Sabtu, 13 Jun 2020

SOP Solat jumaat (standard operating procedure)

Sejak PKP dan diubah kpd beberapa  perintah larang lagi seperti PKPD,PKPB dan terakhir PKPP. Sejak PKP dilaksanakan solat jumaat tidak dibenarkan,bukan setakat solat jumaat tetapi solat berjamaah pun tidak dibenarkan,senang cerita masjid telah ditutup dengan serapi2 nya,Solat jumaat telah dikerjakan semula pada  12-6-2020..Perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula pada 18-3-2020.Sejak larangan solat jumaat dan jamaah dimasjid tidak dibenarkan,kita tak terdengar bangkangan dari orang islam dimalaysia,semua orang mengikut sahaja dengan perintah oleh pihak berwajib,mcm orang suka jer..hehehehe.Aku dengar cerita dari sesetengah orang yg berkelayakan,larangan ini telah dibuat supaya tidak menimbulkan fitnah kalau ada sesuatu yg terjadi,contoh nya kalau larangan solat jumaat tak dihalang dibimbangi akan terjadi jangkitan wabak yg tular iaitu covid 19,.Fitnah akan timbul kalau terjadi kluster masjid akibat dari solat jumaat dan jamaah,Kalau terjadi demikian maka akan tersebar lah pembawa wabak ini dari kalangan orang Islam yg melakukan ibadat dimasjid.Telah diketahui umum 1/3 dari wabak ini datang nya dari kluster tabligh dari sri petaling.Untuk menjaga  perkara yg seperti ini lah maka masjid dibuka agak lewat.

Walau pun solat jumaat telah dibenarkan sejak 12-6-2020,ahli kariah disatu2 tempat wajib melalui SOP yg ditetapkan,Sebelum Solat jumaat dibenarkan,AJK masjid mesti memastikan masjid dibersihkan dengan sebaik2nya,bermula dari kawasan masjid sehingga kedalam masjid,Didalam masjid nya mesti dibersihkan dengan cecair sanitizer termasuk dengan kolahnya,Ajk masjid mesti menanda untuk jarak sosial,pendek kata semua tempat mesti dalam keadaan baik.

SOP yang mesti dilalui oleh para jumaah yang ingin bersolat jumaat ialah..Mesti ambik air sembahyang di rumah,Mesti bawa sejadah sendiri,Datang awal yakni sebelum azan dilaungkan,Sampai masjid mesti mengambil suhu badan,skala yg dibenarkan ialah 36-37 darjah,Jamaah mesti tulis nama masing2,Mesti adakan jarak sosial,iaitu tiga kaki jarak...

Dipihak masjid pula setelah azan dikumandangkan,terus sahaja imam membaca khutbah tanpa solat sunat,Baca khutbah mesti 7 minit sahaja,bersolat,Setelah selesai solat,imam baca doa pendek2 jer,selepas tu bersurai,tak ada salam2 antara jamaah,Tak ada sembang2 kat tangga masjid..Bila sampai rumah terus mandi dan bersihkan diri....Sop2 yg disebut tadi mesti juga diamalkan semasa solat fardhu yg lain juga,seperti ambik wudhuk kat rumah, bawa sajadah sendiri,periksa suhu,tulis nama dan jarak sosial,Tenguk dari SOP nya,mcm terburu2 sangat,Pergi bersolat memang menakutkan,hahahaha...

SEKIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan