Cukur Jambul merupakan adat masyarakat melayu sejak zaman berzaman..Cukur Jambul biasanya dibuat pada hari keempat puluh setelah bayi dilahirkan,Disesetengah tempat diterengganu, cukur jambul dikatakan sebagai cukur kepala dan disesetengah tempat pula dinamakan sebagai berselawat.Walau macam mana pun cukur jambul tak boleh dinamakan sebagai cukur jambul kerana apa yang dilakukan semasa majlis cukur jambul ialah mengunting sedikit rambut bayi.
Sebenar nya cukur jambul diadakan kerana melakukan ibadat akikah sempena kelahiran bayi dan dilakukan akikah kerana mengsyukuri nikmat yang telah diberikan.Walau macam mana pun Cukur jambul tak semestinya akikah dan Akikah tak semestinya cukur jambul kerana ibadat akikah ada yang dilakukan semasa seseorang sudah pun dewasa dan cukur jambul dilakukan tanpa dilakukan akikah...
Dimajlis cukur jambul yang akikah tak dilakukan biasanya akan diadakan kenduri kendara seperti majlis kahwin,Majlis cukur jambul yang biasa dibuat ialah dengan membuat lauk pauk sekadar 10 dulang.Tetamu yang biasa dijemput ialah sanak saudara berdekatan dan jemaah masjid seperti imam bilal dan makmun yang solat dimasjid.Majlis cukur jambul biasanya dibuat selepas solat isyak atau solat asar...
Dalam majlis cukur jambul selalunya akan diadakan bacaan marhaban dan berzanji.Telah menjadi kebiasaan disesetengah tempat selain dari berzanji bacaan selawat akan diadakan,Selain dari itu tahlil akan dilakukan
Menyembelih binatang peliharaan sempena kelahiran bayi,Binatang2 yang disembelih adalah sama binatang dalam melalukan ibadat qurban iaitu kambing/biri2,lembu,kerbau dan unta..Hukum ibadat akikah ialah sunat muakkad,Waktu yang baik melakukan akikah ialah semasa umur bayi 7 hari dan harus sehingga baligh dan akikah boleh dilakukan seseorang walaupun usia dah meningkat dewasa..
Peralatan yang biasa ada pada majlis cukur jambul telah berubah dari zaman dahulu hingga sekarang bersesuaian dengan kehendak sezaman,Adat2 yang dilakukan dalam upacara cukur jambul pada zaman dahulu mempunyai kelainan yang telah diperbaharui kapada yang lebih menepati kehendak ugama. Peralatan cukur jambul pada masa dahulu..
1)Kelapa muda...
2)Tepung tawar..
3)Bunga Rampai..
4)Bunga Telur..
5)Pulut kuning
6)Kueh Seraba
7)Kemenyam
8)Gunting
Peralatan Cukur Jmbul pada masa sekarang..
1)Kelapa muda atau air semangkuk
2)Gunting
3)Bunga Rampai
4)Bunga Telur..
Persamaan peralatan cukur jambul dimasa sekarang dan dahulu ialah buah kelapa muda,bunga telur,bunga rampai dan peralatan untuk mengerat rambut.Tak diketahui kelebihan buah kelapa muda digunakan pada majlis cukur jambul,kerana fungsi sebenar buah kelapa muda terutamanya air kelapanya hanya lah untuk memudahkan rambut bayi yang terlekat ditangan pengunting dileraikan,Atas sebab2 itu lah pada masa sekarang air yang diisi dalam mangkuk sahaja digunakan.
Tujuan bunga rampai pula hanya lah untuk menwangikan suasana agar bertambah meriah dan memberangsangkan..Bunga telur pula untuk dibahagi2kan sebagai hadiah kapada tetamu yang mengunting rambut.Dalam sesetengah keadaan bunga telur dibahagi2kan kapada semua tetamu yang hadir..
Fungsi tepung tawar,kemenyam,kueh seraba dan pulut kuning pada majlis cukur jambul pada masa dahulu boleh dikatakan sebagai agak keterlaluan dan agak lari dari kehendak ugama.Salah satu adat yang sangat menarik pada majlis cukur jambul pada masa lampau ialah pengunaan kueh seraba.Kueh seraba ialah sejenis lempeng yang dibuat dengan tepung beras.Kueh ini akan diletakan dibawah kepala bayi sebagai penganti bantal.Setakat ini tak diketahui sebab apakah adat ini dilakukan.Boleh dikatakan semua adat2 yang dilakukan hanya lah sebagai pandai2 sendiri sahaja tanpa mengetahui akan faedah nya..Begitu serba sedikit sejarah tentang cukur jambul...sekian
BEBERAPA HARI YANG LALU AKU TELAH MENHADIRI SATU MAJLIS CUKUR JAMBUL DIRUMAH KAWAN FACEBOOK AKU.PADA MAJLIS CUKUR JAMBUL YANG TELAH DIADAKAN PADA SEBELAH MALAM IAITU SELEPAS SOLAT ISYAK`TELAH DILAKUKAN IBADAT AKIKAH DENGAN MENYEMBELIH SEEKOR KAMBING KERANA BAYI YANG DIRAIKAN ITU IALAH PEREMPUAN.PADA MAJLIS ITU TELAH DIADAKAN BACAAN MARHABAN,BERSELAWAT SERTA MAJLIS DOA SELAMAT.DIRASAKAN PENGUNAAN BUAH KELAPA MUDA TAK SESUAI LAGI DIGUNAKAN KERANA DIRASAKAN DENGAN KESEDARAN UGAMA YANG SANGAT MELUAS MAKA ADAT PENGUNAAN KELAPA MUDA SUDAH TIDAK SESUAI LAGI.DIMAJLIS CUKUR JAMBUL DIMASA SEKARANG KAEDAH2 YANG DIGUNAKAN SUDAH TIDAK ADA UNSUR2 YANG MENYALAHI UGAMA...
jangan ikut adat melayu, rosak akidah, ikutlah hadis & sunnah, cukur rambut pada hari ke tujuh, bukan ke 40, then ckur rambut maksud cukur seluruh rambut, bukan gunting beberape helai sahaja, then pasal ade buah kelape kunyit, kemenyan tu sume bidaah n khurafat nenek moyang kita dulu, stop la ikut, dorg ikut pengaruh agama hindu, kemungkinan tidak ade yang perperjelaskan pada mereka dahulu, lalu adat ini telah turun menurun diikuti, tapi sekarang ramai ustaz2 da terangkan.nabi tak pernah buat, so kita jangan nak tokot tambah.
BalasPadamYg sy tulis tu sejarah,dan skrg org dah x ikut semua tu jd kat yg salah..
Padammaulidulrasul?
Padam