Isnin, 21 Mei 2012

Pantai kelulut.....

Kelulut nama sejenis serangga yang mengeluarkan madu,madunya seakan2 madu lebah,tapi madu kelulut berwarna lebih gelap dari madu lebah,kehitaman.Khasiat madu kelulut aku pun tak tau,apa yang aku tau madu kelulut di-uli bersama tembakau kampung,huhuhuhu.apa plk ni melalut sampai ke madu kelulut,hahahahahha...Apa yang aku nak cerita kan ialah Pantai peranginan kelulut,bukan madu kelulut,walau macam mana sekali pun pantai peranginan kelulut mesti mendapat nama dari serangga yang bernama kelulut,huhuhuhu.....


Pantai peranginan kelulut terletak 25km dari kuala terengganu 3km dari bandar Marang terengganu.Orang yang biasa mengambil jalan dari dungun ke kuala terengganu atau dari kuala terengganu kedungun memang tak hairan dengan pantai ni kerana pantai kelulut terletak di laluan tersebut.Bagi aku pantai peranginan ni popular bukan lah kerana pantai nya tetapi kerana kedai makan nya yang berderet sepanjang 3km,Bermula dari rhu muda melewati sejauh 4km didapati perniagaan nya berkisar kedai kraftangan,barangan laut,kedai makan,gerai2 dan kedai runcit.


Barang jualan nya termasuk lah barangan rotan,barang2 cenderahati/mata, ikan kering yang besar-besar,sotong kering,budu,belacan serta makanan tradisional seperti sata,pulut panggang,kueh-kueh, baju kain dan yang agak popular ialah air nira nya yang sangat manis.Tapi yang paling popular dipantai kelulut ialah kedai makan nya yang murah,Selain kedai makan yang berderet ada kat situ,kedai yang paling kerap aku kunjungi ialah kedai roti tempayan iaitu kedai Line clear,Kapada yang dah biasa dengan laluan ni pasti tahu kedai yang aku maksudkan..(aku telah diberi tau bahawa pantai kelulut mempunyai kedai makan yang mahal,baru2 ini aku telah singgah dan makan dikedai dipantai ni seramai tiga orang,air nescafe beng 3 gelas,nasi 3 pinggan, lauk hati lembu dan ikan,bayaran yang di cas hanya Rm19 sahaja)


Dikesempatan yang ada aku telah singah disebuah gerai yang menjual air dan kebetulan pula yang menjual digerai tu ialah friend facebook aku sendiri,Seorang awek yang berumur 20tahun,seorang pelajar uitm,Aku mengambil masa sejam bercakap2 dan melihat barang jualan nya,Macam2 jenis juga dari air minuman hingga kapada kueh tradisional,Untuk mengambil hati aku beli macam2 barangan yang dijualnya,dari belacan,budu,(sebenarnya awek ni malu nak jual budu tapi aku kata kat awek tu, Zura THR Gegar makan budu,apa nak malu!!!Aku kata lagi kat awek tu,"kita orang terengganu kan,apa nak malu,"huhuhu,sedap lah aku cakap,Bila aku nak ambik gambar awek ni dia kata malu dan untuk menghurmatinya aku tak ambik gambarnya walau pun curi-curi.)air minuman dan kueh2,Banyak juga lah duit aku habis kat situ kerana setiap kali aku buat bayaran aku kata,"keep the change,"huhuhuhu......sekian (Gambar pantai kelulut ada kat bawah,)hehehehe..







Budu yang dijual dengan harga Rm6 untuk satu bekas,Tapi budu ni budu berekor tak seperti budu2 yang dijual dikedai-kedai.
Belacan yang dijual dengan harga Rm 10..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan