Tempat tasik atas bukit aku jumpa ketika aku bermain2 dgn aplikasi google map.Zoom punya zoom atas peta tu, aku jumpa satu titik seperti kolam didalam hutan luas.Tenguk punya tgk dan ukur pada peta,aku dapati panjang nya 50 meter dan lebar nya 40 meter,dari situ lah aku bercita2 nak pergi.Nak tenguk apa kah bendanya,mana tau kut ada ikan kelah besar2.
Pada satu hari dgn menunggang motor yg diubah suai kerana mengikut kesesuaian,aku bersama kawan2 aku memulakan perjalanan dilaluan balak ditepi tasik kenyir,kawan yg aku maksudkan bukan kawan pun tp adik beradik aku dan anak saudara aku,aku sering berpergian mcm tu utk kemana2 kedalam hutan.Senang nak berkira
Jauh laluan balak disekitar 30km,masa yg diambil lebih kurang hampir 2 jam utk sampai ketitik dimana tasik berada.Dua jam bukan dilambatkan tetapi melalui jalan balak tak seperti menunggang atas tar,byk kerenah nya.
Tasik terlihat jelas apabila dizoom lebih dekat.
Sampai ketitik paling dkt dengan tasik,aku dan yg lain nya parking motor dan memulakan perjalanan dgn perpandukan google map pada tablet yg di buka sepenuh nya,Aku sendiri tak faham mcm mana aplikasi ni bekerja kerana ditempat yg jauh kedalam hutan line internet mmg tak ada tp aplikasi ni berkerja dgn sgt baik,menunjuk kearah yg sepatutnya samada semakin jauh atau sebaliknya
Berjalan kaki dgn mendaki dikecerunan 60-70 darjah mmg menyukarkan lebih2 lagi dgn memegang tab dan power bank nya sekali.Keadaan yg mcm ni menjadikan perjalanan menjadi lambat.Lebih kurang 2 jam diambik untuk sampai ketasik dgn jarak hampir sekilometer.Satu kilometer didalam hutan merupakan perjalanan yg jauh berbanding berjalan di atas jalan raya.
Pada mula nya aku tak tau tempat yg kami semua berhenti itu adalah tasik,aku memgetahui nya setelah tablet dibuka semula setelah di off tadi kerana hujan lebat.Setelah dibuka tanda biru pada peta menunjukan kami semua dah pun berada ditepi tasik,tanda biru pada peta aku lupa nak screenshot,terlupa...
Perlu juga diketahui kawasan tasik merupakan tanah datar seolah2 kita berada dikawasan bawah padahal tempat tasik diatas bukit,senang cerita tempat ni seolah2 dataran.Seperti dalam gambar kat bawah tasik seperti kawasan berpaya.Biasanya kawasan berpaya dikawasan bawah tetapi tempat ni atas bukit dan didalam hutan yang tebal.
Setelah melihat2 dan mengambil gambar kami semua menurun balik ke motor yg diparking dibawah bukit.Kami semua ditasik hanya 20 minit sahaja.Tak ada peluang tunggu lama2 kat situ kerana hari dah gelap,dalam hutan gelap lebih cepat kerana keadaan hutan yg tebal.Menurun mengambil masa hanya 20-30 minit sahaja...Sampai dimotor...start dan balik je lerr.
Gambar2 kat bawah👇👇👇👇
Tiada ulasan:
Catat Ulasan