Ahad, 25 September 2011

kota bharu

MAKAN ANGIN
Sebenarnya tak ada benda yang aku nak blogkan,tak de ideal yang mari,Tiba2 aku ke kota bharu kelantan,jadi ada benda lah yang aku nak jadikan blog :)

Sebenarnya aku dah puluhan kali ke kota bharu ni,jadi seluruh pelusuknya  dah aku ketahui dan teliti,Kota bharu tak ada kurang dan hebat dari bandar2 lain kat malaysia ni.Kalau nak dikirakan sampah,longkang atau apa saja kelemahannya,maka kota bharu sama juga dengan bandar2 lain.
Pergi lah kemana bandar, masalah sampah serupa saja,mungkin ada yang lebih buruk lagi.

Yang paling hebat kat kota bharu ada melayunya,Melayunya menguasai banyak sektor terutamanya perniagaan,pergi kat mana2 pun mesti melayu yang kita akan jumpai dan sememang macam tu kerana penduduk kelantan majoriti nya lebih 90% adalah melayu.

KB MALL,yang menjadi contraversi sedikit masa dulu...

Ada orang kata walau macam mana hebat pun perniagaan melayu ia mesti bertitik tolak dari orang bukan melayu jugak.Bagi aku ini agak terlebih baik kalau nak dibanding dengan penguasaan yahudi keatas kebanyakan perniagaan diarab saudi terutama nya di mekah,kita tenguk abraij al bait menara jam yang tertinggi didunia yang ada dimekah,bukan kah yahudi yang penguasainya.perniagaan perhotelan bukan kah ia dikuasai oleh saudagar2 yahudi dan salah seorang nya bernama benjamin swiq.
ABRAIJ AL BAIT MEKAH, ARAB SAUDI..
Sekurang2nya melayu tak lah menjemput terus orang yahudi untuk membangunkan negerinya termasuk dikelantan,Jadi boleh lah dibangga jugak dengan pembangunan yang ada...
Ada juga bangunan yang tinggi yang boleh dibanggakan dan dimasa yang sama masih banyak dalam pembinaan.
Mengunjungi kota bharu,mesti kepasar siti khadijah,kalau dulu aku kurang faham jugak mengapa namanya mesti begitu,setelah datang dan lihat sendiri faham lah aku mengapa jadi begitu,Rupa2nya seperti yang didakwa sebelum ni adalah benar bahawa pasar ni memang majoriti perniaganya adalah perempuan,hiruk pikut dengan tawar menawarnya dengan segala macam benda di niagakan yang aku sendiri tak pernah menyangkanya.Aku memang tak suka kepasar tapi menjadi tabiat aku akan mengunjungi pasar mana2 tempat yang aku pergi, untuk merasa gerak nadinya,Kebiasaan aku hanyalah untuk melihat dan makan style anthony burdeen hehehehe...
Pasar yang tersangat luas sehinggakan menjadi keliru kapada mereka2yang tak biasa,Aku rasakan pasar ini dibina atas tapak yang luasnya  belasan ekar.Mungkin jugak menyamai marrakesh market,hehehehe,....
Ada orang kata negeri kelantan mempunyai awek yang(hehehehe) ramah tamah dan comel2 belaka,bagi aku benda tu karut 100%.Sebab apa yang aku tenguk ramai yang hodoh2, jarang2 terjumpa yang comel2 seperti didakwa .Pada hemat aku kat mana2 atas muka bumi ni mesti ada yang hodoh dan ada yang lawa,tak terkecuali walau kelaut khalzum sekali pun.Ada jugak orang kata awek2nya suka senyum2,hisssss,kalau lah macam tu tentu lah orang kata dah nak gila,kan kah kat mana2 pun serupa,kekekekeke....Memang lah benar bab ramah2 ni tapi kapada peniaganya sahaja sebab untuk melariskan jualan selepas kita membeli satu barangan  kita pun dibenci dan malas untuk tenguk muka kita lagi,hehehe..

Bunga yang aku tak pernah terpikir pun untuk djual rupanya ada dijual kat pasar ni..

Yang menarik perhatian aku beca roda 3,Dihias dengan secantik2nya untuk menarik pelangan,Dalam setengah jam aku perhati tak ada org yg melanggan,kesian aku tenguk.Tapi nak buat macammana itu lah kehidupannya.
Satu lagi perkara yang sangat menarik perhatian aku adalah cara pemakanannya,Pagi2 lagi dah makan nasi gulai kawah dan disetai oleh orang bukan islam,nmpk dari gaya mereka tak segan2 untuk makan dimasa itu,biasa nya gulai kawah dihidangkan dengan budu dan ulam ulaman serta ikan percik memang menyelerakan.
Setelah merewang2 tiga jam aku balik keterengganu setelah makan nasi gulai kawah dan sate setelah membeli dodol dan kueh akod yang rasanya lain dari dodol dan akod terengganu....
wassalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan