Rabu, 1 April 2015

misteri air terjun belukar bukit




Air tejun belukar bukit terletak 23 km dari bandar kuala berang hulu terengganu.Jauh dari bandar kuala terengganu 62km Air terjun belukar bukit sebuah kawasan perkelahan yang agak popular dihulu terengganu.Kawasan perkelahan ini merupakan kawasan perkelahan sungai kerana sebahagian besar kawasan perkelahan ini merupakan sungai yang berpasir,sebahagian lagi kawasan ini merupakan jeram yang berbatu yang agak bahaya kapada yang tak biasa dengan kawasan seperti ini.Sangat sesuai untuk mandi manda sekeluarga..
.



Air terjun belukar bukit merupakan tempat perkelahan sungai,Tapi tempat perkelahan ini dinamakan pula sebagai air terjun, sedangkan tidak ada air terjun pun dikawasan perkelahan ini.Asal usul yang dinamakan sebagai air terjun tak plk diketahui.Penduduk tempatan memanggil air terjun belukar bukit sebagai Lubuk Gala

Pasir yang luas dan air yang jernih

Sungai tempat perkelahan ini plk dinamakan sebagai sungai berang,Sungai berang berkuala kan  sungai terengganu di bandar kuala berang.Asal usul nama kuala berang juga diambil dari nama sungai ini’.

Walau pun tempat perkelahan ini di kelaskan sebagai tempat yang selamat untuk mandi manda sekeluarga, ada juga kemalangan lemas yang terjadi.Yang jadi misteri ialah tempat yang lemas hanya lah dikebanyakan dikawasan yang cetek sahaja,Walau macam mana pun ada juga yang lemas dikawasan yang air yang dalam.Mangsa yang didapati lemas biasanya dikalangan budak2 dan pengunjung luar dari kawasan belukar bukit.
Air yang cukup jernih

Tempat perkelahan sering terjadi kejadian lemas kapada pengunjung2 yang datang untuk berkelah,Kejadian lemas macam menjadi perkara biasa ditempat2 berkelah dimana sahaja dan biasanya akan dikaitkan dengan perkara2 yang misteri.

Kejadian lemas yang paling menyayat hati telah berlaku beberapa tahun dahulu melibatkan tiga sepupu,Dalam kejadian tersebut ketiga2 sepupu tersebut telah lemas hanya ditepi sungai sahaja,Tiga sepupu tersebut telah dibawa oleh ayah mereka untuk menghabiskan cuti.Dikatakan ketiga2 mereka mereka seperti dipukau untuk terjun diair sungai yang sangat jernih itu,Ketiga2 mangsa gagal diselamatkan kerana kawasan perkelahan ini dimasa itu tiada perkunjung.AlFatihah.

Baru2 ini juga telah terjadi trajedi lemas dikawasan perkelahan ini yang melibatkan pengunjung yang datang dari luar,Mangsa dikatakan mandi2 dan bermain dikawasan yang berjeram yang airnya deras.Payah untuk dibuat kesimpulan sebab2 perkara ini terjadi

  Lubuk yang dikatakan tempat selalu memakan korban

Misteri Air Terjun Belukar Bukit

Setelah banyak terjadi kejadian lemas dikawasan perkelahan belukar bukit aku cuba juga bertanya kpd penduduk tempatan yang sentiasa ada dikawasan perkelahan ini,Ada beberapa cerita yang menyeramkan telah aku kesan dari cerita2 yang diberikan.

Seorang kawan aku yang sentiasa ada dikawasan tersebut dengan kegiatan memancing dan menangkap ikan dengan cara memukat dan memanah  telah bercerita bahawa dilubuk yang  paling dalam sekali ada sesuatu penampakan yang anih,didalam lubuk tersebut beliau telah jumpai seekor ikan yang muncung nya seakan2 babi,beliau telah bercerita kalau ada penampakan yang macam itu,beliau akan cepat2 naik kedarat dan kegiatan memanah ikan dilubuk tersebut akan dihentikan serta merta,Beliau juga bercerita kalau ada penampakan yang seumpama itu biasanya akan terjadi kejadian lemas oleh pengunjung yang datang untuk berkelah..Tak diketahui sama ada cerita ini benar atau pun tidak tapi itu lah yang diceritakan kapada aku

Kawan aku juga bercerita dikawasan chalet yang dibina telah banyak penampakan yang terjadi sehinggakan chalet2 ini kurang mendapat sambutan,Chalet yang disediakan hanya disewa oleh badan2 kerajaan untuk berkhursus dan melibatkan ramai peserta,Kelihatan chalet2 ini basi dan seperti ditakuti untuk disewa.Wallahuaklam
Chalet dan dewan

Setelah aku dengar cerita2 yang macam tu aku cuba untuk kesitu untuk menghayati cerita nya dan ingin mencuba ketakutan yang ada pada aku,Aku sering juga mandi2 dilubuk yang dikatakan sebagai memakan ramai mangsa,Apa yang aku dapati tak ada benda yang pelik didalam lubuk itu kecuali air sungai nya yang sangat jernih sehingga menampakan lantai sungai nya.Seperti berdosa kalau dikatakan tempat itu berhantu atau mempunyai penunggu dan sebagainya.Aku juga telah mengunjungi chalet2 yang ada,dan aku juga dapati tak ada apa yang pelik Cuma kawasan chalet agak jauh dibina dari kawasan perkelahan,Bohong lah kalau aku kata kawasan macam ni tak menyeramkan lebih2 lagi kalau berseorangan.Memang permandangan chalet ini agak menyeramkan dikala malam tiba dan ditambah pula tak ada seorang  pun pengunjung.

Mungkin begini rupa ikan yg bermuncung babi

Nasihat aku kapada yang ingin mengunjungi kawasan perkelahan dimana2 sahaja, elakkan diri dari terlampau suka sehingga kita lupa bahawa kita sentiasa diperhatikan oleh makhluk lain kerana selain dari kita terlalu ramai makhluk yang mendiami bumi ini khasnya dikawasan yang seperti ini,Hendaklah sentiasa beringat2,Solat jangan lupa,Surau2 ditempat perkelahan sentiasa dilupakan,seperti dikawasan perkelahan segala suruhan tuhan tak perlu dibuat.Pergi dan hayati keindahan ciptaan tuhan untuk dikagumi kekuasaan nya bukan untuk dibuat sesuatu yang bukan2.Tujuan tulisan aku bukan lah ingin sebotaj tempat perkelahan tetapi ingin semua pengunjung selalu berhati2 bila ketempat yang macam ini,Selalu berhati2 semoga selamat..Sekian

(kejadian lemas yang paling baru telah berlaku pada 19-12-2015,melibatkan lima orang sekeluarga.Aku tau berita ni dari whasapp kawan2 tapi aku enggan menyertai/pergi kerana aku tak dapat melihat semua kesedihan,lagi pun semua mangsa dah pun dijumpai semasa aku terima berita,semoga roh mereka yang terlibat diterima ALLAH)
Kejadian lemas terbaru pada 11-1-2019 melibatkan seorang pemuda yg berumur 23 thn...
Kejadian terbaru pada 8-3-2019 melibatkan seorang pemuda dari pahang..berumur 29 thn..
Kejadian terbaru pada 16-3-2020 melibatkan seorang budak sekolah tingkatan 3 dari sekolah menengah ajil Terengganu.

Kejadian lemas yg terbaru pada 18-6-2020,melibatkan seorang budak lelaki berumur 14 thn dari terengganu...

18 ulasan:

  1. Innalillah Hiwainna Ilaihirojiun... Alfatihah...

    BalasPadam
  2. Patut ke tempat tu di tutup? tapi kat mana -mana pun sama, asal temapat mandi manda sungai atau hatta kolam sekalipun. Allah telah menentukan segalanya. Al- Fatihah.

    BalasPadam
  3. pendapat sy air terjun belukar bkt,kawasN perkelahAn yg paling selamat,tgk saje kawasan nya yg luas,cuma klu terjadi kes mcm 19-12-2015 sesuatu yg diluar dugaan.nasihat sy,sentiasA bhati2,fenomena kepala air mmg x disangka2,klu yg dtg berkeluarga harap mandi kat bwh jambatan jer,jgn sesekali mandi dikawasan berbatu...semoga beroleh menefaat.

    BalasPadam
  4. aku pernah lemas dulubsitu bro sbb nk selamat pengunjung lemas.. aku pon hampir lemas. orang beramai2 bantu.. pegang tangan dari tebing.. sampaib4 orang hampir lemas.. alhamdulillah.. kami semua selamat.. tersedut air jugaklah aku ni.. Alhamdulillah umur masih panjang. sempat bekeluarga.. takziah kepda keluarga.. siarwah

    BalasPadam
  5. abg ipar sy pun pernh hampir lemas d ctu sperti ada yg menarik kakinya swaktu berenang ..alhamdulillah umur masih pnjg

    BalasPadam
  6. cerita saya tu kutip dari orang2 kt situ,cuma mcm2 versi sy dgr,kadang2 mcm xlojik,cnth nya kwn sy xdapat kluar dari kawasan tu,dia parking kereta dkt surau,masa memandu blik dan hendak kluar dia dapati telah sampai plk kt surau,dia cuba beberapa kali,last dia dpt jgk kluar slepas bhempas pulas dgn doa dan sbagainya,masa tu xde pengnjung lansung,sy pernah jgk cuba beberapa kali tp xde apa plk yg tjadi,nk kata kwn sy bebohong,sy tgk dia berpeluh semasa dia cerita dan kwn sy bertaubat xkn pergi ke air terjun tu lg.......bkn kah x lojik cerita tu....

    BalasPadam
  7. Alfatihah utk semua mangsa tragedi kat sini....pernah alami perkara yg sama di air terjun di Pahang..alhamdullilah umur panjang....ambil ikhtibar dari kejadian yang berlaku...saya pernah lagi pergi ke kawasan air terjun sejak tahun 2010....

    BalasPadam
    Balasan
    1. xpernah lagi ke kwsn air terjun sejak tahun 2010

      Padam
  8. Innalillahi wainna ilaihi rajiuun. Allahummaghfirlahum.

    BalasPadam
  9. Sebelumni kami sekeluarga penah berkelah kat sini airnye memang cantik tapi kawasan disini sangat bahaya...tepi tebing kawasan batu tiba2 curam airnya dalam ....dulu ada tali merentasi kawasan ini...dah lama agaknya terputus.....tidak di galakkan utk datang kawasan ini...kawasan yg tidak terurus n jauh dari org....

    BalasPadam
  10. pada hari ini 21-12-2015 kawasan ni telah ditutup,upacara penutupan rasmi nya telah disempurnakan oleh MB terengganu...kepada saya,apa rasionalnya kawasan ni ditutup, mungkin bagi sebuah kerajaan itu yg sepatutnya mereka lakukan,wallahualam..

    BalasPadam
  11. sepatutnya semua pihak berkuasa mewajibkan baju pelampung keselamatan untuk semua pengunjung, terutamanya kanak2. saya pernah pergi air terjun awam di merata tempat, hampir semuanya tiada kemudahan pelampung keselamatan.
    tahun lepas saya nampak didepan mata seorang remaja lelaki hampir lemas di air terjun lata tembakah. nasib baik sempat diselamatkan.
    jadi kerajaan negeri perlulah wajibkan pemakaian baju pelampung keselamatan di semua kawasan air terjun dan mungkin juga di pantai2 perkelahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. pihak berkuasa bleh fikirkan kewajaran kemudahan itu disediakan

      Padam
  12. As salam... Saya disini slps baru pulang ptg smlm. Kami aja 2 kereta yg ada kt situ. Ad bbrp kjadian misteri wat saya gugel psl blukar bukit sbb tu sy komen disini. Semua kejadian atas izin Allah swt. Byk kali dah ke belukar bukit tp smlm plg smpai trbawa kerumah .. tu sbb trus x leh tido duk kaji gugel paranormal disini.. hihihi. Apa pun Alhamdulillah kami smua balik selamat... Kalu rumah kita pun yg tinggal bbrp hari ada jer jin nk tumpang.. ini kan tempat public yg seakan ditinggalkan. Dr video sedara Azram pn leh wt rujukan suasana Belukar Bukit. Apa pun sy nk share.. nasihat berhati2 utk semua yg nk berkunjung.. dan sy respek usaha ada org kampung dtg nasihat psl lubuk maut jika tgk pngunjung luar dtg kesini.. psl keselamatan sy bersetuju sekurangnya ada pelampung bertali utk tarik mangsa atau utk penyelamat kecemasan gunakan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh x cik marjinah kongsi cerita misteri yg dialami tu kat sini,sy pom nk tau jgk...sy ada citer sy sendiri kat situ tp bkn yg sy alami,kwn sy yg citer...kwn sy penah tersesat kat situ selama tiga jam dari kat surau,dia xdpt kluar,sedangkan jln nya satu je,dia ckp dia pusing2 situ selama 3 jam,last dia dpt jgk kluar...tah ayat apa yg dibaca nya...kedua.ada penduduk tempatan menasihatkan supaya jgn lalu jln dari kg sekayu melalui hutan ke belukar bukit selepas pukul 6 ptg,sbb2 nya sy xtau,sy cadang buat video laluan tu pd kul 12 mlm,nk alami apakah sbb2 dilarang...🤣🤣🤣🤣

      Padam
  13. Cik marjinah..kongsi kan la pengalaman cik tu

    BalasPadam
  14. Drpd ditutup, kenapa tidak dibangunkan sbg pusat pelancongan, letak beberapa life guard on duty berserta kelengkapan keselamatan dan lain lain yg diperlukan...

    BalasPadam