Ahad, 1 September 2019

ROOIBOS TEA

Pada suatu hari baru2 ni aku telah diberi penerangan tentang satu jenama teh iaitu teh rooibos oleh seorang juru jual teh tersebut,walau mcmana pun ejen tersebut ialah sepupu aku sendiri.Sebab2 dia bagi penerangan kerana aku bersunggut kpd nya bahawa aku tak sedap badan,tak sedap badan maksudnya tak larat atau tak gagah atau dok rok (terengganu speaking).sepupu aku dengar aku cakap mcm tu,dia terus promosi barangan nya dan dia bagitau aku nama teh tersebut sebagai rooibos,dari situ lah aku tau nama teh tersebut rooibos.Penerangan nya mcm2 dari banyak sudut,tentang cara utk guna sehingga kpd penyakit boleh diubati dgn mengamalkan minum air dari teh rooibos,Banyak penyakit yg disebutnya,tetapi teh ni fokus sangat kpd sakit buah pinggang.Banyak yg dia cerita tentang kebaikan teh rooibos ni,dia cakap ada yg sembuh dari rabun setelah lumor air teh ni ditepi mata,hampas teh boleh jgk digosok2 tempat yg sakit seperti kebas2.Banyak benar yg sepupu aku ni cerita tentang kebaikan teh ni sehingga tak ada masa untuk aku mengaminkan nya.heee.
Pek besarnya.didalam ni ada 50 uncang.

Yang sepupu aku tak tau ialah aku telah ada teh ni sejak beberapa lama dahulu cuma aku tak guna je teh ni,Teh ni telah diberi oleh seorang kawan yg meminta aku mencuba kebaikan teh rooibos,untuk ambik hati aku ambik je 10 paket,utk test aku cakap kpd kawan aku,,harga seringgit sepaket tp untuk satu pek besar berharga rm40 untuk satu pek.kandungan nya ada 50 paket/uncang.untuk harga ahli hanya rm30 sahaja.itu yg diberitahu oleh kawan aku.
Uncangnya
Yang aku nak cerita ialah kesan teh ni kpd aku..Pada sebelah malam setelah aku dengar ceramah yg diberikan oleh sepupu aku,mata aku telah dimasuki benda terbang,tp benda terbang itu bukan burung kakak tua atau burung punai tetapi sejenis serangga yg kecik saiz nya,serangga tu aku tak pasti tp pedih nya tak dapat ditahan,aku cuba jgk korek2 benda tu tp semakin jauh kedalam kelopak mata,ketika itu lah aku teringat ceramah yg diberikan oleh sepupu aku tentang kebaikan teh rooibos,aku rebus teh rooibos selama 15 minit dan aku sejukan dlm piring depan kipas angin,setelah benar2 sejuk aku titikan kedalam mata aku utk beberapa titik,setelah itu aku layan je sakit  sehingga tertidur,pagi esuk aku bangun seperti biasa dan tak teringat tentang mata aku,seketika kemudian baru aku teringat mata aku telah dimasuki serangga terbang dan aku berlari kecermin utk tgk mata aku,putih dan hitam mcm biasa,tak ada merah2 dan tak ada sakit seperti semalam...Tentang teh rooibos yg aku titik kedalam mata aku,aku tak ada keyakinan apa2,Sebab teh tu ke yg sembuh atau dia memang nak sembuh secara semulajadi tp dah tentu sekali memang allah yg menyembuhkan nya..heeeee.
Air rebusan ni lah yg aku titik kedalam mata aku.

Kapada yang ingin mencuba harap jangan salahkan pihak rooibos dan aku sekiranya  terjadi nya buta atau mata jadi buruk bila memgunakan rooibos kedalam mata kerana apa yang aku tulis hanya pengalaman aku mengunakan teh rooibos,Pihak rooibos sendiri menyorkan teh ni hanya diminum air rebusan nya,bukan bubuh kedalam mata, memandai2 aku je bubuh dalam mata sbb terlalu sakit,penulisan aku bukan lah disuruh oleh pihak rooibos atau untuk mengambil upah dari pihak teh rooibos,hanya aku kongsi kan pengalaman mengunakan teh ni,Bukan niat aku nak iklan product org...sekian..

6 ulasan:

  1. Balasan
    1. Terima kasih hidayah razak,awak mmg pembaca setia blog sy,padahal apa lh sgt isi blog sy tu.

      Padam
  2. Sy suka baca blog en.azram. harap2 jangan berenti menulis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perkataan encik yg buat saya rimas..sy bkn encik,sy kuli jer...😊😊😊😊.

      Padam