Air terjun sungai cih merupakan satu dari cawangan sungai berang.Untuk masuk ke sungai ni memerlukan kudrat yg bukan sedikit,memerlukan ketahanan yg tinggi kerana utk mencapai nya perlu mendaki bukit dan meredah paya,baru lah sungai ini boleh dilihat dgn mata,kalau tak hanya dilihat digoogle map sahaja.
Ada dua jalan untuk masuk kesini,yg pertama melalui jalan balak selepas felcra kuala embong dan yg kedua melalui tempat perkelahan belukar bukit,Sungai cih terletak sebelah kanan sungai berang iaitu dihulu tempat berkelah,Klu nak kesini mulut jgn cabul nanti tak jumpa jalan balik.Senang cerita kena kidnapped oleh bunian.
Jalan bukit yg aku cerita untuk kesungai cih iaitu selepas felcra kuala embong memerlukan masa lebih dari 3 jam berjalan kaki dgn laluan yg sentiasa menaik,Waktu menurun nya apabila kita sampai ke air terjun sungai cih,Perjalanan sgt sukar kerana terpaksa meredah jalan balak yg dah sembuh,dgn paya yg menakutkan..mcm cerita seram jer🤣😥🤣.
Melalui tempat perkelahan belukar bukit aku tak tau masa yg diperlukan untuk mencapai air terjun sungai cih kerana aku tak pernah mengunakan laluan tersebut,Kalau ada yg nak tau pergi lah sendiri,jgn tanya org,hahaha.
Sekian cerita air terjun sungai Cih.
Sekian cerita air terjun sungai Cih.
Sungai cih di-google map
Video air terjun sungai cih,hasil karya aku sendiri,lihatlah kecantikan air terjun nya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan