Assalamualaikum.
Aku dah beratus kali melalui jalan yang terletak batu bersurat ni,Tapi tak terlintas langsung untuk singgah,Tapi pada suatu petang entah macam mana aku tersinggah di memorial ni,Sebenar nya aku langsung tak ingin untuk singgah sebab aku seolah2 pergi mengadap batu yang mati dan aku bimbang jugak macam terjadi seperti satu penyembahan.Tapi pada hari raya yang ini aku telah pergi beraya kerumah saudara yang lama aku tak kunjungi,maka tersinggahlah aku nak melihatnya.
Pada aku tak perlu kita menwar-warkan hasil penemuan ni dan apa yang tertulis dibatu mati ni,yang amat perlu kita ikut apa yang tertulis dibatu tersebut.Kadang2 aku rasakan kita nak ambil kesempatan sahaja dengan apa yang kita dapati bukan nya nak memenuhi apa tuntutan dibatu tersebut.Malah kita nak berbangga2 tak tentu pasal.Konon nya batu yang bertarikh seperti itu yang terawal dijumpai dinegara kita,Terawal ke atau tak dijumpai langsung ke, bagi aku itu langsung tak penting yang penting adalah pengisian apa yang tertulis dibatu tersebut,sebab dibatu tersebut tertulis peraturan2 islam yang diturunkan kapada penganutnya...
papan tanda ni dah lama tak dicat,nampak sangat seperti tak dihirau..
Kalau dari jauh rasa semacam pulak.
KETERANGAN MEMORIAL.
Memorial ini didirikan berhampiran dengan tapak asal penemuan batu bersurat terengganu.Pembinaannya adalah bertujuan memperingati penemuan batu bersurat oleh orang kampung pada tahun 1887.Ada juga yang mengatakan bahawa batu bersurat ditemui oleh seorang pedagang arab bernama said husain ghulam al bokhari yang datang dari pulau riau Indonesia pada tahun 1902.Batu bersurat ketika ditemui dikatakan telah dijadikan sebagai pengalas kaki untuk naik kesurau,Tulisan yang terpahat dibatu bersurat merupakan pengisytiharan undang-undang islamyang ditujukan kapada pemerintah dan kapada rakyat negeri terengganu pada kurun ke empatbelas masihi.Dengan penemuan batu bersurat ini jelas membuktikan bahawa ugama islam telah berkembang dinegeri terengganu ini dan menjadi ugama rasmi negeri ini pada tarikh tersebut.Walaupun tulisan batu bersurat bertarikh 1303 masihi,ada kemungkinan bahawa agama islam telah tersebar dinegeri ini lebih awal iaitu satu dua abad sebelumnya.Tulisan pada batu bersurat ini dipercayai yang tertua pernah ditemui dinegara ini.Bahasanya merupakan percampuran diantara bahasa melayu lama,sanskrit dan arab.Memorial ini direka bentuk empat segi berukuran 11400mm x 11400mm dan bertingkat tiga belas.Ia telah dibina pada bulan oktober 1989 dan siap pada tahun 1990 diatas lot tanah seluas 6.12 ekar.Memorial ini telah dirasmikan oleh YAB dato sri diraja tan sri wan mokhtar ahmad menteri besar terengganu pada 13hb april 1992...............................................
rupa memorial..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan