Isnin, 28 Oktober 2019

mengungkap misteri batu kapal.kg gerdong

Batu kapal dah beberapa kali aku pergi.Aku  pergi ke batu kapal antara tahun 2010 hingga tahun 2011.Kali pertama aku pergi kerana menemani pegawai dari KBS.Pegawai tersebut ingin pergi untuk melihat batu kapal.Pada kali pertama pergi,aku dan pegawai tersebut hanya meninjau dari jauh sahaja kerana beliau ingin membuat program dengan orang2 nya untuk sedikit masa lagi..
BATU KAPAL...ada nampak macam kapal tak

Yang kedua aku pergi ke batu kapal dengan pegawai yg telah tersebut tadi,Pada kali ini beliau telah membawa beberapa orang dari kaki tangan nya atau kawan2 nya,Pada kali ini kami masuk jauh kedalam hutan dengan menelusuri sungai yang berada dikawasan tersebut.Sebenar nya kawasan batu kapal tak lah diketahui sangat titik yg sebenarnya,Senang citer raba dalam gelap,yakni takada panduan,panduan nya hanya lah dengar cakap2 dari kawan2 pegawai tersebut.Oleh kerana dah jauh masuk kedalam hutan,keletihan tak dapat dielakan,lebih2 lagi tak bawa bekal,Oleh kerana dah tak larat,kawan baru aku [pegawai]  mengambil keputusan utk keluar sahaja dari kawasan tersebut.Perjalanan dua jam memang sangat meletihkan..Batu kapal tak jumpa..

Kali ketiga juga dengan pegawai tersebut,pada kali ini dia telah bawa ramai dari budak2 nya,mungkin pelatih kut,ada perempuan dan ramai lelaki.Pada kali ini aku lihat persediaan agak mencukupi dari bekal nasi hingga air serta makanan ringan dan peta ringkas.Siap plk dgn baca doa dan ingatan adab2 masuk hutan,Laluan pada kali ini juga ikut laluan yg dulu malah lebih jauh lagi hingga hampir puncak.Sebenarnya perjalanan akan bermasalah apabila ramai peserta.Apabila ramai banyak kerenah nya,ada yang jatuh ada yg takut pacat,kalau gatal2 sikit dah berhenti dan mcm2 kerenah lagi.Oleh kerana perjalanan dah hampir tiga jam,semua peserta diperintah turun kesungai dibawah bukit,ada yg makan bekal dan ada yg tersadai berbaring keletihan diatas batu sungai.Keletihan tersebut mungkin disebabkan mereka pegawai kerana aku yg tak pegawai ni tak letih pun hahaha.

Oleh kerana semua tak larat pegawai tersebut meminta aku untuk mencari batu kapal seorang diri.Untuk tidak menhampa kan permintaan tersebut aku berlari keatas bukit dengan berbekal sebilah benet dan sebotol air,ala ala Rambo lah konon nya,Dalam 20 minit aku berkejar keatas bukit aku dah jumpa batu kapal yg dicari..Sebenar nya mendaki pada mula2 tadi melalui sebelah kiri sungai dan aku sendiri yg keseorangan ikut sebelah kanan sungai sebab cari sebelah kiri lah batu kapal gagal dijumpai,padahal batu dekat sangat dengan laluan semasa mendaki berkumpulan tadi…Setelah pasti itu lah batu kapal,aku berlari semula kebawah bukit untuk  beri tahu penemuan aku.Dimasa tahun 2011  aku masih lagi mampu untuk berlari mendaki dan menuruni bukit tanpa rasa letih,maklum lah muda lagi masa tu,hahaha..

Kali keempat aku pergi dgn kawan aku org johor pada 8-12-2011,Hanya berdua,mendaki pada pukul 3.00 petang dan sampai semula kebawah pada pukul 5.15 petang,Disini menunjukan kalau pergi dgn peserta yg sikit perjalanan jadi cepat,kalau ramai memang jadi lambat.Masa yg diambik utk mendaki hanya sejam 15 minit dan menuruni hanya 30 minit.


Kali kelima pada 23-10-2019 iaitu ikut rombongan orang,Program ni di anjur kan oleh DUN kuala berang bersama pejabat daerah serta kemas kawasan kuala berang,Seramai 60 peserta yg mengambil bahagian dan sebilangan besar mendaki ke batu kapal hanya sebahagian kecik sahaja yg tinggal kerana urusan makan minum peserta.Peserta lelaki 45 orang dan perempuan 15 orang.
video youtube aku pada tahun 2011

Pendakian pada kali ini tak lah mencabar sangat seperti dimasa2 dulu kerana separuh dari laluan telah dibuat jalan,hanya separuh sahaja laluan hutan,jadi banyak masa dapat dijimatkan untuk kebatu kapal.Kalau dulu memakan masa selama dua jam untuk sampai sekarang ni mengambil masa hanya sejam sahaja.

Atur cara majlis
8-9 pagi         Pendaftaran
9 pagi             Taklimat
9.15                bertolak dengan pacuan 4 roda
9.30                mendaki
10.30              sampai di batu kapal
10.30-11.30    taklimat tentang batu kapal dan bergedik..hehehe
11.30              menuruni bukit---ke titik mula.
12.00              makan tengahari
1.00                bersurai
video youtube aku pada 23-10-2019

Point aku pada pukul 10.30 hingga 11.30,pada masa itu penerangan tentang batu kapal telah diberikan oleh seorang peserta orang tempatan.Beliau telah menerang susur galor tentang batu kapal cuma aku tak ambik endah sangat kerana sibuk ambik gambar,lagi pun aku telah ada sikap aku sendiri tentang batu kapal.

Persoalan aku ialah mengapa kapal yang telah jadi batu itu terdampar kat situ,sedangkan kawasan tersebut jauh dari laut..Ada yg mendakwa ditempat tu laut dimasa dahulu.Kalau kawasan tu laut diketika dahulu,berapa ribu tahun kah,Yg pasti bkn seribu tahun atau 10000 tahun sbb hutan tu sendiri dikatakan berusia beratus ribu tahun.kalau lah hutan tu berusia beratus ribu tahun,masa mana kah lautan tu ujud.Kalau lah benar lautan itu ujud beratus ribu tahun dahulu,memang itu bukan kapal yg menjadi batu kerana keujudan manusia hanya baru 7000-8000 tahun berdasar kpd atikel ini 👉👉 https://www.bharian.com.my/node/107926  Maka batu kapal bukan lah kapal yg jadi batu tetapi mmg batu tu hanya nampak mcm kapal.

Andaian yg aku buat hanya datang dari aku sendiri bkn dgr cerita org atau sebagai nya,sekian cerita batu kapal versi aku..

GAMBAR SUNGAI YG ADA DIBUKIT BATU KAPAL.






Pada 23-10-2019 air sungai ni agak keruh,sebab2 keruh mungkin disebabkan hujan yg lebat dimalam hari nya.Dikatakan kawasan ni tiada pembalakan,jadi air keruh bkn sebab kegiatan pembalakan,lagi pun kawasan ni hutan simpan yg akan dimusnahkan pada bila2 masa🤣🤣🤣🤣.

GAMBAR-GAMBAR
separuh dari laluan telah dibuat jalan macam ni,Separuh lagi mengunakan laluan hutan sepenuh nya sehingga ke batu kapal

Peserta dibagi kpd 5 kumpulan kecil utk memudahkan perjalanan,kumpulan belakang tak boleh potong yg depan,last2 potong jgk kerana peserta depan tak larat

Rasanya brother ni tak sampai,berjalan 30 minit dah letih dan dibawah ketempat mula.

Kat sini last laluan selesa,dari sini lah bermulanya laluan denai hutan

Dari sini hanya 250 meter mendaki ke batu kapal

Eksen lebih,biasanya peserta2 baru mesti panjat batu kapal.

Peserta baru mesti berebut nak selfie

Sebahagian dari peserta bergambar ramai2.

catitan:kalau nak ke batu kapal hendak lah pohon permitdari pejabat hutan,Permit boleh dipohon dipejabat hutan kuala berang...Dikenakan bayaran tak pasti..hishhhh panjang betul rencana aku ni,larat tak orang nak baca...huhuhu...

2 ulasan: