Khamis, 17 Mac 2016

dikebun

Pada suatu hari seorang kawan telah mengajak aku kekebun nya untuk makan tengahari didangau nya yang baru dibina.Makan yang dimaksudkan oleh kawan aku merupakan makan santai2 sambil menikmati suasana indah dikebunnya.Makan seperti tempat berkelah.Lauk yang selalu ada ditempat macam ni ialah ikan kering yang dibakar atau hanya budu botol.Mungkin ada ikan sungai yang dipanggang tawar untuk dicicah dengan budu...

Kawan aku telah mengusahakan tanaman sawit,Sawit yang ditanam nya baru berumur beberapa bulan.Untuk memenuhi masa untuk memungut hasil sawit yang hanya setinggi lutut,beliau telah mengusahakan tanaman lain seperti pisang,timun kampung,labu,lada dan beberapa jenis tanaman lain,salah satu nya ialah ubi kayu..
Didangau tempat beliau berteduh dari kepenatan berkerja mempunyai peralatan memasak yang asas seperti  dua biji periuk,kendi,beberapa pingan mangkuk gelas  serta sudu dan sodep. Dengan peralatan ini lah kawan aku seharian dikebun nya,tidak balik kerumah untuk makan tengahari.Memasak secara ala kadar dikebun menjadikan kerja berpanjangan tanpa memikirkan soal lapar dan dahaga.Memasak nasi hanya lah diletak atas tungku batu yang dibuat dan sementara nasi masak mungkin boleh mencari pucuk ulam.Ulam2 mudah yang terdapat dikebun seperti,pucuk jering,pucuk lebam,pucuk serai kayu,sulur ribu2 (mcm asparagus),klu bernasib baik akan berjumpa dengan pucuk sebarau.pendek kata pucuk ulam sangat mudah dijumpai dikebun2 atau dipinggir2 hutan.....
Kemudahan asas yang lain untuk keperluan ialah sebatang alur yg sangat jernih air nya mengalir.Disitu boleh mandi manda dan memancing ikan kalau perlu untuk dibuat lauk,Boleh dikatakan alur ini sangat mewah dengan ikan seluang,ikan tebal sisik,ikah tapah bembam dan beberapa jenis ikan yang mendiami dialur  yang jauh dari sungai besar.Sebenarnya masih ada lagi tempat untuk memancing secara kecil2an walaupun kawasan disekeliling telah banyak kebun yg dibuka. Dengan mengambil batang joran salak boleh saja mencuba nasib yang sememangnya menjanjikan hasil yang baik untuk sesatu waktu untuk makan tengah hari.  

Sementara menunggu nasi masak aku mengambil kesempatan untuk bakar ubi kayu yang ada didangau tersebut.Mungkin kawan aku telah cabut ubi kayu semasa aku belum lagi sampai dikebun nya.Bakar ubi kayu tak jadi masalah kerana ubi kayu hanya perlu diletak ditepi api yang dimasa yang sama sedang memasak nasi.Kalau perlu ubi kayu boleh saja dibakar diunggun yang sedia ada dikebun2.Membakar ubi kayu tak memerlukan api yang marak membara hanya perlu ditanam didalam abu ditempat unggun,dengan cara demikian ubi tak hanggus dan tak perlu menjaga nya.Dalam kadar 10 atau 20 minit ubi kayu yang dibakar dengan cara menanam kedalam abu unggun akan masak sepenuhnya.

Membakar ubi kayu telah mengimbau zaman kecil aku,semasa keluarga aku sangat susah hidupnya.Ditahun2 kecil aku makan ubi kayu bakar seolah2 menjadi rutin harian.Dimasa itu keluarga aku menanam padi huma,padi huma biasanya dibuat dikawasan yg tinggi iaitu tak memerlukan air seperti sawah padi.Kawasan penanaman padi huma biasanya akan ada tanaman lain untuk keperluan harian seperti sayuran,tebu,ubi keledek,jagung dan tak terlepas ubi kayu.Aku serta keluarga akan ke huma setiap hari selepas balik dari sekolah,Aktiviti dikebun banyak yang melibatkan kegiatan bermain dari buat kerja (nak buat kerja mcm mana masih kecik) dimasa itu pilihan makanan memang tiada langsung,jadi pilihan yang ada hanya bakar ubi kayu atau bakar ubi keledek,Ubi kayu yang direbus seolah2 menjadi makanan ruji,Rebus ubi kayu telah menjadi tugas emak,bakar ubi kayu menjadi pilihan masing2,Kalau diingat semua tu seperti nak menitis air mata,zaman yang ditinggalkan terasa amat jauh perginya...

Berbalik kpd kisah aku dikebun sawit kawan aku,Sebenarnya aku sendiri mempunyai kebun iaitu kebun buah2an,kebun aku terletak agak jauh dari kebun kawan aku,aku sendiri memang jarang kekebun mungkin disebabkan oleh malas,lagi pun kebun buah2an hanya mengeluarkan hasil hanya setahun sekali,dengan sebab itu lah aku jarang masuk kekebun.jadi tinggal lah kebun aku dengan semak samun yang tinggi menjulang,kebun aku tak mempunyai kemudahan fizikal yang menarik,kebun aku tak mempunyai anak sungai seperti kebun kawan aku kerana kebun aku terletak atas bukit,kebun aku mempunyai pemandangan yang sangat indah kerana ketinggian nya.(indah tak boleh makan,hahaha)

Ubi kayu yang sudah masak aku makan sedikit2 sambil menunggu kawan aku balik kedangau nya dari tengah kebun kerana mencari ulam,ditangan nya kelihatan pucuk ulam yg aku ceritakan tadi dan disebelah lagi tangan nya kelihatan seberkas ubi kayu yang aku yakin akan dibagi kapada aku untuk dibawa balik.Berkawan menjanjikan rezeki yg murah.


.Nasi yang ditanak sudah pun masak,ulam yang dicari telah pun dapat,aku dengan kawan aku telah menghabiskan seperiuk nasi dengan sangat pelahap kerana terlalu sedap,Hal2 yang macam ini tak ramai yang akan dapat rasa,hanya mereka yang dah biasa dikebun akan rasa keindahan makan didangau.Mungkin itu yang aku rasa tapi kapada sesetengah orang perkara yang macam ini tak memberi apa2 erti kapada mereka,Tujuan tulisan aku hanya lah ingin menceritakan senang susah menjadi orang kampung,senang susah untuk membuat kebun dengan segala macam keperitan..SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan