangan batu bersurat dikuala berang dan akan melalui kampung buluh,batu bersurat,kampung baru padang tara,kampung kuala por,kampung pasir nering dan kampung dusun.dari simpang batu bersurat hingga ke jambatan kuala pueh hanya sembilan kilometer sahaja..
Penguna dari kota bahru dan yang sealiran dengan nya perlu mengambil jalan disimpang kampung gaung untuk keempangan kenyir dan kampung disekitar nya,Penguna tak perlu mengunakan laluan dibandar kuala berang kerana kerana jarak nya jauh sedikit.Sekian,semoga beroleh menefaat..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan