Jumaat, 27 Oktober 2017

Tasik bera

Tasik bera sebuah nama yang agak besar jgk,Sebuah nama yg akan memanggil pengunjung untuk mengunjunginya.Aku kesini pada 8.10.2017,Aku sengaja kesini untuk melihat tasik bera yang diwar2kan sebagai tasik semula jadi yg ke-2 terbesar dimalaysia setidak2nya disemenanjung Malaysia.Nama ini telah aku dgr dimasa sekolah lagi dan dimasa itu kesempatan untuk mengunjunginya memang tiada. Aku ke tasik bera sekadar dipengkalan nya sahaja.Tak berkesempatan untuk meninjau tasik ini dgn bot kerana kesuntukan masa.
Pintu gerbang ke tasik bera,Dari sini ketasik sejauh 4 km,Keterangan dari penjaga pintu masuk.Disini kita mesti tulis kenyataan kita,Datang berapa orang,Naik apa dan lain2 yang asas.

Aku sampai ditasik bera lebih kurang pukul 3.00 petang,8-10-2017.iaitu pada hari ahad,Hari ahad merupakan hari cuti untuk negeri pahang..aku dapati hanya 7 buah kederaan sahaja yang ada,Sampah sarap tidak bersapu,menunjukan tasik bera kurang dikunjungi,walau pun tasik bera mempunyai kelengkapan yang sepatutnya,mungkin juga tasik bera bukan tempat kunjungan utama dinegeri pahang. Aku sekadar berjalan2 dan ambik gambar dipengkalan nya sahaja dan aku balik pada pukul 3.30 petang.sekian

Kawasan parking bahagian bawah dan luar,Boleh dikatakan tempat parking bersih dan terjaga,nyaman temapt ni

Parking bahagian dalam,kawasan parking ni macam tak bersapu,daun2 kering merata tempat.

Tasik bera mengikut wikipedia..

Tasik Bera merupakan sistem tasik air tawar semula jadi yang terletak di barat daya PahangMalaysia. Tasik ini terletak di pelana banjaran gunung utama dan timur di Semenanjung Malaysia dan merupakan sumber Sungai Pahang.Panjang maksimun tasik bera ialah 35km dan lebar kira2 20km

Jeti dipengkalan,panjang dan teguh,Sampai disini pun dah ok,mungkin boleh buat plan lain untuk kunjungan yang akan datang,sama ada nak berkhemah atau sewa chalet2 yang disediakan,Boleh saja sewa bot untuk mengembara ditasik bera yang dikatakan bermisteri

Pandangan jeti dari bawah
Apa yang aku pikir sebelum sampai ketasik bera ialah tentang tasik nya,apa yg aku ingatkan ialah tasik nya seperti tasik kenyir atau tasik puteri kat terengganu,Rupa2nya tasik bera dipenuhi dengan pokok2,terutamanya pokok mengkuang  
Mungkin kat sini tasik yang paling lebar dan aku tak faham apa maksud lebar tasik bera 20km,sedangkan apa yang aku lihat panjang atau lebarnya sekadar 1km-2km sahaja,kat mana kah yang dikatakan lebar sampai 20km dan panjang nya 35km.

Hanya ada 2 orang mat saleh duk main bot.Berbot ditasek bera dikenakan bayaran tertentu.Dipersilakan kapada yang suka dikawasan terpencil.Boleh dikatakan tasik bera dikawasan terpencil.Kapada yang suka sunyi dipersilakan.Aku berasal dari kampung,Jadi bab sunyi2 ni aku dah biasa,jadi tasik bera tidak lah bawa erti sangat kapada aku.mungkin tasik bera boleh membawa erti kapada mereka yang sentiasa dengan kebisingan..:)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan