Taman rekreasi air panas LA hot spring terletak didaerah besut terengganu,Jauh dari kuala terengganu lebih kurang 130km,mengambil masa hampir 2 jam untuk sampai dari bandaraya kuala terengganu.Jauh dari bandar jertih sekitar 35km sahaja.Dari kampung aku pula mungkin dalam sekitar 150km.Untuk kesana sangat lah mudah kerana taman rekreasi ni mengunakan jalan raya yang baik sehingga ke dalam kawasan rekreasinya.Aku sendiri mengambil masa selama hampir 3 jam untuk sampai ke taman rekreasi ni dengan perjalanan yang sejauh itu,ini mungkin disebabkan jalan yang sibuk dan takut untuk memandu laju kerana perangkap banyak disepanjang perjalanan.(perangkap laju)
Ditaman rekreasi air panas LA hot spring disediakan macam2 kemudahan,Parking yang luas,kedai2 makan dan cederamata,surau,tandas,chalet untuk disewa dengan kadar yang murah,tempat mandi air panas untuk lelaki dan perempuan selain dari kolam air panas yang memang disediakan untuk pengunjung menikmati kepanasan air panas nya yang sangat panas.Nak masuk kedalam kawasan air panas LA dikenakan bayaran parking rm 1,chalet yang disediakan pada kadar rm60 untuk satu malam,(kadar sewa 4 tahun yang lalu,pada masa sekarang aku tak tenguk plk,hehehehehe)
Kolam utama,tak ramai yang berani menyelam kedalam kolam ini kerana airnya sangat panas,sekadar rendam kaki je.
video
Aku tak pernah tanya renger kat kolam air panas ni sebab apa airnya jadi panas macam tu,tp ada yang kata sebab2 air ni panas kerana ada belerang kat perut bumi yang bolih memanaskan air yang melaluinya.Dibawah sedikit dari kolam ni ada sebuah lagi kolam yang disediakan yang panasnya agak kurang sedikit dan dibwah dari kolam yang kedua ada sebuah anak sungai yang mengalir yang sangat sesuai untuk budak2 mandi manda.
Pengunjung berebut untuk merasa kepanasan air panas yang kononnya bolih menyembuh beberapa jenis penyakit seperti gatal2(aku pikir kalau dah gatal sangat pergi kawin je,hehehehehe) Aku pernah jugak tanya seorang doktor kat klinik jertih sama ada air panas yang ada kandungan belerang seperti di LA hot spring bolih menyembuhkan penyakit,Jawapan doktor amat negatif sekali.
Kawasan yang sangat bersih dan sentiasa dijaga rapi.
Sungai yang mengalir dibawah kolam air panas
Jalan susur yang baik wakaf2 banyak disediakan untuk pengunjung berehat.
Sungai yang mengalir dibawah kolam air panas
Jalan susur yang baik wakaf2 banyak disediakan untuk pengunjung berehat.
Bagi aku kolam air panas LA patut dikunjungi kerana kita bolih merasakan kelainan nya disamping itu dapat menjelajah hutan rimba yang ada dikawasan itu.Semasa aku datang ke tempat ini aku dapati ramai sangat pengunjung yang datang termasuk dari luar negara.Yang jadi istimewa kolam air panas ni kerana dikawasan sekelilingnya adalah hutan rimba hanya dihadapannya sahaja tanah rancangan sawit,Memang kolam air panas LA hot spring menepati sebagai tempat untuk berekreasi kerana tidak langsung membahaya kapada kanak2 untuk mandi walau pun dalam hujan yang lebat. Sekian....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan