Isnin, 5 September 2011

kucing kurap

 Kebiasaan ramai dari kita makan dikedai kalau berjalan jauh atau bersiar2 biasa,Ramai jugak dari kita yang saja2 makan kat luar untuk mengubah selera,Biasanya makan dikedai, kita dapat memilih apa yang nak dimakan, sebab banyak pilihan.

Banyak perkara yang kita kena perhatikan bila nak masuk kesesebuah kedai,pada pandangan yang pertama, mungkin lah kedai tu sendiri, ok ke tak,Lepas tu kebersihan nya, dan mungkin jugak orang nya,kalau hudoh tak payah masuk,kita kena pilih kedai yang ada pelayan lawa2 je,kihkihkih...Walau macam mana pun kita kena bersangka baik je,Kalau kita tenguk pada pandangan umum yang pertama tu,kira ok je lah
Gambar hiasan
Ada sesetengah orang langsung tak makan dikedai kerana khuatir akan kebesihan nya,(mungkin nak save bajet atau pun kedekut)hehehehe..:)

Mungkin jugak  yang dikhuatirkan tu ada kemungkinan nya, sebab aku pernah dengar dari cerita2 yang dibawa dari mulut kemulut, tuan punya kedai membuat sesuatu yang luar dari sepatutnya sebagai contoh air kumur dimasuk kedalam bekas masak air,ada jugak yang kata seluar dalam direbus bersama air rebusan.
Kalau tak ada kucing memang selesa.

.
Dalam bab2 seperti ini aku teringat cerita senario the movie,dalam satu adegan pembuat roti canai telah memasukkan kahaknya sendiri kedalam roti canai yang nak dibakar,kalau nak diikut tentu lah ada asas cerita2 yang telah disampai dari mulut kemulut tadi,Kalau nak dicerita tentang hal yang seperti ini banyak lagi yang aku dengar dan tak tergamak nak taip kat sini.:(

Ada sesetengah kedai guna bomoh,jampi serapah dan lain2 lagi,Kesemua perbuatan yang diatas semata2 nak melariskan jualan dan sesungguhnya segala perbuatan yang diatas adalah syirik dan dosa syirik tak akan diampun oleh ALLAH.. 
Semua perkara yang tak bertanggung jawab adalah semata2 mengikut jalan yang ditunjuk olih syaitan,Perniagaan adalah satu kerja yang sangat mulia dan nabi kita Muhammad SAW seorang perniaga yang amat berjaya.Olih itu kalau kita hendak berjaya ikut lah cara2 yang dilakukan olih beliau.

Salah satu perkara yang aku tak suka dan aku sering memerhatikan bila masuk kedai makan adalah kucing,kehadiran kucing dikedai2 makan sangat mencemarkan permandangan dan terasa kotor lebih2 lagi kucing kurap.Kebanyakan kedai2 biasa ditepi2 jalan kehadiran kucing ini tidak dihirau olih tuan punya kedai atau warung.Sebenarnya ada nya kucing terbiar ni akan menjejaskan perniagaan.Hal in adalah mutlak tak ada dakwa dakwi lagi.Aku sendiri dengan mengada2nya menasihatkan tuan kedai supaya kucing ni dibuang ketempat yang sepatutnya

Aku pernah dengar seorang pemanggil dari siaran radio,beliau tak kan masuk kedai yang ada kucing,Bagi pemanggil tersebut kucing tak perlu ada dikedai sama ada kucing2 ni bersih atau pun tak. Aku sendiri pernah diganggu olih kucing2 yang seperti ini bila aku nak makan ,Kucing yang comot dan kotor ini melompat terus kemeja makan aku untuk merebut makanan,tapi untuk kesejahteraan semua,pelanggan dan pekedai aku buat cool je,buat tak kisah..

Walau macam mana pun kehadiran kucing2 ni salah pelangan jugak,sebab ada pelangan yang bagi makan kat kucing2 ni,perbuatan yang serupa ini menyebabkan kucing akan kekal ditempat tersebut,Aku harap perniaga2 perhatikan hal ini dan mengambil tindak yang sewajarnya.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan