SOP ketika solat berjamaah,Ada yg kata penjarakkan yg diamalkan ni merupakan sunah WHO,dan kata nya lagi,kita tak perlu mengamalkannya kerana ianya bkn sunah rasulullah..Pening jgk klu ada yg dakwa mcm tu....lebih pandai dari mufti dan ahli ugama.
Punya lah tertib ahli jumaat,berbaris dari pukul 12.30 dengan mengisi nama dan mengambil suhu badan
Aturan solat jumaat pada hari ini kat kampung aku.
Pergi masjid mesti awal yakni bila pintu/pagar masjid dibuka seawal jam 12.30 tgh hari..Wudhuk mesti diambil di rumah,bawak sejadah sendiri.Sampai masjid kena beratur dgn jarak sosial,petugas rela dan AJK masjid mesti memastikan para jamaah ikut peraturan.Pegawai dari pejabat ugama akan sentiasa memantau peraturan supaya dipatuhi.Para petugas ambik suhu badan dan memastikan semuanya pakai masker pada semua ahli jamaah dan isi nama dan nombor Talipon.Setelah azan dikumandangkan pintu masjid ditutup,Yang datang lambat tak dibenarkan masuk,Dah dua minggu solat jumaat didirikan rasanya semua ahli jamaah atau ahli kariah dah faham apa yg patut dibuat,tak ada masalah pasal pintu masjid pun..Sehabis saja azan imam membaca khutbah tanpa berlengah2 lagi,Khutbah pertama mengambil masa hanya 4 minit dan khutbah ke-2 hanyalah seminit setengah.Setelah habis khutbah solat dimulakan dgn membaca surah AL A,Lah ,setelah baca Fatihah laa,tok imam hanya baca separuh dan disambung lagi pada rakaat ke-2..Surah AL a'la boleh dikatakan panjang jgk,Seolah2 solat lebih panjang dari khutbah..Setelah habis solat imam terus je baca doa,doa pun pendek sangat,Setelah mengaminkan doa ahli jumaat terus keluar masjid dengan beratur jgk,SOP dijaga masa keluar masjid.Bersalam2 dah tak ada,Biasa nya setelah solat jumaat,ramai dari ahli kariah akan sembang2 ditangga masjid,Cerita hal kebun getah cerita hal mancing,bertanya kabar harga kelapa sawit berapa Rm,Bertanya kabar hal anak2 dan sebagainya.Tapi dengan terjadi nya wabak corona virus ni semua itu dah tak ada,Ramai dari kita akan rasa takut utk berlama2 dimasjid tp sebenar nya bukan lah takut tetapi itu jgk telah menjadi larangan,tak boleh berkumpul ramai2.Peraturan solat jumaat adalah sama dgn solat jamaah biasa, cuma oleh kerana solat berjamaah hanya sedikit saja ahli nya maka peraturan boleh diikuti dgn lebih senang,senang kpd petugas dan senang kpd ahli jamaah nya..
Semua mereka ini ialah kawan sekampung tp masa beratur nya seperti zaman persekolahan.
Satu perkara yg aku boleh tabik dengan peraturan yg mesti diikuti ialah tentang jaga jarak,Walau pun semua ahli jamaah merupakan kawan sekampung,( kat kampung2 lah) tetapi semua beratur dengan menjaga jarak,bercakap2 antara mereka memang sikit benar,boleh dikatakan tak ada lansung,Patuh dan tertib,Masuk dalam masjid semua diam,memang kena diam pun,dalam masjid kan.Tentang peraturan beratur sesama kawan dengan tertib aku boleh bagi 5 ha atau 5 bintang,Bagus sangat2..hehehe
Sekian cerita aku tentang SOP solat jumaat...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan