Pokok
senduduk (ada tempat2 diterengganu memanggilnya sebagai pokok keluduk) sangat
mudah dijumpai dimerata2 tempat,sama ada ditepi2 jalan,ditepi padang
permainan,ditepi sawah padi atau pun dikebun2.Sangat mudah dijumpai sehingga
kita tak tau khasiat dari pokok ni,Ada dua kegunaan dari pokok senduduk yang
aku ketahui,itu pun telah diberitahu oleh arwah tok ki aku semasa aku kecik,
Yang
pertama,
Daun pokok
senduduk boleh menahan darah dari keluar apabila angota badan terluka,seperti
terluka kena pisau dan sebagainya,cara nya,ambil daun senduduk tiga
helai,kemudian kunyah halus2 dan letakan ditempat yang luka,inshallah darah akan
berhenti keluar dengan cepat dan tempat yang luka akan tertutup.
Yang kedua
Daun pokok
senduduk boleh dikunyah semasa perut lapar,lapar yang dimaksudkan ialah mungkin
habis bekelan semasa pergi memancing,lapar semasa dikebun,terasa lapar semasa
berjalan2 dipinggir kampung atau lapar sementara pulang kerumah dan memang
tempat yang kita pergi tak ada kedai dan sebagainya,(pikir2 patut lah,bukan
lapar kebulur macam orang afrika).Cara nya sangat mudah,iaitu dengan mengambil
lima atau enam helai daun senduduk dan kunyah,yang sepatut ditelan ialah hasil
dari kunyahan dan bukan hampas daun
senduduk.hampas daun senduduk hendaklah dibuang keluar dari mulut,kebijaksanaan
cipataan tuhan dapat mengasingkan semua bahan kunyahan dalam mulut hanya dengan
lidah sahaja.Hasil nya perut yang tadi berbunyi akan terasa terisi dengan serta
merta,kapada yang merokok mungkin boleh merokok sehingga dua atau tiga
batang,yang terasa tak larat tadi boleh
berjalan pulang dengan selesa.Kalau tak percaya boleh cuba bila2 masa
sahaja,Dua yang diatas aku dah biasa buat,tak ada sakit dan tak ada alahan..
Yang
menjadikan aku mengambil cakna khasiat pokok senduduk apabila aku terkena
sakit2 dalam perut,menyucuk2 dan terasa ngilu,Aku tak tahu sebab apa jadi
begitu,mungkin sebab aku pergi bermain motor selama tiga hari
berturut2,lambungan dari motor menyebabkan perut menjadi penat,bermain motor
bukan lah bermain dijalanan biasa atas tar tapi bermain motor dengan cara yang
ektrem didalam hutan rimba melalui jalan balak,dengan cara mudah berlumba motor
didalam hutan dengan kawan2.Melambung dan jatuh serta luka menjadi perkara
biasa,tak dak heran...
dari google
Untuk mengetahui
nya tentu saja pergi kat pak cik google jer,Aku google dan aku tahu lah apa2
yang berkaitan dengan pokok senduduk,sama ada khasiatnya dan profilnya sekali.Setelah
baca khasiat pokok senduduk aku mencari pokok senduduk yang banyak dikampung
aku,Aku cabut sepokok dan balik kerumah dan merebus sepokok,dari akar sehingga kedaun nya sekali,Sebenarnya khasiat
pokok senduduk memang berkebetulan dengan sakit aku iaitu menyocuk2 dibahagian
perut sebab itu aku bersungguh2 benar untuk mencuba.Dengan kehendak Allah sakit
aku menjadi lega keesukan harinya.
Cara sebenar
merebus pokok (akar) senduduk:
>Cabut
sepokok,dikerat2 menjadi kecik dan jemur sehingga kering terutama akar nya,
>Setelah
kering,akar pokok senduduk direbus didalam periuk atau kendi (cerek)..
>Biarkan
mendidih sehingga tinggal separuh air nya..
>Sejukan dan
diminum segelas sehari..
SELAMAT
MENCUBA...
Catitan:
kalau nak tahu khasiat pokok senduduk,google je,semuanya ada disitu....:)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan