Rabu, 8 April 2015

kura-kura besar

Kura-kura besar,Kura2 besar ni aku jumpa baru2 ini dikebun aku semasa aku nak pergi mancing,Tempat aku.kura2 ni dipanggil sebagai bani.Kura2 besar yang aku jumpa sedikit masa yang lalu lebih kecik dari kura2 yang aku jumpa 10 tahun yang lalu,sepuluh tahun yang lalu aku jumpa kura2 besar yang merupakan saiz gergasi,Pada anggaran aku saiz nya lebih kurang 3 kaki dari hujung kepala sehingga belakang nya.Saiz yang aku jumpa baru2 ini hanyalah lebih sedikit dari sekaki,10 tahun lalu aku tak ada talipon yang canggih seperti sekarang jadi gambarnya tak dapat aku abadi kan sebagai penemuan.
Boleh dikatakan kura2 jenis ni payah nak dijumpai kerana pembukaan tanah secara berlaluasan menyebabkan habitat nya terhapus,Aku hanya beberapa kali sahaja berjumpa dgn kura2 jenis ini'


Aku tak tahu kura2 besar ni jenis apa,tapi yang pastinya saiz nya sangat besar,Kura2 besar ni bersarang seperti sarang babi,sarang hanya dibuat kalau kura2 ni hendak bertelur,mungkin untuk mengeram,Telur nya juga besar,sebesar bola tenis,telur nya boleh dimakan kapada yang sanggup memakan nya,Telur Kura2 besar ni sangat berpasir (kasar) tak seperti telur2  penyu atau telur ayam..Kura2 besar sangat menjaga telurnya,Dia akan berbunyi berdesir2 kalau kita mendekati sarangnya sambil mengangkat badan nya tinggi seperti robot.Akan berbunyi seperti binatang memamah tulang bila diketahui musuh ada berdekatan.Aku dah mengalami peristiwa itu,aku menyangka harimau sedang membaham mangsa nya,bila aku dekati aku dapati kura2 besar ini sedang menakutkan aku.





Semua yang aku ceritakan diatas,aku telah alami peristiwanya,Pada pandangan aku kura2 besar sangat payah dijumpai dan mungkin ramai orang yang belum berjumpa dengan kura2 jenis ini walau pun mereka2 yang tinggal dipendalaman,Yang paling penting kura2 jenis ini dipanggil sebagai BANI dikampung aku,Sekian.

4 ulasan:

  1. bani ni sy tahu 5 tahun sudah...rupanya gelaran bani ni dr org melayu patani....dulu kt hutan gerik punya banyak....rupanya kura2 bukit...perkara ni tiada pendedehan

    BalasPadam