Jumaat, 2 September 2011

meminang

Assalamualaikum,
Dalam masa dua hari ni aku terpaksa hadirkan diri didua majlis perminangan dan satu majlis akad nikah dan ianya satu majlis yang sangat2 aku tak suka,Entah mengapa jadi begitu , aku sendiri pun tak tau.Kalau majlis kawin tak terkira banyak nya.Ada yang aku hadir ada yang tak kerana satu2 majlis itu bertindan tarikh nya.Nak pergi kehilir,dihulu pulak terlepas begitu lah sebaliknya, lagi pun satu2 majlis itu jauh tempatnya,jadi kehadiran kita bergantung atas kesesuaian dan keakraban.

 Dalam hidup seseorang mempunyai orang yang menyukai kita dan ramai jugak yang membenci kita.Itu merupakan kebiasaan kapada setiap orang.Hal ini langsung tak pelik kerana ramai diantara manusia yang membenci nabi2 dan rasul ALLAH,malah ALLAH sendiri pun manusia membencinya,Jadi siapa lah kita untuk menyuruh semua manusia menyukai kita kita.

Dalam hal urusan peminangan yang aku terpaksa hadir ni pun sikap sedemikian lah yang terjadi.,Aku sebenarnya diajak olih kawan baik ku untuk mengikuti rombongan dalam urusan peminangan anak mereka dan sememang nya aku tak mampu untuk menolaknya.

 Majlis pertama pada 1hb9 2011 aku kena hadir dirompin pahang dikampung felda selendang,jauh  dari kampung aku 331km,memakan masa sehari suntuk untuk diselesaikan.dengan perjalanan 4jam pergi dan 4jam balek dan diantara masa2 itu adalah majlis, bersiar2 serta bergambar, tapi tak ada sekeping haram pun gambar aku kerana asyik mengambil gambar orang lain sahaja.

Pada aku majlis itu cukup gilang gemilang, setaraf dengan kedudukan masing2,kata orang, miskin dengan cara nya dan kaya dengan cara2nya.


Bakal pengantin ini bergambar dimajlis pertunangan mereka,kedua2nya sama lawa dan sama padan.Kadang2 tertanya2 jugak aku mengapa lah cari jodoh sebegitu jauh sekali tak ada kah yang dekat ditepi2 rumah kita sahaja tapi itu lah dikatakan jodoh pertemuan hanya tuhan yang tentukan.
Pada 2hb 9 aku jugak dipaksa hadir dimajlis pertunangan anak kawan ku, cuma majlis itu diadakan dikampung aku sendiri,tapi kehadiran aku itu bukan lah mewakili orang kampung ku tetapi aku datang bersama rombongan sebelah lelaki dari kuala terengganu.Yang menjadi sedikit kehairanan kapada kawan2 sekampung macam mana aku boleh hadir bersama rombongan sebelah lelaki.sedangkan rombongan lelaki bukan lah orang koman seperti aku.Bakal pengantin lelaki berkerja pegawai besar dipetronas,dan ayah bakal pengantin bukan lah seorang yang koman jugak dan petronas sebuah syarikat yang amat terkenal didunia dan kedatangan aku itu tak padan dengan saiz.Tapi itu lah berkawan tak megenal batas sebenarnya.....
Bertudung kuning itu lah bunga dikampung ku yang sudah disunting.Lawa dan cantik sekali,ibarat embun pagi yang sedang menitis.
Majlis akad nikah ini telah dilaksanakan di bukit payung kuala terengganu pada 31hb 8 pukul 10 mlm.Pengatin lelaki dari tanah merah kelantan telah ditemukan jodoh dengan pasangan nya dari bukit payung,marang terengganu dan kehadiran aku itu pun kerana kawan..

Dimajlis2 seperti diatas aku sangat tak suka untuk menghadirinya tapi apa yang kita tak suka itu tak semestinya membawa  keresahan kapada kita,rupa2nya dia boleh membawa sesuatu yang sangat mengembirakan kita,Aku telah diangkat menjadi jurufoto dan ditugaskan mengambil gambar sebanyak yang mungkin.

Semuga semua mereka diatas mendapat keredaan ALLAH.sekian.

1 ulasan: