Rabu, 16 Oktober 2019

Buat pulut kuning

Ketika aku nak tidur iaitu pada pukul 10 malam,mak memanggil aku dengar suara yg agak keras,aku terburu2 pergi kebilik nya,pada sangkaan aku mak aku sakit,almaklum lah dia sentiasa sakit,tapi jangkaan aku meleset,rupa2nya dia nak makan nasi kunyit atau pulut kuning,dalam fikiran aku berkata,
"apahal mak aku ni"..
Malam2 buta mana ada orang jual pulut kuning,lain lah kalau dibandar2.Oleh kerana aku merungut payah nak dapat pada waktu malam,mak aku suruh je aku buat pulut tu,dia cakap,bukan payah pun nak buat.Antara aku kompius dgn suruhan mak aku dan kehendaknya makan pulut kuning,aku bergegas kedapur,basuh beras pulut,parut kelapa,tumbuk kunyit hidup dan buat apa yg sepatutnya untuk buat pulut kuning.Bagi aku tak payah sangat utk buat pulut kuning,lagi pun yg nak makan aku dan mak aku je,jadi tak heran kpd aku utk buat pulut kuning.
Beras pulut faiza,mesti mendahului barang bumiputra..

Untuk.memudahkan kerja aku utk masak pulut kuning,aku guna dapur letrik je,walau pun aku tau masak pulut sangat cerewet,isi air banyak akan jadi lembek,isi sedikit tak masak plk.
Masih dlm periuk letrik,apabila periuk ni off,nasi belum masak,sbb tu lah dimasak ke dapur biasa plk.

Cara aku buat senang sangat..
Mula2 basuh beras pulut dan tos kan.
Perah kelapa parut menjadi santan.
Masukan sedikit garam kedalam santan.secukup rasa.
Tumbuk/ blender kunyit yg secukupnya,kalau banyak sangat nanti tak sedap plk.kemudian tapis..
Santan dan tapisan kunyit tadi dicampur,kalau nak kuning lagi campurkan pewarna kuning,yg aku buat ni tak ada lah campur2 dgn pewarna,hentam saja dgn tapisan kunyit.
Pulut yg ditoskan tadi dimasukan kedalam periuk letrik bersama santan berkunyit.kadar santan hanyalah tengelam saja beras pulut.kalau banyak akan jadi lembek.
On je periuk letrik dan tunggu..
Setelah swiss periuk off (jetak) ambil periuk dan letak keatas dapur gas,buka api yg paling kecik,sambil itu balik2kan nasi sehingga masak,biasanya dalam 15 minit atas dapur gas,nasi nya masak..
Masa yg diambil untuk memasaknya dalam sejam bermula dari parut kelapa dan ini lah hasil nya.Sebenarnya pulut tu elok mcm tu kerana aku nak snap gambar je,lakunan je tu.🤣🤣🤣

Setelah masak dalam pukul 11 malam,aku kejutkan mak aku yg tidur,berselera dia makan nasi pulut kuning aku dgn ikan rebus.Tu cerita pulut kuning aku yg dibuat pada 10 malam,16-10-2019,sekian.

Aku ni kan,semua pandai,masak pandai,main motor pandai,buat rumah pandai tp mendirikan rumah tangga aku tak pandai..hahahaha.
🤣🤣🤣🤣🤣😃😃😃

Catitan:beras pulut 3 cawan dan santan semangkuk sedang.

4 ulasan: