Isnin, 31 Oktober 2016

Gunung reng

Terlihat ditepi lebuh raya timur-barat

Gunung reng...Aku tak tau sgt pasal gunung ni tapi terasa juga takjub tenguk gunung yg dinamakan gunung reng.Nampak macam terpacak atau terkeluar dari bumi.Menegak seperti dinding bangunan tinggi.Aku sendiri tak tau gunung reng layak dinamakan sebagai gunung,kerana aku sendiri tak tau apakah ciri2 yang perlu untuk digelar sebagai gunung,( aku sendiri tak faham apa yg aku taip,keh keh keh)

Batu kapur menegak sehingga tak tercapai oleh kamera yang berharga murah

Gunung reng aku dah tenguk sudah acap kali ketika aku melalui jalan di-Jeli untuk kepantai barat.Aku tak ambik hirau pun akan keujudan gunung ni sehingga disuatu hari 29-10-2016,kawan aku mengajak aku berhenti untuk melihat gunung reng dari dekat.Aku didalam perjalanan ke baling kedah untuk melawat kawan aku yg meninggal dunia.
Pintu gua yang besar..Ada orang kata,ada laluan sehingga kepuncak gunung

Mengambil simpang kanan menghala kekawasan gunung reng dan seterusnya simpang kekiri ditepi masjid aku sampai ditepi sungai pergau yang terletak tersergam gunung reng.Aku tak sangka kawasan nya luas dan mempunyai kedai makan.Lebih tak sangka lagi aku dapati dibawah gunung reng mempunyai  gua yang besar,Yang aku ingatkan gunung reng semata2 gunung sahaja..
Penduduk yang sedang bergotong royong

Ramai orang kelihatan kat kawasan gunung semasa aku sampai,Aku disapa oleh seorang hakak,
“dari mana” (lorat kelantan tau)
“klu nak ambik gambar,masuk dalam nung” katanya lagi


Memang orang kelantan sangat ramah,Hakak tu juga bagitau aku, baru sebentar orang pulau pinang datang berkunjung,Hakak tu juga bagi tau aku bahawa dia dan ramai2 orang kat situ sedang bergotong royong membersih kawasan tu.

Setelah aku ambik gambar didalam gua dan diluar gua,aku bertolak ke baling kedah...Sekian
Dinding gua yang cantik seperti dilukis2

Catitan:Sebenarnya aku sendiri tak tau sejarah gunung reng,Jadi tak payah lah aku nak melalut bercerita  benda yang aku tak tau.Lebih senang dengan apa yang aku pasti sahaja...
Dinding Gua yang tertulis macam2

Dari dalam gua

Kawasan luar gua,lapangan yang luas..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan