Khamis, 19 Mei 2016

talipon


Mula2 aku kenal talipon ketika kampung aku ada talipon yg pakai dail (pusing2),Ketika itu ramai yg berebut untuk guna kemudahan tu,masa itu untuk mengunakan talipon mesti memasukan duit siling kedalam tempat yg disediakan,kalau untuk panggilan jauh mesti minta khidmat operator talipon terlebih dahulu,ketika operator menyuruh memasukan duit ketempat yg disediakan baru lah penguna boleh mengunakan talipon,dimasa itu panggilan pengunakan minit,aku tak ingat berapa sen kah seminit,cerita yg mudah ialah betapa susahnya untuk menguna talipon dimasa itu.

Selepas tu ada plk talipon yang tak mengunakan wayer,aku tak tau apa nama talipon tu,tapi ada yang panggil talipon ATUR.Apa yang diatur aku pun tak tau,malas nk tgk dlm internet apa kah maksud ATUR,kerana aku pasti ATUR hanya singkatan untuk perkataan yg panjang,Aku difahamkan talipon ATUR sangat mahal,Aku difahamkan harga nya sekitar 10 ribu untuk satu set,punya lah mahal,Aku tau harga nya sebegitu dari kawan aku yang memiliki talipon jenis ni,mungkin juga tak betul dgn harga yg diberitahu kerana mungkin dia nak buat eksen dgn aku,mana lah tau.Kawan aku ni,dia seorang perniaga atau pun tauke,memiliki talipon akan memudahkan kerja nya,oleh kerana kawan aku ni tauke,hanya dia sahaja yg mampu memiliki talipon ni.Talipon ni ada arial yg tinggi dan dipasang didalam kereta,kalau dia ke bank atau kemana2 dia akan galas talipon nya yg sangat besar tu,boleh dikatakan mcm nak bergaya dgn talipon yg besar,Macam galas bag.Kadang2 macam nak tersuka jugak bila mengenangkan sikap kawan aku ni..maklum lah dia sorang je yg ada,huhuhu....

Selepas itu ada plk talipon yg juga tak mengunakan wayer yg dipanggil talipon RILL,Talipon ni juga mengunakan arial tapi arialnya lebih besar dari talipon ATUR,Seakan2 arial TV,Mungkin jgk talipon RILL ni talipon ATUR jgk,Aku sendiri tak pasti,dan aku sendiri tak tau sebutan RILL ni betul atau tidak,aku hentam jer sbb ada yang kata mcm tu,hahahaha...Ada macam2 perkakas yg ditepek didinding rumah dan mengunakan kuasa letrik,Mendailkan talipon ni main tekan2 tak lagi dipusing macam talipon yg lama,Bunyinya juga sedap masa tekan nombor yang dikehendaki,tik tik tik bunyi nya macam cerita james bond,Talipon yang pakai pusing bunyi nya greeeee,greeee,greeeee bila didail macam dalam cerita Allah yarham P.Ramlee,Talipon ni lah fisrt yg digunakan dirumah aku,maklumlah kampung aku terletak dipendalaman,tak memungkinkan mengunakan talipon seawal2 masa.

Selepas itu bermula lah talipon bimbit yang biasa sehingga talipon itu sendiri berevolusi sehingga jadi talipon yang canggih2 sehingga sekarang.Aku juga memiliki talipon untuk mengikut peredaran masa dan untuk kemudahan juga. Aku bermula dengan talipon pertama aku yg aku tak tau apa model nya,yang aku tau nama nya NOKIA..

Talipon pertama aku...

Nokia,model nya tak tau.Harga tak ingat
2)
Nokia jugok ni.Harga RM250
3)
Nokia xpress muzik,Harga RM 600
4)
Tablet lenovo.Harga RM 600
5)
Tablet Samsung.Harga RM 560
6)
Samsung,tah ke hape nama modelnya.Harga RM68.
7)
Samsung jgk ni,harga RM 299
8)
 Samsung GT hape tak tau,Harga RM 150
9)
Samsung GT jgk ni.Harga RM 150
10)
Nokia Lumia 800,harga dlm RM 700

Semua talipon aku masih aku simpan kecuali tablet lenovo,tablet tu dah hancur kerana terjatuh dicameron highland dan dilanggar oleh kereta,Lima dari talipon aku masih boleh digunakan,Simpan buat kenang2an..huhuhu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan