Hari ini aku
bercadang untuk pergi tukar nama kereta aku di JPJ Negeri terengganu,kereta aku
telah aku jual kapada seorang kawan aku,Kereta buruk aku, aku telah jual dengan
harga RM 1000,sangat murah,leebih murah dari honda cub buruk,Dari dibiarkan
buruk macam tu lebih baik aku jualkan saja,sebenarnya kereta aku dah bertaraf besi buruk,Kereta aku berjenama proton saga
yakni proton saga lama,tahun aku tak
ingat tapi mmg soheh kereta aku dah lebih dari 20 tahun usianya,sangat memadai
klu dijual dengan harga tersebut.Aku memang tak suka berurusan dengan
pejabat,Menjadi kegusaran aku untuk melalui macam2 kerenah yang disediakan oleh
pihak JPJ (jabatan pengangkutan jalan).Sebenarnya proses menukar nama kereta
tak lah payah mana,Yang menjadi payah ketika belum berurusan,kalau dah
berurusan macam senang jer.macam beres jer...
Cara2 untuk
menukar nama kereta semudah abc itu pun kalau dokumen telah lengkap,Tak ada
saman lama yang tertunggak,Yang pertama kena ada ialah geran kereta,geran
sangat perlu dalam proses menukar nama,Dalam proses menukar nama hak milik
kereta aku, semua dokumen telah diselesaikan oleh pembeli kerana pembeli ni
sudah berpengalaman..Pergi kat kaunter pertanyaan dan tanya kat situ apa yang
mesti dibuat,Yang pertama ambik nombor giliran,selepas nombor kita naik pergi
sahaja ketempat yang sepatutnya,jangan pula tersalah ambik nombor untuk urusan
lain,urusan lain seperti buat cukai jalan dan sebagainya,tempat yang sepatutnya
kita pergi ialah ke kaunter pindah
milik..
Dikaunter tu
kita hendak lah bagi semua dokomen yang ada,terutama geran,my kad pemunya dan
mykad yang hendak dipindah milik,Dimasa ini mesti ada dua individu,yang pertama
ialah tuan kereta dan kedua pembeli kereta kita,Sebenarnya tak banyak cakap pun
dikaunter ni,pegewai hanya meminta kita dan pembeli meletakan ibu jari tangan
dialat letronik yang disediakan selepas itu semua nya beres,tak sampai lima
minit proses ni selesai,Semua selesai dengan geran baru dikeluarkan,geran baru
sudah bertukar saiz kapada saiz yg kecik,aku tak teringat utuk ambik gambar
geran baru yang bersaiz kecik ni.Bayaran yang dikenakan sebanyak RM 100,Biasa
nya pembeli lah yg mengeluarkan semua perbelanjaan untuk proses tukar hak
milik,walau mcm mana pun semua perbelanjaan ditentukan semasa menjual
kereta,persetujuan kedua pihak menjadikan urusan menjadi mudah...Hanya itu sahaja
proses menukar hak milik,tak de susah pun ,SEKIAN
Tiada ulasan:
Catat Ulasan