Isnin, 20 April 2015

padang kachung

KUBUR PAHLAWAN PERANG PADANG KACHUNG
Kubur ini terletak didalam kawasan masjid Kuala Telemong dalam daerah hulu terengganu.Ia juga dikenali sebagai 'kubur dua belas atau kubur besar' kerana didalam nya tertanam dua belas pejuang-juang yang mati ketika menyertai perhimpunan menentang dasar british yang diperkenalkan dinegeri terengganu dalam tahun 1928.Mereka berhimpun dengan tujuan menemui sultan sulaiman badrul alam shah dikuala terengganu,malang nya apa yang dilapurkan kapada sultan menyatakan konon petani-petani kuala telemong akan memberontak.Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah telah memerintahkan pihak polis menghalang petani-petani tersebut semasa dipadang kachung.Pihak polis telah berhadapan dengan petani-petani tersebut.Pihak polis cuba menghalang pegerakan petani,tetapipetani tidak patuh dan menyebabkan keadaan tidak dikawal dan pihak polis talah melepaskan tembakan 12 orang telah mati.merekamereka itu ialah.
1. Mahmud bin Mat Diah..
2.lebai Abdul Rahman (tok janggut)
3. Idris Bin Muhammad
4. Mamat bin Musa.
5. Muhammad Bin Yunus.
6. Abdullah bin Muhammad.
7. Ismail bin Ali.
8. Muhammad bin Jusuh.
9. Muhammad bin Idris.
10.Muhammad bin Abdullah
11.Abdul Hamid bin Ismail.
12.Sulaiman bin Saleh..

Keterangan dibatu tanda peristiwa padang kachung mengatakan pembunuhan keatas 12 orang pahlawan melayu kerana membantah polisi yang diperkenalkan oleh british tetapi aku telah diberitahu bahawa peristiwa pembunuhan tersebut bukan lah disebabkan oleh polisi british tetapi pembunuhan tersebut lebih menjurus kapada penghapusan pengaruh islam yang masih tertinggal dinegeri terengganu.Dikatakan pengaruh islam dari kerajaan turki uthmaniyah yang terakhir hanya dikuala berang terengganu dengan pembunuhan 12 orang pahlawan melayu tersebut maka berakhirlah seluruh pengaruh kerajaan besar uthmaniyah yang bertapak diturki,Walahualam...
Kubur pahlawan padang kachung terletak dalam kampung kuala telemong,terengganu.Aku mengetahui nya setelah aku berhenti solat asar disuatu petang kat masjid  kg kuala telemong,Orang kat situ telah memberi tahu aku bahawa dalam lengkungan pagar simen tertanamnya 12 orang pahlawan yang dikatakan gugur akibat ditembak oleh pihak polis,(sejak dulu hingga skrg polis ni mmg mcm ni,tembak orang jer kerja dia,ikut jer arahan sama ada betul atau tak)Sebenarnya aku dah beberapa kali bersolat dimasjid kuala telemong kerana melalui jalan yang melalui kg kuala telemong tapi pada hari itu lah baru aku ketahui dalam lengkungan pagar simen merupakan kubur besar yang tertanam 12 orang pahlawan melayu,(setengah pihak kata orang ni pemberontak).Langsung aku tak sangka peristiwa padang kachung hanya didepan mata,yang aku sangka selama ini peristiwa padang kachung jauh dari aku,rupanya tempat peristiwa tersebut boleh dilihat hari2 kalau melalui jalan antara kampung tajin hingga ke Manir melalui kampung kuala telemong.Yang paling menarik dikubur pahlawan ini ialah keris nya,pandangan pertama ialah tersergam besar keris nya.Melihat keris yang besar, dah tentu ingin tahu tentang nya,atas sebab itu lah kubur pahlawan padang kachung aku ketahui pada petang itu setelah melihat keris besar yang terpacak dipagar simen.Dari situ lah aku bertanya kapada orang yang lalu lalang....





1 ulasan:

  1. Saya cucu generasi ke 5 Allayarham Lebai Hassan, sahabat kepada 12 pahlawan yg terkorban di Padang Kachung. Moyang saya terselamat dalam peristiwa tersebut, namun sejarahnya akan tetap kami ingat untuk generasi akan datang.

    BalasPadam