Tasik kenyir merupakan tasik buatan manusia yang terbesar dimalaysia dan juga
yang terbesar di Asia Tenggara.Tasik ini terjadi disebabkan terbinanya
empangan hidroeletrik Sultan Mahmud kenyir.Luas tasik kenyir hampir sama
dengan keluasan singapura.Mempunyai beratus2 buah pulau kecil dan
besar,Ia dibina pada akhir tahun 70an dan siap pada pertengahan tahun
80an.Sangat sesuai untuk merasai kelainan dengan berkhemah dipulau2 atau pun
menyewa chalet2 yang disediakan.Terlalu banyak pembangunan yang telah
dibuat dikawasan Empangan ,Hotel dan chalet telah lama terbina,Tarikan
lain ialah taman burung yang dibuat dipulau berhampiran dengan tanah
besar,Selain itu tempat peranginan air terjun lasir,gunung bewah,chalet2
dibina diserata tempat, dan pulau2.Banyak bot2 sewa yang sedia membawa
pengunjung dari luar dan pengunjung tempatan.Tempat yang patut
dikunjungi ialah sintuari kelah disungai pertang,santuari gajah disungai
belimbing/ketiar dan kawasan peliharaan ikan sungai como. Jauh dari
kuala terengganu 70km dan dari bandar kuala berang ialah 30km..
Pada 16-5-2013 hingga 20-5-2013 telah berlangsung kenyir festival yang diadakan disungai gawi tasik kenyir sempena tahun melawat terengganu 2013.Festival ini telah dirasmikan oleh menteri besar terengganu dato Ahnad bin Said..Festival ini telah diisi dengan gerai2 jualan dan pamiran jabatan2 kerajaan.Pada malam nya telah diisi dengan pertunjukan pemainan kebudayaan dan nyanyian oleh artis2 terkemuka tanah air..Boleh dikatakan sambutan dari penduduk tempatan sangat mengalakan..Gambar2 pengisian festival dipaparkan seterusnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan