Khamis, 16 Mei 2013

Kuala Berang..

Nama asal kuala berang mungkin kuala berang dan mungkin juga nama FO LA AN itu hanya lah sebutan pelat pedagang cina yang datang kekuala berang pada abad2 ke 12 masihi dan mungkin dengan sikap yang mengada2 ahli sejarah membesar2kan nama FO LA AN itu  (hahahahahaha).Kuala berang juga sangat berkait rapat dengan pertemuan batu bersurat disungai tersat dikampung buluh pada tahun 1889 masihi.


Nama kuala berang bermula dari pertemuan antara dua sungai ini iaitu sungai berang dan sungai terengganu.Sungai berang bermula dari gunung padang dengan panjang nya lebik kurang 50km melalui kawasan perkelahan belukar bukit dan melalui kampung2 seperti menerung,pengkalan ajal,pasir pelata,kampung buluh dan berakhir bermuarakan sungai terengganu.

Sungai terengganu bermula dari sempadan besut/ hulu terengganu yang panjang nya lebih kurang 90km kebandar kuala berang tapi sebahagian besarnya adalah tasik kenyir dan sungai terengganu ini telah pun luput untuk selama2nya. Kampung2 yang paling hulu dilaluinya ialah Jenagor,dura,kuala pueh,temir dan kampung Gaung,dan disitu lah pertemuan antara sungai berang yang kuala berang mendapat namanya.Bandar kuala berang didiami kira2 7000 orang dan meliputi beberapa buah kampung seperti kampung rahmat,kampung batu 24 dan kuala brang sendiri...
Ini lah bandar kuala berang yang amat mashyur diseluruh dunia(hehehehehehe) dari pandangan google map.Pertemuan sungai yang cukup strategik untuk dijadikan pelabuhan dan untuk pedagangan pada abad ke 12 hingga abad ke-19 masihi..
                                



 Gambar dikiri dan kanan ialah dilokasi yang sama bandar kuala berang pada tahun2 60an  dan tahun 2013...


Pada tahun2 50an dan tahun2 60an diatas padang ini ialah pasar lama kuala berang,Dulunya kawasan ini mempunyai pasir yang lebar,Kawasan ini telah ditambak pada tahun 2005.Barang yang diniagakan pada masa itu berupa hasil pertanian seperti sayur2an.yang dibawa olih peniaga2 yang datang dari hulu sungai. Para peniaga datang dari kuala terengganu pula akan membawa barang2 dari hasil laut dan hasil tenunan yang berupa ikan kering,ikan rebus ikan pekasam,kain batik kain songket dan barang2 dagangan yang lain..Dari pasar ini lah hasil pertanian yang dibawa olih perniaga dari hulu sungai akan bertukar kapada perniaga yang datang dari kuala terengganu...
Sejarah tempat ini dikatakan cukup besar,dikatakan tempat ini merupakan pelabuhan yang besar pada abad ke-12 masihi,Pelabuhan ini dikatakan mampu menarik pedagang2 dari china,arab dan negeri2 dinusantara.Kuala berang juga telah menerima kedatangan islam yang terawal di tanah melayu iaitu lebih dahulu dari melaka dan dikatakan juga lah kuala berang bandar yang paling awal maju dari tempat2 lain dan dan kuala berang juga lah yang akhir menerima pembangunan dinegeri terengganu.sejak kemerdekaan malaysia pada 31hb august 1957...







Jambatan ini menghubungkan  bandar kuala berang dan kampung2 sekitarnya,Jambatan ini juga merupakan jalan utama ke utara terengganu seperti setiu dan besut..

 

Pasar besar bandar kuala berang yang baru siap pada akhir tahun 2011..


                                                                                 Majlis Daerah..
                           
Station bus baru kuala berang..


Masjid Kuala Berang..

Politeknik Hulu Terengganu

Tengah2 Bandar..

Astaka padang bandaran..


                                                                       Perpustakaan Awam

Dewan Majlis Daerah
                                                                    
Stesen Teksi
Pejabat Daerah
Ibu Pejabat Polis
Banyak lagi gambar yang sepatut aku ambil dibandar yang dikatakan harga barang nya sangat mahal dan dikatakan yang mahal kalau nak dibandingkan dengan bandar kuala terengganu.....Kuala berang telah dijenamakan semula dengan gelaran bandar dibawah tasik untuk menyesuaikan  keadaan..sekian..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan