Khamis, 26 Mac 2015

pokok temengir



Pokok temengir tak ada lah pelik sangat kapada aku tetapi kisah pokok ini telah menarik minat aku ketika aku singgah dikebun pak cik aku disuatu petang,Aku ke dangau pak cik aku kerana ingin rasa nikmat makan didangau,kerana pak cik aku mengajak aku makan bekalan yang dibawanya.Pak cik aku  mengusahakan tanaman kelapa sawit dikawasan paya,cara penanaman yang macam ini tentu memerlukan usaha yang lebih kerana kelapa sawit kurang subur ditanam ditempat2 yang macam ini,kelapa sawit memerlukan saliran yang baik barulah pokok nya boleh hidup dengan subur,kawasan paya pokok kelapa sawit  memerlukan tanahnya ditimbun seolah2 dibuat batas seperti menanam ubi.Cuma batas yang dibuat besar2 sebesar 10 kaki atau lebih,sesuai untuk tanam kelapa sawit.Jadi pakcik aku telah menumpukan sepenuh perhatian kapada kebun nya,walaupun batas yang dibuat mengunakan jentera berat tetapi untuk memastikan batas dan musuh tanaman mesti dikawal sepenuh nya jadi pak aku sentiasa ada dikebun nya.




Dangau yang pak cik aku buat bukan lah besar sangat tapi dangau yang sekadar tempat dia berehat setelah penat berkerja dikebun,Atap nya sekadar dari daun pokok salak yang dijalin dengan baik sehinggakan tak tembus oleh air hujan dan telah diikat mengunakan akar temengir,(Aku sendiri tak tau sama ada nak pangil akar atau tali,klu akar tentu lah macam akar2 pokok yang lain tapi yang digunakan untuk mengikat atap dangau seperti tali,Aku pun kompius...ditepi paya banyak pokok salak yang tumbuh jadi daun salak digunakan untuk sementara waktu,dipaya juga mempunyai tempat untuk menangkap ikan paya seperti haruan,keli anak2 seluang,banyak kegiatan ditempat2 yang macam ini)



Sebenarnya aku sendiri tak tahu jenis tali yang digunakan oleh pak cik aku,tetapi setelah aku bertanya baru lah pak cik aku bercerita dan membawa aku kepokok temengir,Dari situ lah aku ketahui tali yang digunakan untuk mengikat atap dari daun salaknya mengunakan tali jenis itu,Yang aku sangkakan tali yang mengikat atap dangau pak cik aku adalah sejenis akar seperti akar2 lain, yang tumbuh melilit dipokok2 kayu,sangkaan aku memang meleset kerana akar temengir ialah kulit kayu yang disiat dan dijadikan tali,kulit nya tak putus dan sangat kuat.Pak cik aku telah buat demotransi menyiat kulit pokok temengir supaya menjadi tali untuk mengikat banyak benda,bukan sekadar untuk ikat atap sehingga digunakan mengikat pagar(tapi sekarang akar ni dah tak diguna lagi secara leluasan sekadar tempat2 yang sementara sahaja, sebab banyak dawai dan tali2 plastik serta paku yang digunakan untuk mengikat pagar,yang terakhir pagar letrik sangat popular untuk memagar kebun2),Pak cik aku juga telah bercerita kegunaan tali dari kulit pokok temengir kapada aku dimasa2 yang lalu,mengikat buah durian untuk dipikul kerumah,ikat pagar dawai,ikat gelegar dangau,mengikat atap dangau,buat bubu,buat tuar dan macam2 lagi yang tali diperlukan.
Salah satu yang diceritakan kapada aku ialah kulit kayu temengir yang besar boleh digunakan untuk membuat dinding dangau dan mungkin dizaman2 dahulu kulit pokok ini digunakan untuk membuat dinding rumah.Pokok temengir sendiri boleh mencapai sebesar 4 inci garis pusat jadi lebar kulit pokok ini boleh mencapai sehingga sehasta atau pun 12 inci,lebih lebar dari papan2 yang ada sekarang jadi tak ada masalah untuk dibuat dinding dangau atau rumah dizaman2 dahulu.Kulit kayu temengir cukup tahan sehingga berbelas tahun ditempat yang tak kena air (kering) jadi sangat sesuai digunakan dimasa2 itu..Itu cerita pokok temengir,Sekian



Tiada ulasan:

Catat Ulasan