kumpulan budak2 yang jaga lalu lintas,traffik light tak berfungsi
Jambatan pulau stelu,Gua Musang
Kelantan...satu jambatan yang sangat terkenal di malaysia,Sebab menjadi
terkenal kerana jambatan ni runtuh dibanjir besar kelantan 17 -12-2014 hingga
30-12-2014.Sebab menjadi terkenal kerana menjadi modal politik antara parti
memerintah negeri kelantan dan kerajaan yang memerintah diputra jaya.Menjadi
terkenal juga kerana menjadi bahan ejekan antara penyokong parti masing2.Aku
jadi hairan sebab apa kemudahan utama ini tak dibuat dengan kadar
segera.Sedangkan jambatan ini merupakan penghubung utama jalan Gua Musang
Jelawang.Sebelah menyebelah antara jambatan ini merupakan perkampungan yang
ramai penduduk,..
semasa aku lalu atas jambatan pulau stelu
Aku telah lalu dijambatan stelu
dengan cara tidak sengaja kerana aku memandu dijalan gua musang-jelawang pada suatu hari
pada 13-12-2016.Memandu laju dijalan Gua Musang Jelawang aku dikejutkan dengan
papan tanda yang menunjukan jambatan sempit dihadapan.Yang aku sedia maklum
kalau terjumpa dengan papan tanda macam tu ialah sebuah jambatan yang agak
sempit untuk dilalui..Apa yang aku dapati setelah sampai dihujung jambatan
ialah tak kelihatan pun jambatan,yang ada sekumpulan budak2 yang memberi
isyarat menyuruh aku berhenti,Setelah aku jenguk2,nunnnn!!!!! jauh dibawah
kelihatan sebuah jambatan yang benar2 kecik untuk dilalui.Aku agak panjang
dalam 100 meter.Setelah aku tanya kapada budak2 yang ada kat situ,ketahui lah
aku budak2 tersebut sedang mengambil tugas untuk mengawal lalu lintas kerana
traffik light tidak berfungsi.Aku dapati juga budak2 tu memungut duit dari
kederaan yang mengunakan jambatan tersebut,mungkin menjadi kesalahan dengan
memungut duit tanpa kebenaran pihak kerajaan tetapi dengan adanya budak2
tersebut menjadikan kita mudah untuk mengunakan jambatan tersebut,Kira halal
lah duit seringgit yang aku bagi,boleh juga budak2 tu buat belanja..Tentang
kebenaran pula,mungkin budak2 tu telah
disokong oleh ahli jawatan kampung untuk buat kerja tu dan aku fikir tak menjadi kesalahan.
hanya ni saja yang tinggal
Aku juga diberitahu bahawa
jambatan sementara yang baru aku lalui telah dibina oleh angkatan tentera
malaysia dan orang yang aku tanya tak tahu bila kah jambatan baru hendak
dibina,mungkin kalau benar2 nak tahu boleh saja bertanya kapada MB kelantan
atau PM malaysia iaitu dato’ najib.Pada fikiran aku tak payah lah nak campur
dalam urusan dia orang,dia orang dah pandai2 semua.Dari orang itu juga aku tahu nama jambatan tersebut..Aku singgah sebentar untuk
ambik gambar buat kenangan dan gambar untuk isi dalam blog ni.
Rasa jgk takut bila berdiri ditepi jambatan yang tak runtuh
Aku meneruskan perjalanan aku
setelah beli air kat hujung jambatan yang dijual oleh tiga orang awek kelantan
yang cun,kalau lah awek tu tak cun tobat pun aku tak beli.hehehe
Aku rasa jambatan ni panjang nya lebih dari 100 meter
Tiada ulasan:
Catat Ulasan