Firman Allah s.w.t.
“Dan
juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang menyahut dan
menyambut perintah Tuhannya serta mendirikan sembahyang dengan sempurna;
dan urusan mereka dijalankan secara bermesyuarat sesama mereka; dan
mereka pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepadanya;” (Asy-Syura: 38)
Assalamualaikum,
Pada dasar nya hidup kita memang tak dapat lari dari bermesyuarat samada ianya berbentuk formal atau pun tidak,Mungkin kita tak menyedari percakapan biasa kita sudah pun bolih diertikan sebagai mesyuarat kerana bermesyuarat hanya lah untuk mengeluarkan hasil dari apa yang kita cakap.Bolih jugak dikatakan percakapan kita dimana2 merupakan mesyuarat asalkan disituasi itu ada lebih dari satu orang individu,cuma dimasa itu mungkin adat2 mesyuarat nya tidak dijaga dan bolih lah jugak dikatakan disituasi itu mesyuarat tidak dijalankan,walahualam.
Sidang parlimen juga adalah bermesyuarat
Aku sering benar menghadirkan diri dalam mesyuarat, sama ada mesyuarat nikah kawin,persatuan2 dan koperasi.Yang sangat menarik kapada aku ialah tentang hasil dari mesyuarat.Kalau sebelum mesyuarat aku dapati sesesuatu yang hendak dibuat seolah2 tak mampu untuk dilakukan,tapi setelah bermesyuarat benda2 yang kita fikirkan tak bolih dihasilkan dengan mudah dapat dilaksanakan,Dan mungkin itu lah maksud dari firman Allah dari ayat dipermulaan ini,Mesyuarat banyak sangat kelebihan nya dan kepentingan mesyuarat sangat2 dititik berat kan dikatakan Rasulallah sendiri bermesyuarat dengan isterinya hanya untuk kepasar..
Pada fikiran aku mesyuarat ada dua jenis,mesyuarat yang tak memerlukan minit mesyuarat dan mesti ada minit mesyuarat.Mesyuarat yang tak ada minit mesyuarat ialah mesyuarat bernikah kawin cuma yang perlu ada hanyalah agenda mesyuarat,Kalau diperhatikan betul2 agenda mesyuarat nikah kawin ada dua agenda yang pertama ucapan pengerusi mesyuarat dan agenda kedua ialah apa yang nak dimesyuaratkan mungkin pada peringkat mesyuarat rasmi sebagai agenda hal-hal lain,kerana pada peringkat mesyuarat rasmi mesti mempunyai agenda sekurang2nya seperti berikut:
a)ucapan pengerusi.
b)mengesahkan minit mesyuarat yang lalu.
c)perkara berbangkit.
d)lain-lain hal
Diperingkat mesyuarat rasmi seperti mesyuarat koperasi dan persatuan2 mungkin bolih dibagikan kapada dua,iaitu mesyuarat AJK dan mesyuarat agong,Mesyuarat AJK melibatkan AJK yang dilantik dimesyuarat agong di satu2 persatuan dan mesyuarat agong melibatkan semua ahli dalam persatuan dan agenda mesyuarat agong ada mempunyai agenda yang lain sedikit dari mesyuarat AJK biasa,sebagai contoh lapuran kewangan,lapuran tahunan dan sebagainya...
Mesyuarat kenduri kawin
Yang sebenarnya bukan lah mesyuarat dan kemerapuan aku kat atas tu yang aku nak hadirkan disini,Yang aku benar2 nak hadirkan ialah gelagat peserta mesyuarat.Aku tersangat terpesona dengan peserta mesyuarat terutamanya dimesyuarat agong kerana sebelum bermesyuarat kebanyakan pesrta akan bercakap berapi2 dengan memberi macam2 komen dan ketidakpuashati dalam kegiatan atau aktiviti persatuan masing2,apabila masa mesyuarat kebanyakan peserta akan menikus seribu bahasa dan segala hujah sebelum mesyuarat akan tinggal hujah untuk selama2nya.Yang aku perhatikan seseorang yang bercakap banyak diluar mesyuarat dengan menyatakan tidak puashati dengan persatuan masing2 ialah individu yang paling penakut apabila didalam mesyuarat yang sebenarnya.Peserta2 ini akan duduk dikerusi yang paling tepi dan sedikit kebelakang dan peserta ini akan sentiasa berbisik2 dengan peserta lain.
Yang melucukan apabila mesyuarat sedang bermula kebanyakan peserta akan menyatakan persetujuan keatas mana2 agenda terutamanya mengesahkan minit mesyuarat,dan biasanya setiausaha akan menulis dalam minit mesyuarat sebagai bersetuju dengan sebulat suara padahal peserta tidak membaca pun minit mesyuarat yang ada ditangan masing2.Sebenarnya perlekehan yang terjadi dalam mana2 mesyuarat disebabkan malas dan tak tahu langsung akan hak yang ada pada peserta.
Mesyuarat yang paling lekeh sekali ialah mesyuarat nikah kawin,(walau macam mana lekeh pun mesyuarat nikah kawin,aku fikir sidang parlimen pun tak kurang lekehnya,bukti nya banyak,ada YB yang berucap standard kampung, malah mesyuarat kedai kopi lebih standard dari sidang parlimen,Perhati dan tenguk2 lah). Mesyuarat ini biasanya hanya satu dua orang sahaja yang bercakap dan yang lain nya biasanya mendengar sahaja dan mengikuti apa yang telah diputuskan tanpa banyak soal.Kebanyakan peserta biasanya nak balik awal dan nak menghabiskan mesyuarat dengan secepat mungkin.Walau macam mana sekali pun yang aku betul2 hormat apabila diadakan mesyuarat walaupun hanya mesyuarat nikah kawin ialah pesertanya menjadi sopan dengan mengunakan bahasa yang baik sebagai contoh pengunaan perkataan saya, saudara,yang dihormati,padahal kebanyakan yang hadir mesyuarat hanyalah mengunakan perkataan AKU MUNG,AKU MUNG sahaja bila diluar mesyuarat(terkhas ditempat aku sahaja diterengganu tetapi tempat2 lain tak)
Kesimpulannya,Walau macam mana jenis mesyuarat yang paling aku hargai ialah keputusannya,kalau sebelum mesyuarat satu2 keputusan payah diambil, bila sudah sahaja mesyuarat beban nya akan menjadi lebih ringan,sebagai contoh dimesyuarat nikah kawin,mungkin sebelum mesyuarat saiz persiapan untuk kenduri kawin adalah kecil sahaja tetapi sesudah mesyuarat akan jadi lebih besar dan meringankan, kesan dari mesyuarat yang diadakan. sekian......
Kesan dari mesyuarat
Tiada ulasan:
Catat Ulasan