Pada
8-10-2017 aku kekemaman Terengganu,untuk mengambil cap kamera nikon D3300 aku yg telah hilang.Cap kamera ni
dibeli dikuala lumpur.harga rm 25.Sampai kerumah kawan yang beli cap camera tersebut,aku dapati
kawan aku telah bekerja luar,Masa yang ada terlalu banyak untuk menunggu kawan
aku balik.Dikesempatan ini lah aku mengambil peluang untuk berjalan2 makan angin.Tanpa sengaja aku telah memasuki negeri pahang setelah mengambil laluan LPT2 diChukai,aku terus memandu kechenor pahang,Aku
sengaja ambil laluan ni untuk merasa perjalanan yg lebih jauh,Susur masuk ke
chenor melalui pekan kg awah dan terus ke Chenor lama.Dipekan ni aku berhenti
makan sebentar disebuah kedai ditepi sungai pahang yg sgt lebar.
Aku sempat bertanya kapada pelangan2 dikedai tersebut arah yg sepatut dilalui untuk balik keterengganu melalui jalan tersebut.Sebenarnya aku hanya berpura2 bertanya arah,kerana aku dah tau arah yang sebenarnya berpandu kapada Google map yang aku sentiasa buka dalam kereta aku.Aku sengaja bertanya untuk menguji keperamahan orang2 kat kedai tu,Rupa2nya orang2 kat kedai makan tersebut sangat peramah,dia orang ambik cakna pertanyaan aku,malah sebuah kedai tu nak bagi tahu arah yang mesti aku ambik,Standard lah sebagai seorang lelaki ,aku memilih seorang awek untuk bagitahu arah yang aku tanya,hehehehe..
Warung ditepi sungai pahang,Warung ni terletak dipekan lama chenor.Warung yg ni lah aku berhenti makan dan aku bertanya arah,Orang kat kedai ni baik2 semua,satu yg ditanya mcm bertih dia orang jawab..Aku yakin perangai macam ni ada dimana2 sahaja sbb orang melayu sentiasa peramah..
Aku sempat bertanya kapada pelangan2 dikedai tersebut arah yg sepatut dilalui untuk balik keterengganu melalui jalan tersebut.Sebenarnya aku hanya berpura2 bertanya arah,kerana aku dah tau arah yang sebenarnya berpandu kapada Google map yang aku sentiasa buka dalam kereta aku.Aku sengaja bertanya untuk menguji keperamahan orang2 kat kedai tu,Rupa2nya orang2 kat kedai makan tersebut sangat peramah,dia orang ambik cakna pertanyaan aku,malah sebuah kedai tu nak bagi tahu arah yang mesti aku ambik,Standard lah sebagai seorang lelaki ,aku memilih seorang awek untuk bagitahu arah yang aku tanya,hehehehe..
Jalan raya yang sangat hampir dengan sungai pahang,Hanya 10 kaki sahaja antara tebing sungai dan jalan raya,Sungguh membahaya kalau pemandu diwaktu malam
Setelah
bayar harga makanan,aku terus saja kearah yang sepatutnya.Melepasi pekan lama
chenor,Aku menghala ke-jambatan chenor yang merentangi sungai pahang yg sangat
lebar tu.Pada hemat aku jambatan chenor dlm 2km panjang nya.Sampai hujung
jambatan,aku ambil kekanan,dalam 200 meter sampai kesatu simpang..Ambil ke kiri
untuk ke kertau..Ketika ini aku mengambil satu point kemana sepatutnya aku pergi selain balik keterengganu melalui laluan ni dan aku cadangkan kpd kawan aku untuk ketasik bera
Disimpang berhampiran dengan jambatan chenor aku ambil kekiri,kekanan jalan ni akan terus ke pekan paloh hinai dan kebandar
pekan pahang (ikut pesisir sungai pahang kesebelah hilir).Kekiri untuk
kekertau,termeloh,triang dan bandar
bera.Aku mengambil kekiri kerana point aku ketasik bera,Jalan yang dilalui merupakan laluan pesisir sungai pahang kesebelah hulu...Antara
kampung2 yg dilalui ialah kg telok,kg pancur hingga kertau.Dikampung kertau ada
satu simpang kiri ke felda mayam,Laluan ni salah satu laluan untuk ke tasik
bera.Untuk menjauhkan lagi perjalanan aku,aku meneruskan perjalanan tanpa mengambil simpang kiri untuk ke felda mayam.Aku meneruskan perjalanan sehingga kesimpang yang menunjukan kearah kanan kebandar termeloh dan kiri kebandar bera,dah ada bau tasik bera.Jarak antara kampung Chenor kesimpang ini lebih kurang 40km
Jambatan chenor yang sangat panjang dan lebar,Terasa hebat memandu diatasnya.Aku agak jambatan ni sepanjang 2 km,Cukup panjang. Berada diatasnya seolah2 terasa didepan dan dibelakang kita mempunyai bandar yg besar..Mungkin juga jambatan dibina sedemikian rupa disebabkan pihak kerajaan telah mempunyai rancangan yg besar dikawasan ini.
Masjid sultan Ahmad bandar bera.Kat masjid ni aku solat jamak taqdim supaya senang dalam perjalanan.Brother dalam gambar mengesyorkan aku supaya guna google map untuk ketasik bera.Dia belum pernah sampai ketasik walau pun laluan ini digunakan untuk dia balik ke negeri sembilan.Aku sengaja bertanya arah hanyalah sebagai modal untuk bercakap
Jarak antara simpang ini
kebandar bera lebih kurang 8 km sahaja,Memandu lebih kurang sepuluh minit aku sampai kebandar bera,Bandar bera sebuah bandar yang serba lengkap,semua kemudahan ada disini dan aku sampai ke bandar bera buat kali pertama seumur hidup,berbangga jgk lah aku konon2 nya,mcm lah aku pergi nauru atau tuvalu,punya lah rasa jauh. :) :) :).Dibandar bera aku berhenti sekejap untuk
solat zohor dan solat asar,Mengambil masa setengah jam aku bertolak ketasik
bera pada pukul 2.30 petang.Dari bandar bera ketasik bera sejauh 37km,Laluan yang diambik ialah laluan utama bera dan laluan sebertak-bera selatan.dari bandar bera ketasik bera mengambil
masa hampir sejam kerana jalan raya yang rosak ,Berlubang dan tak rata,Sempat
jgk aku tersesat dan terpaksa bertanya arah disebuah kedai yang aku
jumpa.Google map kadang2 tak boleh digunakan ditempat2 tertentu.Cara manual
terpaksa digunakan.Cara manual yg aku maksudkan ialah dengan bertanya kapada orang yg dijumpai.Untuk itu aku berhenti disebuah warung ditepi hutan yg tempatnya aku tak pasti...Yg pasti bukan kedai orang bunian..Pelangan yang ramah dikedai tersebut memberitahu aku yang aku dah pun terlajak kedepan lebih kurang 6 km jauh nya,Setelah minum dan beramah tamah dengan tuan kedai serta pelangan,aku pusing balik untuk ketasik bera.
Kat warung ni lah aku bertanya arah tasik bera,Cik kak dan seorang pelangan lelaki ni sangat peramah,Cik kak ni plk pandai berbahasa inggeris,Berterabur jgk aku,Terkekeh2 dia orang bercerita dan bertanya kabar,Terkagum jgk cik kak ni bila aku katakan aku hanya pusing2 pahang dan hanya nak tenguk tempat orang.Siap dia orang sindir aku sebab apa pusing2 tak bawak bini sekali,Tersengeh2 dia orang bila aku cakap aku tak kawin lagi,Sampai tahap ni percakapan menjadi lebih rancak,dah tak rasa segan2 lagi dah,mcm dah kenal lama
Jeti tasik bera,tasik yg dikatakan mempunyai panjang 35 km dan lebar 20 km tetapi aku tak nampak plk tasik yg sedemikian dakwaannya.Dimanakah tasik yg sebegitu lebar dan luas,mungkin juga tasik yg didakwa itu termasuk dengan semak samun mengkuang,mungkin juga kawasan ni sebuah lembangan yg seluas itu dan berbentuk sebagai paya,kerana air tasik ini akan turun ke sungai bera dan terus ke sungai Pahang.
Ditasik bera aku hanya mengambil masa setengah jam sahaja dgn mengambil gambar diatas jetinya yang berdiri teguh ditepi tasik,Aku bertolak dari tasik bera lebih kurang pukul 4.00 petang dengan melalui laluan sebertak-bera selatan.Sepanjang laluan ni hanya lah ladang kelapa sawit sehingga sampai dibandar Tun Razak.Kekanan kesegamat dan kekiri untuk bandar muazam,paloh hinai,kuantan.Sekurang2nya Bandar Tun Razak ada dijengka dan ditempat aku keluar ni pun ada jgk bandar Tun Razak.Dari Bandar Tun Razak ini aku dah tak ada kegiatan apa2 dah sebab laluan ni sudah biasa aku lalu untuk ke Johor.Memandu terus hingga keluar di LPT2 diGambang,dan terus kekemaman iaitu keluar di Cheneh melalui jalan Mak langam dan terus kebandar Chukai untuk mengambil Cap camera D3300 aku,Beramah tamah dengan kawan aku dan aku balik kekuala berang lebih kurang pukul 9.30 malam dan tiba dirumah aku pada pukul 11.30 malam.
Best sangat makan angin cara ni,Berhenti minum air dibanyak tempat,beli pisang kelat siam,beli buah salak,makan sup tulang,makan nasi dipekan chenor yang ada awek cun dan macam2 lagi yg dibuat semasa perjalanan.Mungkin ada yang rasa koman perjalanan macam ni kerana hanya didalam negara sahaja bukan di Rusia misalan nya,tapi apa boleh buat itu saja yang termampu aku buat,Nak pergi jauh2 sehingga keluar negara aku memang tak mampu,sekadar berewang dalam negara sendiri pun dah kira ok kpd yg tak mampu seperti aku...Maka tamat lah perjalanan sehari suntuk dengan kos minyak sebanyak rm 150 untuk kereta proton BLM aku.Jauh nya lebih kurang 800km,SEKIAN
Jeti tasik bera,tasik yg dikatakan mempunyai panjang 35 km dan lebar 20 km tetapi aku tak nampak plk tasik yg sedemikian dakwaannya.Dimanakah tasik yg sebegitu lebar dan luas,mungkin juga tasik yg didakwa itu termasuk dengan semak samun mengkuang,mungkin juga kawasan ni sebuah lembangan yg seluas itu dan berbentuk sebagai paya,kerana air tasik ini akan turun ke sungai bera dan terus ke sungai Pahang.
Gambar-gambar....
Pekan lama chenor.Pekan nya yang damai.Dipekan ini lah aku berhenti makan dan beli pisang kelat siam,Dipahang aku tak tau plk pisang kelat siam di panggil pisang apa
Masjid kampung pantai,nama kampung ni telah diberitahu orang orang kat situ.Masjid ini agak sama bentuk nya dengan masjid di melaka dan masjid dikelantan.Aku saja ambik gambarnya
Sungai pahang yang sangat lebar,Aku agak disini lebarnya dalam 300 meter,Airnya yg sentiasa keruh,Sungai ni sangat terkenal dgn ikan patin nya yang sangat sedap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan