Kampung keruak terletak dalam mukim hulu besut dalam daerah besut terengganu,Kampung ini merupakan kampung tradisional yang paling hulu didaerah besut,terletak sejauh 35km dari bandar jertih iaitu bandar yang paling besar dalam daerah besut,Walau pun kampung keruak terletak paling hulu sekali namun pembangunan nya setaraf dengan lain2 tempat didaerah besut,Kampung lain yang ada disebelahnya ialah felda keruak dan kampung tradisional yang tinggal nama ialah kampung subhanallah,Aku cuba jgk bertanya kapada penduduk yang ada disekitar kampung itu perihal kampung subhanallah, dari situ lah apa yang aku ketahui kampung itu telah pun menjadi sebahagian dari felda keruak....walahualam.
Kampung keruak mempunyai sebuah balai polis yang pada agakkan aku polis2 disini bukan lah berfungsi sebagai polis dibandar2 kerana ramai sangat budak2 yang membawa motor tanpa memakai topi keledar tetapi semacam tak jadi masalah kapada polis2 tersebut.Pada pandangan aku polis2 ini ditempatkan disini hanya lah untuk kecemasan yang amat sangat kerana,perkara yang remeh temeh tak menjadi apa2 masalah kapada mereka.
Dikawasan ini merupakan ditengah2 kampung,Jalan nya yang besar serta lebar,mungkin tempat ini dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul ramai2 pada satu2 masa yang perlu..
Mungkin dalam beberapa tahun yang akan datang kampung keruak akan menjadi pekan kecil untuk kemudahan penduduk setempat,Pada masa sekarang kampung keruak sudah pun menjadi seakan2 pekan kecil,Dibina beberapa buah kedai yang setanding dengan yang ada dipekan2,, disamping kedai lama yang telah sedia ada...
Perpustakaan desa salah satu kemudahan yang ada.
Kampung keruak merupakan kampung yang tak pernah aku sampai dan disatu kesempatan ini aku mengambil masa untuk mengunjunginya untuk mengenal hati budinya,mungkin kampung ini tak mempunyai satu kepentingan pun kapada aku menyebabkan aku tak pernah terfikir pun untuk datang.,Walau macam mana pun dengan keuluan tempatnya tidak menampakan kampung ini tersangat ulu kerana rumah2 kedai yang moden berserta dengan rumah penduduknya yang kelihatan sangat terkini dan dikawasan tersebut mmpunyai perkampungan felda maka ulu nya kawasan tersebut langsung tidak nampak.
Aku mengambil masa yang agak lama duduk diwakaf kampung keruak sambil makan2 makanan yang aku beli diperjalanan datang...Olih kerana lama masa aku disitu aku telah disapa olih beberapa penduduk yang lalu untuk kekedai atau pun yang hanya untuk lalu lalang,Dari kesimpulan aku penduduk disini merupakan yang suka beramah tamah dan sangat menghurmati orang,Sekian..........
Aku mengambil masa yang agak lama duduk diwakaf kampung keruak sambil makan2 makanan yang aku beli diperjalanan datang...Olih kerana lama masa aku disitu aku telah disapa olih beberapa penduduk yang lalu untuk kekedai atau pun yang hanya untuk lalu lalang,Dari kesimpulan aku penduduk disini merupakan yang suka beramah tamah dan sangat menghurmati orang,Sekian..........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan