Ahad, 6 Mei 2012

Bodoh

Hari ini aku menerima teguran yang agak menjurus kapada mengejek,Aku telah dikondem olih seorang kenalan yang memberi komen yang agak negatif keatas penulisan aku diblog yang aku catatkan,Aku bolih terima kebanyakan teguran tapi kalau sudah sampai seperti menghina memang menyakitkan hati.
Mungkin lah penulisan aku tak sampai standard sebagai pemblog,tapi kapada individu yang nak buat teguran tak mempunyai satu hak pun menghina orang lain.Memang langsung tak lojik kalau dikatakan hasil penulisan kita seperti tulisan bodoh dan yang seumpama dengan nya..Sedangkan yang menegur tak mempunyai apa2 pengetahuan tentang bidang yang menjadi teguranya.

Memang blog bodoh aku tak akan diminati atau dibaca olih orang kerana kurang standardnya seperti pemblog2 lain dan memang kita akan rasa sedih kalau apa yang kita lakukan tak dihirau olih orang,tapi apa kan daya kita untuk menyuruh orang lain sukakan kita,Pada fikiran aku cukup mudah untuk memadamkan rasa gundah aku yang bercelaru,sedang tuhan sendiri tak disukai olih kebanyakan manusia ini kan pulak kita yang tak punya apa2 nilai.


Walau pun blog bodoh aku tak akan diminati,bagi aku sekurang2nya apa yang aku lakukan dapat aku ingat dan tenguk balik pada masa2 yang akan datang,Aku tak peduli apa yang aku lakukan tidak dihirau atau pun disukai,walau pun diketika yang lain aku sangat berharap apa yang aku lakukan mendapat kepedulian orang,yang penting bagi aku meneruskan catitan  dan sekurang2nya semua catitan aku menjadi seperti dairi...

Itu satu dari cerita2 yang banyak,Mungkin dimasa yang sama kisah2 bodoh dan kisah2 mengejek terjadi dimana2 tanpa mengira standard seseorang.Bagi aku bodoh merupakan sifat yang pasti ada disetiap manusia tapi mengejek kebodohan seseorang merupakan satu perangai yang tidak sepatutnya ada pada yang berfikiran waras kerana sifat bodoh merupakan satu sifat yang ada pada manusia dan ia nya adalah semula jadi dan tidak melibatkan nafsu akan tetapi mengejek merupakan sifat yang buruk kerana melibatkan nafsu dan ia disuburkan olih ampunya diri yang mengejek,Bagi aku sifat bodoh adalah terlebih baik dari mengejek kebodohan seseorang,Sekian....

3 ulasan:

  1. kena sabo... orang tak paham ape yg kita buat... komen yg buruk dan komen yg baik atau fositif ni... perkara biasa ... yg negetif kan kita tu sebenarnya orang yg tak boleh pakai ... mcm mana dia bercakap begitu juga cara dia berfikir , bertindak itu lah dirinya yg sebenarnya ... tak perlu risau ambil satu kekuatan di situ.... ingat bagai mana kita bermula dulu....

    BalasPadam
  2. Saya suka je baca blog Encik Azram. Semoga terus menulis..

    BalasPadam