Rabu, 6 September 2017

rawatan gigi

Aku telah mengalami sakit gigi yang amat sangat,aku belum pernah rasa sakit yg sebegini,Bahagian yang sakit ialah gigi bawah,semuanya sakit,dah lah sakit,bergoyang2 plk.Hari mula2 kena aku tak hiraukan sangat kerana aku rasa macam biasa2 sahaja tetapi pada malam harinya aku tak boleh tidur menyebabkan keesukan hari nya aku ke farmasi untuk beli ubat tahan sakit.Jadual pil ni ialah tiga kali makan untuk sehari atau pun lapan jam sekali makan.Aku makan pil yang pertama sakit nya hilang setelah telah setengah jam ditelan..tetapi belum pun sampai enam jam sakit nya datang balik.Aku telan pil yang kedua tak ikut jadual iaitu hanya enam jam,begitu lah pada yang seterusnya aku makan bila terasa sakit sehingga hari keempat.Pada hari keempat sakitnya dah tak hilang bila makan pil,dah tak mujarab.Oleh kerana sakit tak hilang aku mengambil keputusan untuk kehospital gigi.Pertama kali setelah meninggalkan alam persekolahan.Aku hanya keklinik swasta sahaja bila ada masalah gigi,aku tak pernah keklinik kerajaan.Standard aku bila sebut hospital ialah takut jarum,mengerikan.

Pagi2 lagi aku bertolak kehospital yang terletak 8km dari rumah aku.aku mengejar masa untuk ambik turn pertama,tetapi yang aku tak tahu ialah  klinik pergigian tak mempunyai pelangan yang ramai jadi tak perlu lah nak berebut2 untuk nombor pertama.

Setelah daftar kat kaunter dengan dikenakan bayaran seringgit,aku tunggu sekejap kerana mungkin ada pesakit yang sedang diberi rawatan,Tak lama kemudiannya nombor aku dipanggil,Masuk kedalam bilik rawatan didapati seorang doktor perempuan yang masih muda dan bertaraf awek jer, J.Doktor ni ok jer,tanya aku apa yg nak dirawat,setelah pasti apa yang perlu dibuat,doktor yang kecik molek ni merekodkan semua gigi aku dengan bahasa (kod) yang aku tak faham.Aku dimaklumkan bahawa gigi aku hanya gagal sebatang,yang lain nya ok semua.jadi gigi aku tak lah teruk sangat,aku juga dimaklumkan bahawa sakit yang dialami kerana keradangan gusi yang disebabkan oleh tar atau pun plak gigi.Doktor mencadangkan supaya gigi aku dicuci semuanya dan keradangan akan selesai. Cuci gigi atau membersihkan plak gigi mengambil masa yang agak lama,yang bergantung kapada banyak nya plak.Masa bersih gigi memang terasa sakit,ngilu rasanya.Masa cuci gigi mungkin keluar darah disebabkan oleh gerudi (mana aku tahu alat pencuci nama apa) mungkin terkena bahagian yg tak sepatutnya.Masa gigi dicuci terasa sejuk  dan ngilu,seperti air bersembur2 keluar dari alat pengerudian gigi,Aku malas nak tanya doktor gigi  yang bertaraf awek ni,takut plk doktor kata aku penyibuk.

Hampir setengah jam kemudiannya proses cuci gigi selesai,terasa macam ringan gigi (mungkin perasaan jer).Setelah selesai doktor menyerahkan satu slip salinan untuk ubat,Ubat yang dimaksudkan cuma  cecair untuk berkumur yang seakan2 lesterine,Sebelum keluar dari bilik rawatan aku telah dikenakan cas sebanyak dua ringgit,Boleh dikatakan sebagai tak ada bayaran untuk cuci gigi berbanding dgn klinik swasta yang dikenakan cas sebanyak rm 60.

Setelah dua hari kemudian nya sakit gigi aku telah hilang sepenuhnya,gigi aku yang bergoyang telah kembali sedia kala.Ubat kumur yang diberikan aku guna hanya tiga kali sahaja sebab sangat sakit dibahagian lidah,lidah menjadi merah seperti darah.Aku malas nak berkumur2 kerana gigi pun dah tak sakit.Aku syorkan kapada yang ada gigi harap sentiasa buat pemeriksaan gigi diklinik gigi kerajaan kerana ianya murah dan tak banyak masalah..
SAYANGI LAH GIGI KITER.(CEWAHHH)KIKIKIKIKIKI....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan