Pada
28-6-2017 iaitu pada hari raya yg ke-4 aku telah kebukit keluang besut terengganu,Tujuan
aku kesini kerana mengikut program adik beradik aku menyambut hari raya,program
pada kali ini ialah mendaki bukit keluang,makan2 dan bermain bot yang
disediakan oleh pengusaha dipantai bukit keluang.Aku sendiri dah beberapa kali
mendaki bukit keluang yang tingginya tak seberapa,maksudnya rendah je lah.Aku bertolak
pada pukul 7.30 dari kuala berang.Aku kebukit keluang bersama dengan lebih dari
80% dari adik beradik dan anak sedara aku yang seramai 50 orang.maknanya ramai
jgk lah.
Pendakian
bermula pada pukul 11.00 pagi dengan empat dari angota keluarga aku tak mendaki
disebabkan oleh anak sedara aku yang ni kecik sangat,berumur dalam dua tahun.yang lain nya semua mendaki,pendaki
yang paling muda berumur 6 tahun,maknanya masih ditadika dan salah seorang dari anak saudara aku yg mendaki adalah
OKU,lelaki dan berumur 16 tahun. Aku merupakan pendaki yang paling belakang,maklum
lah dah banyak pengalaman,hehehehe,anak2 sedara aku serta ayah mak masing2
mendaki dengan penuh semangat kerana mereka belum pernah mendaki dibukit ni.Aku
kontrol je pendakian sehingga ditengah2
pendakian,anak2 saudara aku tak dapat dikawal sebab terlalu pantas
berjalan,maklum lah budak,mana ada letih.Dari sini lah aku mula berlari keatas
bukit kerana bimbang budak2 ni sampai kekemuncak dan bimbang terjatuh ditebing
bukit yang sebelah laut china selatan.Disini kecerunan nya dalam 80
darjah,hampir menegak.
Sebelum mendaki bergambar dulu.
Sesampai nya
aku ketempat anak saudara aku,aku memerintah semuanya rehat,jangan
berjalan,semuanya berhenti termasuk dengan aku,aku sempat ambik gambar dan
duduk sekejap,dimasa ini lah aku dapati permandangan jadi putih dan terasa tak
sedar diri, aku sedar balik ketika seorang pendaki lain cuba cabut kasut
aku,menurut adik2 aku,aku macam tak sedar diri lebih kurang 4 minit.setelah
sedar aku minum air nescaffe tin dan makan gula2,setelah makan dan minum tenaga
aku pulih 100% dan meneruskan perjalanan.
Bermula disini
Masa
pitam(pengsan) aku tak rasa apa2,macam tidur.Setelah sedar pun aku tak rasa
letih atau sebagainya,kerana perjalanan baru 10% bermula,maksudnya sangat
awal.Dari situ lah aku menyedari faktor usia dan persiapan lain mesti diambil
berat walaupun mendaki ditempat yang rendah.Jangan diabai tentang permakanan
dan sebagainya.Pitam yang aku alami ini merupakan yang pertama dalam hidup
aku,sebelum ni aku tak pernah pitam walau dalam apa jua tindakan aku..(nok buat
guaner doh J J J)
Bergambar separuh dari pendakian.Duduk disebelah kanan dan berbaju biru,anak saudara aku yg berumur 6 tahun
Perjalanan
yang berbaki lagi 90% tak terjadi apa2 yang tak diingini.Setelah bergambar
diwakaf yang disediakan kami menurun bukit keluang dan sampai dibawah hampir
pukul 1.00 tengah hari,Kelewatan disebabkan oleh acara bergambar dibanyak
tempat,boleh dikatakan hampir seluruh bukit keluang acara bergambar memenuhi
perjalanan.Sekian..
Aku masih lagi tak sedarkan diri,Gambar aku yg paling tengah.
Tip merawat
orang pitam..
Setelah
didapati seseorang itu pitam,hendaklah dibaringkan dengan kepala mangsa hendak
lah direndahkan supaya darah mengalir kebahagian kepala,biasanya mangsa akan
sedar dengan cepat,kalau didapati mangsa tak sedar dalam masa tersebut bantuan
luar diperlukan,biasanya mangsa akan sedar hanya beberapa minit sekiranya aksi
diatas dilakukan..Sebab2 pitam mungkin terlalu panas dan mungkin terlalu
letih...
Bergambar dipapan tanda kemuncak
Anak saudara aku yang paling berat, 140kg.Tiga hari keletihan,tak boleh lipat lutut semasa solat.sakit katanya
Anak saudara aku yg kurang upaya,semangat nya mengalah orang2 yang biasa,Riuh di facebooknya menceritakan kejayaan mendaki bukit keluang,Dapat pujian dari cikgu2nya,Dia belajar di pagoh johor kerana ibu bapanya mengajar dibandar pagoh..Dia yg berbaju merah biru.Sentiasa mendapat kerjasama dari sepupunya..
Gambar aku setelah pulih dari pitam,kepanasan sehingga buka baju..
Gambar aku setelah pulih dari pitam,kepanasan sehingga buka baju..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan