Seorang
kawan telah mengajak aku pergi ronda2 dikelantan,Tujuan nya untuk menjadikan
aku pemandunya sebab kawan aku ni kurang cekap memandu.Kami bermula dikuala
berang pada pukul 8.30 pagi 13-12-2016.Mengambil laluan lebuhraya kuala
berang-gua musang melalui sungai gawi tasik kenyir.Tujuan kekelantan untuk
melihat stesen keretapi dipendalaman kelantan dan ingin ke air terjun gunung
stong di Jelawang...
Dari kuala
berang ke sungai gawi mengambil masa hampir 1 jam,singgah sebentar minum kopi
disimpang kuala jeneris,kedai kawan lama...Dari sungai gawi ke sempadan
kelantan terengganu mengambil masa lebih dari sejam dan singgah sebentar
melihat jambatan sungai belimbing.
Jalan gua musang-Jelawang
Dari
sempadan kelantan ke simpang chiku mengambil masa setengah jam lebih walaupun
jauh nya hanya 30km.Jalan yang kuran baik menyebabkan perjalanan menjadi sangat
lambat,Dari simpang chiku ke kampung bertam baru melalui kampung limau kasturi
yang sejauh 50km mengambil masa kurang dari sejam.Simpang untuk masuk kebertam
baru ialah 2 km dari RR gua Musang.Dibertam baru ni lah ada sebuah stesen
keretapi yang agak terpencil dinegeri kelantan.Laluan yang aku ambil ini kerana
aku menyangka jalan raya nya bersambung terus ke jelawang seperti yang aku
tenguk di google map,rupa2nya garisan hitam yg bertanda digoogle map ialah
jambatan jalan keretapi,bukan jalan tar biasa,Aku telah diberitahu oleh orang
kat situ kalau untuk pergi ke jelawang terpaksa berpatah balik ke lebuh raya
gua musang dan ke bandar gua musang,dari situ lah laluan ke jelawang...Aku
bertolak dari bertam baru ke gua musang pada pukul 12.00 tengah hari dan sampai
ke bandar gua musang hampir pukul 1.00 petang
Stesen keretapi dikampung bertam baru
Jambatan keretapi disebelah kg bertam lama
Tanpa
singgah untuk makan atau solat,perjalanan diteruskan untuk kejelawang atau
lebih tepat lagi ke air terjun gunung stong,Dilaluan ini lah telah terjadi
kehebuhan seluruh negara kerana dijalan pendalaman ini mempunyai jambatan yang
telah runtuh pada banjir besar pada 17-12-2014 hingga 30-12-2014 dan jambatan ini tinggal terbiar tanpa
dibuat baru akibat dari diskriminasi pihak kerajaan pusat kerana berlainan
parti politik.Jambatan yang dimaksudkan ialah Jambatan kampung pulau stelu,Setelah
jambatan ini roboh pada banjir besar tersebut jambatan sementara telah dibina
oleh angkatan tentera malaysia(itu yg telah diberitahu kapada aku) dan
digunakan sampai sekarang.Jambatan ini boleh dikatakan panjang kerana terbina
disungai betis yang lebar,mempunyai trafik light untuk memudahkan penguna tapi
semasa aku tiba disitu trafik light nya tak berfungsi,untuk memudahkan pengguna,
peranan itu telah diambik oleh budak2 dikampung tersebut dgn bayaran yang
tertentu.Aku singgah sekejap untuk ambil gambar dan meneruskan perjalanan ke
air terjun stong yang berdekatan dengan pekan jelawang,Ditengah2 nya aku masuk
sekejap untuk ke kampung bertam lama yg terletak 20km dari laluan gua musang
–jelawang.Aku kesitu hanya lah untuk memastikan sahaja hubungan antara bertam
baru yang ada stesen keretapi dgn kampung bertam lama,rupa2nya kampung tersebut
hanya dipisahkan dengan sungai betis sahaja,Aku dapati kampung tersebut sangat
dekat dan mungkin masjidnya ada sebuah sahaja untuk solat jumaat.Kelengkapan
balai polis yang terletak dikampung bertam baru ada juga dikampung bertam lama
iaitu beberapa kereta peronda dan bot polis,mungkin untuk kemudahan disebelah
bertam lama sedangkan balai polis terletak dikampung bertam baru (payah nak
faham tu,hahahaha).Setelah aku snap beberapa keping gambar terutama sekali
jambatan keretapinya aku bertolak balik ke laluan gua musang-jelawang,sebenar
nya dari bertam lama laluan terus juga ke jelawang tetapi oleh kerana jalan nya
sempit,aku balik pula kepangkal jalan yakni jalan gua musang –jelawang,Semasa
laluan balik ini aku jumpa dengan segerombolan itek putih,aku snap jgk gambar
sbb aku suka ambik gambar,kikiki...
Jambatan sementara dikampung pulau stelu
Tujuan
utama sekarang ialah untuk tuju ke air terjun gunung stong dipekan
jelawang,Tiba dipekan jelawang dah pun pukul 4.00 petang,makan tengah hari di
RR dipekan jelawang dengan harga yang sangat murah,makanan berupa nasi
campur,daging ayam dua,belacan dan nescaffe,harga hanya rm10 untuk dua orang
(bleh mari mkn sokmo klu lagu ni). Sambil2 makan sambil mengorat dengan mek2
kelantan yang cun2 yang ada dikedai tu,aku sengaja buat2 aku ni pelancung yang
konon nya datang melancung tapi mengorat tak cukup syarat mana ada orang nak
layan,aku datang hanya berkereta cap ayam sahaja iaitu kereta bezza perodua bkn
kereta buatan luar seperti audi dan sebagainya hehehehe...
Gerembolan itik dekat dengan kampung jerek
Aku masuk
sebentar kekawasan air terjun gunung stong,Aku dapati tempat perkelahan ini
ditutup kpd umum disebabkan musim tengkujuh tp dgn bantuan budak2 muda kat situ
aku dapat juga masuk melalui sungai air terjun tersebut,Aku dapati kemudahan
yang ada kat air terjun ni seperti dah ditinggalkan,seperti dah tak
terjaga,banyak dari bangunan nya dah reput,Laluan simen nya seperti lama tak
dibaik pulih,Gah nama air terjun gunung stong tak sepadan dengan kemudahan yang
ada,memang banyak chalet yg dibina tp banyak yang dah reput,takut nak naik
(BUKAN NAK MEMBURUK2 TAPI ITU YANG BENARNYA,PERGI TENGUK SENDIRI MASA TERDEKAT
NI) Air terjun gunung stong merupakan salah satu air terjun yang tertinngi di
asia sepatutnya tempat tersebut dijaga sepadan dengan kemasyhuran nya terutama
sekali chalet2 nya.Kebersihan persekitaran seperti ditempat2 lain jgk...
Air terjun gunung stong dari jauh
Setelah
solat jamak taakhir,aku bertolak balik melalui jeli pada pukul 5.30
petang,Ditengah2 antara pekan jelawang dan jeli aku terjumpa sebuah gerai yang
menjual kutu bambu (itu yg dibagitau),Kutu bambu dibuat dari ubi kayu parut
yang telah dikeringkan,Ubi kayu parut ni dikukus dgn menguna sarang yang
dibuat,sungguh sedap,aku beli rm4 dan makan jugak kat situ. makan style anthony
bourdain,hehehe...Aku sampai rumah pada pukul 10.00 malam setelah pekena sup
tulang dikedai din selasih dipekan kuala berang.harga rm 23.50....Abis...
Seronoknya meronda2 ke Kelantan.
BalasPadamSy cuma nk pergi ke bertam baru tu ,sbb sy tak pernah sampai..
BalasPadam